Loading...

NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz

Loading...
NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz
link : NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz

lihat juga

NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz

MALAYSIAKINI

Insititut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan melancarkan buku panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz di seluruh negara, Januari depan.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata buku panduan itu antara lain memberi pendedahan mengenai perkara asas berkaitan KKP, program pembangunan kesedaran KKP di sekolah tahfiz dan cara melaksanakannya secara berterusan.

“Pihak NIOSH akan memastikan buku panduan itu mudah difahami agar dapat dilaksanakan dengan baik di semua sekolah tahfiz,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata bagi menjayakan pelaksanaan KKP, NIOSH akan menganjurkan seminar berkaitan di seluruh negara.

Penerbitan buku panduan itu turut dimaklumkan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pasukan Petugas Khas Sekolah Tahfiz yang dipengerusi Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lepas (24 Nov).

Lee berkata Ahmad Zahid yang juga pengerusi HLC, dijadual akan merasmikan majlis pelancaran buku panduan itu dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Bagan Datuk, Perak.

Katanya NIOSH dijemput menyertai HLC Pasukan Petugas Khas Sekolah Tahfiz bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek kelamatan dan kesihatan di sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara.

Penubuhan jawatankuasa khas itu susulan insiden kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pada 14 Sept lepas.

Lee berkata pada 30 Okt lepas NIOSH telah mengadakan seminar pengurusan KKP untuk sekolah-sekolah tahfiz Selangor di Bandar Baru Bangi yang dihadiri seramai 100 pengusaha dan pentadbir tahfiz.

Beliau berkata pasukan khas NIOSH telah melawat lima kategori sekolah tahfiz yang mewakili pelbagai jumlah pelajar dan status termasuk milik kerajaan, swasta dan persendirian untuk mendapatkan gambaran sebenar operasi pusat tahfiz serta cara mereka menguruskan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. -Bernama

dengan itu Perkara NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz

yang semua artikel NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/11/niosh-lancar-buku-panduan-khas-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NIOSH lancar buku panduan khas untuk sekolah tahfiz"

Catat Ulasan

Loading...