Loading...

Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta

Loading...
Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta
link : Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta

lihat juga


Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta


JERANTUT: Kerajaan Persekutuan mem­peruntukkan sebanyak RM63.7 juta bagi menaik taraf Jalan Jerantut-Benta di sini yang memberi manfaat terutama kepada penduduk di 15 kampung di sepanjang laluan berkenaan.
Selain itu pembinaannya bakal merancakkan pembangunan eko­nomi dan sosial seramai 7,000 penduduk di kampung tersebut, malah memendekkan masa perjalanan dari bandar ini ke pekan Benta selain mengurangkan risiko kemalangan maut.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, projek fasa satu melibatkan laluan sepanjang 52 kilometer dari bandar ini ke pekan Benta sekali gus menyelesaikan masalah projek yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, projek itu melibatkan pembesaran jalan persekutuan dan meluruskan jalan berselekoh me­libatkan pembinaan jajaran baharu termasuk laluan dua lorong.
“Kerja-kerja pembesaran jalan ini juga melibatkan projek membina jambatan baharu di Sungai Par bagi menggantikan jambatan lama yang sempit dan berbahaya.
“Projek ini turut menaik taraf tujuh persimpangan jalan persekutuan yang dibina sebelum negara merdeka untuk keselesaan pengguna serta penduduk di laluan berkenaan,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di Kampung Sungai Par, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Zulkifli Yaakob; Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.
Ahmad Nazlan berkata, projek itu bukan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi perancangan kerajaan itu telah dibuat sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, kelewatan pro­jek itu disebabkan kontraktor yang dilantik menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan projek itu terbengkalai.
“Kita terpaksa memohon peruntukan semula daripada Kerajaan Persekutuan bagi me­re­ali­sasikan projek ini dan berharap kontraktor baharu yang dilantik memenuhi integriti dan dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual,” katanya.
Katanya, projek itu melibatkan, proses pengambilan tanah persendirian sebanyak 32 lot melibatkan kawasan seluas tujuh hektar serta tiga lot tanah Kerajaan Persekutuan seluas 2.1 hektar.
Beliau berkata, sebanyak tiga lot lagi tanah milik kerajaan negeri seluas 7.7 hektar sedang diusahakan untuk mendapatkan status kebenaran bagi projek itu oleh Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri.
“Projek ini yang bermula awal Disember lepas dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2020,” katanya. #sumber

JERANTUT: Kerajaan Persekutuan mem­peruntukkan sebanyak RM63.7 juta bagi menaik taraf Jalan Jerantut-Benta di sini yang memberi manfaat terutama kepada penduduk di 15 kampung di sepanjang laluan berkenaan.
Selain itu pembinaannya bakal merancakkan pembangunan eko­nomi dan sosial seramai 7,000 penduduk di kampung tersebut, malah memendekkan masa perjalanan dari bandar ini ke pekan Benta selain mengurangkan risiko kemalangan maut.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, projek fasa satu melibatkan laluan sepanjang 52 kilometer dari bandar ini ke pekan Benta sekali gus menyelesaikan masalah projek yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, projek itu melibatkan pembesaran jalan persekutuan dan meluruskan jalan berselekoh me­libatkan pembinaan jajaran baharu termasuk laluan dua lorong.
“Kerja-kerja pembesaran jalan ini juga melibatkan projek membina jambatan baharu di Sungai Par bagi menggantikan jambatan lama yang sempit dan berbahaya.
“Projek ini turut menaik taraf tujuh persimpangan jalan persekutuan yang dibina sebelum negara merdeka untuk
Loading...
keselesaan pengguna serta penduduk di laluan berkenaan,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di Kampung Sungai Par, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Zulkifli Yaakob; Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.
Ahmad Nazlan berkata, projek itu bukan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi perancangan kerajaan itu telah dibuat sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, kelewatan pro­jek itu disebabkan kontraktor yang dilantik menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan projek itu terbengkalai.
“Kita terpaksa memohon peruntukan semula daripada Kerajaan Persekutuan bagi me­re­ali­sasikan projek ini dan berharap kontraktor baharu yang dilantik memenuhi integriti dan dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual,” katanya.
Katanya, projek itu melibatkan, proses pengambilan tanah persendirian sebanyak 32 lot melibatkan kawasan seluas tujuh hektar serta tiga lot tanah Kerajaan Persekutuan seluas 2.1 hektar.
Beliau berkata, sebanyak tiga lot lagi tanah milik kerajaan negeri seluas 7.7 hektar sedang diusahakan untuk mendapatkan status kebenaran bagi projek itu oleh Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri.
“Projek ini yang bermula awal Disember lepas dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2020,” katanya. #sumber


dengan itu Perkara Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta

yang semua artikel Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2018/03/kerajaan-pusat-peruntuk-rm637-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Pusat Peruntuk RM63.7 Juta Siapkan Jalan Jerantut-Benta"

Catat Ulasan

Loading...