Loading...

Empayar Islam jatuh bukan kerana perang

Loading...
Empayar Islam jatuh bukan kerana perang - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empayar Islam jatuh bukan kerana perang, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Empayar Islam jatuh bukan kerana perang
link : Empayar Islam jatuh bukan kerana perang

lihat juga

Empayar Islam jatuh bukan kerana perang

Tamatnya Perang Dunia Pertama merupakan detik cukup signifikan buat dunia Islam. Ia sebagai tanda berakhirnya empayar Islam dan sehingga kini tiada satu kerajaan pun berjaya dibentuk setanding era kegemilangan Islam.

Puncanya bermula apabila majoriti umat Islam mula hilang pegangan dan lebih mencintai keduniaan. Kecintaan kepada kedudukan, kemewahan, wang dan kemegahan telah digunakan sebaik mungkin oleh musuh untuk memusnahkan serta memecahbelahkan umat Islam.

Pendakwah Islam kelahiran Melbourne, Australia, Sheikh Bilal Assad berkata, gerak kerja musuh Islam cukup mudah iaitu dengan memanipulasikan kelemahan umat Islam pada masa itu.

“Antara strategi manipulasi itu adalah dengan mewujudkan permusuhan antara umat Islam bangsa Turki yang ketika itu mentadbir Empayar Uthmaniah bersama bangsa Arab yang menetap di Tanah Arab ketika itu.

Musuh Islam tidak perlu berperang tetapi hanya dengan satu muslihat iaitu membawa permusuhan sehingga berakhirnya empayar Islam,” katanya yang bergiat aktif dalam Persatuan Islam Victoria.

Ikutilah wawancara bersama beliau:

Bagaimanakah musuh Islam lakukan muslihat?

Bilal Assad - Antara peristiwa yang diceritakan adalah mereka (musuh Islam) telah menemui bangsa Arab di Tanah Arab dan mempersoalkan sikap mereka yang membiarkan bangsa Turki memerintah serta memegang jawatan khalifah.

Musuh itu berkata, Nabi Muhammad SAW berketurunan Arab dan bahasa dalam al-Quran pun adalah bahasa Arab, jadi tidakkah mereka berasa malu dengan situasi berkenaan.

Malangnya, ramai yang terpengaruh.

Apa yang terjadi?

Sekumpulan bangsa Arab mula memerangi bangsa Turki yang tinggal di Tanah Arab. Dalam satu kejadian, mereka dikejar hingga ke Kaabah dan dikepung di situ.

Semasa dikepung itu, mereka sempat memegang tali kain Kaabah sambil berdoa memohon perlindungan Allah. Ketika itu juga tangan mereka dipotong oleh bangsa Arab.

Ternyata kejadian tersebut membawa kesan buruk kepada jalinan hubungan ummah yang dibina oleh para khalifah Islam sebelum itu.

Apa kesannya?

Tindakan sekumpulan bangsa Arab itu telah mewujudkan konflik sesama sendiri dalam empayar Islam ketika itu.

Keadaan itu diburukkan lagi apabila ada dalam kalangan bangsa Arab dan Turki mula meniupkan semangat nasionalisme masing-masing.

Ini kerana, tiupan semangat nasionalisme bukan sahaja menjadikan umat berpecah mengikut bangsa walaupun jelas bertentangan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah, bahkan lebih daripada itu.

Maksud tuan?

Contohnya di Turki. Golongan nasionalis itu telah melakukan perubahan secara total. Mereka berusaha menyerap elemen sekular dan antara yang terlibat ialah Mustafa Kemal Atatürk.

Mereka berusaha meminggirkan terus ajaran Islam. Azan solat tidak lagi dilaungkan. Al-Quran bukan hanya tidak lagi dibacakan, bahkan kitab Allah itu diletakkan dalam muzium sebagai bahan pameran sejarah sahaja.

Ayat-ayat al-Quran hanya layak sebagai bahan hiasan dinding dan bukan lagi untuk difahami serta diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam ketika itu.
Ternyata, mereka berjaya melakukannya.

Apa nasihat tuan?

Kejayaan musuh Islam itu masih ada lagi hari ini. Umat Islam hari ini pandai baca al-Quran tetapi tidak begitu memahami dengan jelas kandungan kitab suci itu.

Malah, ada kalangan kita yang bangga meletakkan al-Quran dalam kereta dengan hiasan yang cantik dan mempesonakan. Tetapi, apakah itu tujuan Allah menurunkan al-Quran?

Atau pernahkah kita mendengar ayat bermaksud; “Kami menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab untuk kamu hiasinya di dinding rumah atau letaknya dalam kereta.” Jawapannya, pasti tidak. - UTUSAN  #CelahGelegar 

sans-serif; font-size: large;">

dengan itu Perkara Empayar Islam jatuh bukan kerana perang

yang semua artikel Empayar Islam jatuh bukan kerana perang Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Empayar Islam jatuh bukan kerana perang dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2018/12/empayar-islam-jatuh-bukan-kerana-perang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empayar Islam jatuh bukan kerana perang"

Catat Ulasan

Loading...