Loading...

Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim

Loading...
Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim
link : Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim

lihat juga

Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim

SHAH ALAM 30 Jan. – BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh me­nimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan.
Beliau berkata, meskipun difahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu.
“Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang tetapi apabila menang (Pilihan Raya Umum ke-14) sama-sama, mereka masih bergaduh sesama sendiri.
“Saya sudah beritahu banyak kali, enam bulan bolehla jika hendak bergaduh. Kalau lepas tu masih nak bergaduh, lama-lama rakyat makin muak,” katanya pada program Luncheon Talk: Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Universiti Teknologi Mara, di sini.
Oleh itu, kata beliau, adalah lebih elok sekiranya barisan menteri fokus untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan penjawat awam dan pelbagai agensi di bawah kementerian masing-masing kerana mereka mempunyai kebolehan serta kelulusan yang baik.
“Ada menteri buat kerja tanpa minta pandangan. Apabila ini berlaku, penjawat awam ini akan lepas tangan. Ini antara punca mengapa banyak perkara gagal dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Daim menyifatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan hampir 50 tahun lepas untuk memberi segala bantuan dan sokongan kepada kaum Melayu gagal mencapai matlamatnya apabila pada masa kini, majoriti daripada kaum itu masih ‘kais pagi, makan pagi’.
Beliau berkata, kira-kira 75 pe­ratus daripada golongan berpendapatan rendah (B40) terdiri daripada kaum Melayu yang masih bergantung kepada subsidi kerajaan untuk meneruskan hidup.
Tegas beliau, sesetengah orang Melayu seharusnya bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka masih terkebelakang walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai polisi untuk membantu golongan tersebut.– BERNAMA

dengan itu Perkara Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim

yang semua artikel Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2019/01/rakyat-rasa-muak-dengan-menteri-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim"

Catat Ulasan

Loading...