Loading...
Tajuk : #BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20%
link : #BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20%
#BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20%
Kadar tarif air di Pulau Pinang akan naik kira-kira 20 peratus tahun ini selaras dengan usaha kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengadakan beberapa rundingan dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membuat semakan semula tarif air.
"Kenaikan tarif air itu tidak dapat dielak namun kadar peratusan kenaikan itu mungkin dalam belasan peratus atau lebih 20 peratus yang akan ditentukan oleh pihak Kementerian dan SPAN," katanya dalam sidang media di Georgetown, hari ini.
Beliau menerangkan bahawa kenaikan kadar tarif itu akan melibatkan beberapa kategori pengguna individu dan pengguna perniagaan.
Katanya, kerajaan sedang dalam perbincangan untuk memansuhkan surcaj pemulihan air yang diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.
Sementara itu, Chow turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada lima Sekolah Menengah Persendirian Cina di Pulau Pinang yang membuat permohonan tahun ini.
Katanya, peruntukan ini diharapkan dapat menampung segala keperluan sekolah dan dapat mengurangkan beban pihak sekolah terutamanya dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar terus terjamin.
"Setiap sekolah akan menerima RM400,000 daripada kerajaan Pulau Pinang sebagai bantuan untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan sekolah," katanya.
-- Bernama

dengan itu Perkara #BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20%
yang semua artikel #BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20% Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel #BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20% dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2019/01/bilafitnahsudahmenang-tarif-air-pulau.html

0 Response to "#BilaFitnahSudahMenang : Tarif air Pulau Pinang naik 20%"
Catat Ulasan