Loading...

(PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah

Loading...
(PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah
link : (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah

lihat juga


(PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah


PULAU PINANG 27 Ogos - Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul mengakui beliau lebih berminat untuk menjadi pemimpin di Kedah berbanding memegang jawatan di peringkat Pusat.
“Saya akan berasa bangga jika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani kerana saya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, bayangkan apa yang akan jadi dengan Kedah.
Sehubungan itu, katanya, tawaran untuk mengosongkan ke­rusi Parlimen Sungai Petani yang disandangnya bagi memboleh­kan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sentiasa terbuka.
“Saya mahu bangunkan Kedah kerana negeri ini sekarang adalah yang kedua tercorot di negara ini dan saya bersedia jika diarahkan memimpin Kedah,” katanya selepas menghadiri majlis Ulang Tahun Ke-20 Reformasi di sini malam tadi.
Sebelum ini, sejurus Pakatan Harapan (PH) menawan Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tular dalam media sosial surat watikah pelantikan Johari sebagai Menteri Besar Kedah.
Namun perkara itu tidak berlaku apabila Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Jitra daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Ma­hathir mengangkat sumpah jawatan berkenaan.
Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya diarahkan 'bertugas' di Kedah, beliau tidak mahu memegang jawatan Exco.
“Exco berilah kepada pemim­pin junior, saya sudah lama. Saya ada visi untuk bangunkan Kedah kerana negeri itu ibarat sebuah restoran yang mempunyai bahan mentah lengkap dan bersedia untuk dibangunkan,” katanya.
Sementara itu, Mukh­riz menganggap kenya­taan Johari itu cuma pandangan peribadi­nya kerana kedudukan jawatan Menteri Besar sudah dipersetujui oleh semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Kedah diberikan kepada Bersatu.
“Mungkin itu satu komen peribadi beliau tetapi sebelum ini sudah ada perbincangan berkaitan dengan hal itu jadi terpulang kepada dia. Apa arahan daripada kepimpinan tertinggi kita akur,” katanya di sini hari ini.
Mukhriz juga berkata, persoalan tentang pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan juga tidak harus dijadikan polemik kerana ketetapannya ialah selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad, Anwar akan jadi Perdana Menteri.
Menyentuh tentang perubahan kedudukan Menteri Besar setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, kata Mukhriz, perkara itu belum diputuskan.
“Itu saya tak pasti. Keputusan melantik Menteri Besar terletak di tangan Perdana Menteri setelah berbincang dengan semua pemimpin dalam parti komponen,” katanya.

PULAU PINANG 27 Ogos - Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul mengakui beliau lebih berminat untuk menjadi pemimpin di Kedah berbanding memegang jawatan di peringkat Pusat.
“Saya akan berasa bangga jika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani kerana saya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, bayangkan apa yang akan jadi dengan Kedah.
Sehubungan itu, katanya, tawaran untuk mengosongkan ke­rusi Parlimen Sungai Petani yang disandangnya bagi memboleh­kan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sentiasa terbuka.
“Saya mahu bangunkan Kedah kerana negeri ini sekarang adalah yang kedua tercorot di negara ini dan saya bersedia jika diarahkan memimpin Kedah,” katanya selepas menghadiri majlis Ulang Tahun Ke-20 Reformasi di sini malam tadi.
Sebelum ini, sejurus Pakatan Harapan (PH) menawan Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tular dalam media sosial surat watikah pelantikan Johari sebagai Menteri Besar Kedah.
Namun perkara itu tidak berlaku apabila Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN)
Loading...
Jitra daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Ma­hathir mengangkat sumpah jawatan berkenaan.
Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya diarahkan 'bertugas' di Kedah, beliau tidak mahu memegang jawatan Exco.
“Exco berilah kepada pemim­pin junior, saya sudah lama. Saya ada visi untuk bangunkan Kedah kerana negeri itu ibarat sebuah restoran yang mempunyai bahan mentah lengkap dan bersedia untuk dibangunkan,” katanya.
Sementara itu, Mukh­riz menganggap kenya­taan Johari itu cuma pandangan peribadi­nya kerana kedudukan jawatan Menteri Besar sudah dipersetujui oleh semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Kedah diberikan kepada Bersatu.
“Mungkin itu satu komen peribadi beliau tetapi sebelum ini sudah ada perbincangan berkaitan dengan hal itu jadi terpulang kepada dia. Apa arahan daripada kepimpinan tertinggi kita akur,” katanya di sini hari ini.
Mukhriz juga berkata, persoalan tentang pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan juga tidak harus dijadikan polemik kerana ketetapannya ialah selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad, Anwar akan jadi Perdana Menteri.
Menyentuh tentang perubahan kedudukan Menteri Besar setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, kata Mukhriz, perkara itu belum diputuskan.
“Itu saya tak pasti. Keputusan melantik Menteri Besar terletak di tangan Perdana Menteri setelah berbincang dengan semua pemimpin dalam parti komponen,” katanya.


dengan itu Perkara (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah

yang semua artikel (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel (PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2018/08/perpecahan-ph-johari-abdul-berminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "(PERPECAHAN PH) Johari Abdul berminat mahu pimpin Kedah"

Catat Ulasan

Loading...