Loading...

AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

Loading...
AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS
link : AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

lihat juga


AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi menggesa pertubuhan itu membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama parti pada Sabtu lalu yang didakwanya tidak mengikut perlembangaan parti.
 
Menurut Amerus, AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.
 
“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di sini, hari ini.
 
Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
 
“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan," katanya.
 
Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
 
Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
 
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi menggesa pertubuhan itu membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama parti pada Sabtu lalu yang didakwanya tidak mengikut perlembangaan parti.
 
Menurut Amerus, AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.
 
“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,”
Loading...
katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di sini, hari ini.
 
Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
 
“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan," katanya.
 
Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
 
Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
 


dengan itu Perkara AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

yang semua artikel AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2018/01/agm-syok-sendiri-ketua-bahagian-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS"

Catat Ulasan

Loading...