Loading...

Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

Loading...
Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS
link : Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

lihat juga


Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS





PUTRAJAYA: Sebanyak lapan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti.

Lapan bahagian terbabit termasuk Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS di sini.

Mantan Penyelaras PBPM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali, berkata beberapa laporan sudah dibuat kepada ROS, antaranya berhubung kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

“Sehingga kini tiada notis dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PPBM mengarahkan AGM diadakan, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli mengenai status dan kedudukan sebenar parti termasuk ahli jawatankuasa yang memegang jawatan dalam parti.

“Kami mahu kepimpinan tertinggi parti mengadakan AGM bagi peringkat cawangan di seluruh negara dan sekiranya gagal, kami beranggapan parti ini tidak sah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan laporan kepada ROS, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha PPBM Bahagian Semberong, Nazaruddin Md Zen; Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang,

Datuk Fadel Alwi dan Mantan Ketua PPBM Bahagian Simpang Renggam, Azmi Arshad.

Pada 9 September 2016, PPBM diberi sijil kelulusan pendaftaran parti daripada ROS di Putrajaya, diterima oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu Mesyuarat Agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Selain itu, kata Arjuna Putra, PPBM juga gagal mewartakan penyata kewangan termasuk jumlah dana yang diterima hasil sumbangan Pakatan Harapan khususnya DAP, bagi menaja pelbagai program peringkat cawangan.

Beliau yang masih memegang jawatan Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, berharap parti itu mengemukakan jumlah sebenar ahli dan jumlah kutipan yuran keahlian termasuk yang dibelanjakan kerana tiada sebarang akaun yang diaudit dikemukakan pihak kepimpinan.

“Sekiranya masalah ini masih tidak ditangani PPBM, kami tidak akan teragak-agak menggerakkan semua cawangan di seluruh negara untuk bangkit bersama bagi membuat laporan kepada ROS berhubung kepincangan barisan kepimpinan tertinggi PPBM,” katanya





PUTRAJAYA: Sebanyak lapan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti.

Lapan bahagian terbabit termasuk Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS di sini.

Mantan Penyelaras PBPM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali, berkata beberapa laporan sudah dibuat kepada ROS, antaranya berhubung kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

“Sehingga kini tiada notis dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PPBM mengarahkan AGM diadakan, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli mengenai status dan kedudukan sebenar parti termasuk ahli jawatankuasa yang memegang jawatan dalam
Loading...
parti.

“Kami mahu kepimpinan tertinggi parti mengadakan AGM bagi peringkat cawangan di seluruh negara dan sekiranya gagal, kami beranggapan parti ini tidak sah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan laporan kepada ROS, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha PPBM Bahagian Semberong, Nazaruddin Md Zen; Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang,

Datuk Fadel Alwi dan Mantan Ketua PPBM Bahagian Simpang Renggam, Azmi Arshad.

Pada 9 September 2016, PPBM diberi sijil kelulusan pendaftaran parti daripada ROS di Putrajaya, diterima oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu Mesyuarat Agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Selain itu, kata Arjuna Putra, PPBM juga gagal mewartakan penyata kewangan termasuk jumlah dana yang diterima hasil sumbangan Pakatan Harapan khususnya DAP, bagi menaja pelbagai program peringkat cawangan.

Beliau yang masih memegang jawatan Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, berharap parti itu mengemukakan jumlah sebenar ahli dan jumlah kutipan yuran keahlian termasuk yang dibelanjakan kerana tiada sebarang akaun yang diaudit dikemukakan pihak kepimpinan.

“Sekiranya masalah ini masih tidak ditangani PPBM, kami tidak akan teragak-agak menggerakkan semua cawangan di seluruh negara untuk bangkit bersama bagi membuat laporan kepada ROS berhubung kepincangan barisan kepimpinan tertinggi PPBM,” katanya



dengan itu Perkara Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

yang semua artikel Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/11/tiada-mesyuarat-agung-8-bahagian-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS"

Catat Ulasan

Loading...