Loading...

KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP

Loading...
KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP
link : KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP

lihat juga


KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP

THE MALAYIAN TIMES
 


PADANG TERAP: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan kementeriannya meluluskan penambahan 126 sekolah di seluruh negara untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) pada tahun ini.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata kelulusan itu diberikan selepas mengambil kira kesemua sekolah itu yang telah memenuhi segala kriteria yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan DLP berkenaan.

“Disember lalu, kita telah menerima sebanyak 214 pemohonan untuk melaksanakan DLP dan selepas penilaian dibuat, sebanyak 88 sekolah sahaja yang diluluskan.

Hari ini, saya ingin umumkan bahawa baki 126 sekolah lagi telah diluluskan untuk melaksanakan DLP, ” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas guru Allahyarham Md Zain Saad di kediamannya di Perumahan Awam Kampung Baru di Kuala Nerang di sini hari ini. Md Zain meninggal dunia pada 29 Dis lepas.

Mahdzir berkata pemohonan itu wajar diluluskan apabila sekolah itu berjaya memenuhi empat syarat utama iaitu mempunyai sumber mencukupi, kesediaan pengetua atau guru besar dan guru, permintaan dan sokongan ibu bapa serta pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Beliau berkata berkata kelulusan itu menjadikan keseluruhan sekolah yang akan melaksanakan DLP adalah sebanyak 1,429 sekolah iaitu sebanyak 1,215 sekolah sudah melaksanakan sejak 2016 dan tahun lepas manakala selebihnya merupakan sekolah yang baharu akan melaksanakan DLP tahun ini.

“Kita yakin, pihak sekolah yang memohon DLP ini dapat melaksanakan DLP ini dengan baik kerana ia menunjukkan bahawa pihak sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah terbabit telah bersedia dan mahukan program DLP itu dijalankan.

“Setiap tahun, pemohonan untuk melaksanakan DLP ini meningkat jadi ini menunjukkan bahawa ia mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada pihak ibu bapa yang tahu tentang kepentingan DLP kepada anak-anak mereka,” katanya.

Katanya kerajaan juga mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memantapkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris guru-guru termasuk menyediakan Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC).–Bernama

THE MALAYIAN TIMES
 


PADANG TERAP: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan kementeriannya meluluskan penambahan 126 sekolah di seluruh negara untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) pada tahun ini.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata kelulusan itu diberikan selepas mengambil kira kesemua sekolah itu yang telah memenuhi segala kriteria yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan DLP berkenaan.

“Disember lalu, kita telah menerima sebanyak 214 pemohonan untuk melaksanakan DLP dan selepas penilaian dibuat, sebanyak 88 sekolah sahaja yang diluluskan.

Hari ini, saya ingin umumkan bahawa baki 126 sekolah lagi telah diluluskan untuk melaksanakan DLP, ” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas guru Allahyarham Md
Loading...
Zain Saad di kediamannya di Perumahan Awam Kampung Baru di Kuala Nerang di sini hari ini. Md Zain meninggal dunia pada 29 Dis lepas.

Mahdzir berkata pemohonan itu wajar diluluskan apabila sekolah itu berjaya memenuhi empat syarat utama iaitu mempunyai sumber mencukupi, kesediaan pengetua atau guru besar dan guru, permintaan dan sokongan ibu bapa serta pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Beliau berkata berkata kelulusan itu menjadikan keseluruhan sekolah yang akan melaksanakan DLP adalah sebanyak 1,429 sekolah iaitu sebanyak 1,215 sekolah sudah melaksanakan sejak 2016 dan tahun lepas manakala selebihnya merupakan sekolah yang baharu akan melaksanakan DLP tahun ini.

“Kita yakin, pihak sekolah yang memohon DLP ini dapat melaksanakan DLP ini dengan baik kerana ia menunjukkan bahawa pihak sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah terbabit telah bersedia dan mahukan program DLP itu dijalankan.

“Setiap tahun, pemohonan untuk melaksanakan DLP ini meningkat jadi ini menunjukkan bahawa ia mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada pihak ibu bapa yang tahu tentang kepentingan DLP kepada anak-anak mereka,” katanya.

Katanya kerajaan juga mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memantapkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris guru-guru termasuk menyediakan Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC).–Bernama



dengan itu Perkara KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP

yang semua artikel KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2018/01/kpm-luluskan-tambahan-126-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPM luluskan tambahan 126 sekolah laksana DLP"

Catat Ulasan

Loading...