Loading...

Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Loading...
Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu
link : Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

lihat juga

Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Polis menetapkan beberapa syarat terhadap himpunan bantahan “Turun Harga Minyak, Turun Najib” yang akan diadakan pada malam tahun baru, kata penganjur hari ini.

Anggota sekretariat himpunan itu Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata penganjur antara lain dikehendaki berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penggunaan Dataran Merdeka.

Penganjur juga diminta tidak menjadikan himpunan bantahan itu menjadi demonstrasi jalanan.

“Itu terpulang kepada perbincangan kami semula dengan pihak penganjur. Apa-apa pun, perhimpunan ini akan berlangsung seperti yang kami rancang.

“Polis juga memberi jaminan bahawa mereka akan mejalankan tugas seperti perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Mereka akan cuba facilitate perhimpunan kita dan mejaga ketenteraman awam.

"Pihak polis juga mengharapkan semua peserta nanti dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya kepada wartawan di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi selepas pertemuan bersama lima yang lain dengan ketua polis daerah Shaharudin Abdullah.

Himpunan “Turun Harga Minyak, Turun Najib: - atau singkatannya “Turun Turun” - dianjurkan Pemuda Pakatan Harapan dengan kerjasama beberapa NGO anak muda dan dijadualkan bermula di kompleks beli-belah Sogo pada 31 Dis, sejam sebelum tengah malam.

Selepas berkumpul, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka yang terletak kira-kira satu kilometer untuk turut menyertai kiraan detik tahun baru.

Penganjur sebelum ini sudah memaklumkan polis Dang Wangi secara rasmi berkenaan penganjuran himpunan itu pada 21 Dis lalu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, sebelum dipanggil ke balai polis hari ini untuk membincangkan perkara itu.

Himpunan bantahan itu mendesak harga minyak distabilkan dan dikurangkan melalui subsidi kerajaan, dengan harga siling RM1.90 seliter untuk RON95 dan RM1.80 seliter untuk diesel.

Mereka percaya dengan penurunan ini akan turut menurunkan harga barangan dan kos hidup.

Harga minyak di Malaysia pada minggu yang berakhir pada 27 Dis lalu kini pada kadar RM2.27 seliter untuk RON95 dan RM2.23 seliter untuk diesel.

Himpunan bantahan itu turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Apabila ditanya sama ada dengan pemberian subsidi kerajaan melalui agihan wang BR1M mencukupi, Syukri berkata “tidak boleh.”

“Kerajaan sepatutnya mencari cara-cara lain untuk memberi BR1M. Kerajaaan sepatutnya mencari cara-cara untuk meningkatkan pendapatan negara untuk memberi BR1M, bukannya memotong hak rakyat yang lain untuk memberi hak yang lain. Tak boleh.

“Hak rakyat tetap hak rakyat. Subsidi minyak ini hak rakyat, tak boleh kata potong subsidi diganti dengan BR1M. Bagi kita, BR1M ini tidak dinikmati oleh semua, tetapi subsidi petrol ini dinikmati oleh semua. Ini hak yang sepatutnya dikembalikan kepada semua,” katanya.

Sebelum pertemuan dengan polis itu, Syukri turut memimpin sekumpulan aktivis mengadakan flashmob di luar Sogo bagi mempromosi himpunan itu.

Mereka mengedarkan risalah dan berucap kira-kira 30 minit menggesa orang ramai menyertai himpunan.

Syukri berkata, flashmob sama akan diadakan pada waktu dan tempat yang sama Khamis ini. - MK

dengan itu Perkara Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

yang semua artikel Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/12/himpunan-bantahan-turun-harga-minyak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu"

Catat Ulasan

Loading...