Loading...

Permainan tekan dada diharam di sekolah

Loading...
Permainan tekan dada diharam di sekolah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Permainan tekan dada diharam di sekolah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Permainan tekan dada diharam di sekolah
link : Permainan tekan dada diharam di sekolah

lihat juga


Permainan tekan dada diharam di sekolah

THE MALAYSIAN TIMES
 


BANGI: Permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan.

“Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain pass out challenge dengan bergilir-gilir menekan dada rakan-rakan mereka.

Mahdzir berkata kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Sementara itu beliau berkata kementerian sedia menimbang saranan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama) supaya guru kaunseling atau kaunselor turut diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 350 orang.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 jurukaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah di seluruh negara dengan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

“Setakat ini peranan mereka amat berkesan dalam membantu sekolah berdepan isu murid bermasalah dan untuk itu kita sedia mengambil maklum saranan yang dibuat Perkama,” katanya dan menambah ketika ini kaunselor hanya ditempatkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid melebihi 350 orang.

Berhubung peranan kementerian ke atas pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah, Mahdzir berkata secara prosedur operasi standard, pelajar tersebut bukan lagi di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Sebelum pelajar dibuang sekolah, pelajar tersebut telah diberikan pelbagai peluang untuk berubah, melalui sesi kaunseling dan jika pelajar masih ditahap sama, buang sekolah adalah pilihan terakhir yang diambil,” katanya.–Bernama

THE MALAYSIAN TIMES
 


BANGI: Permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan.

“Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain pass out challenge dengan bergilir-gilir menekan dada rakan-rakan
Loading...
mereka.

Mahdzir berkata kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Sementara itu beliau berkata kementerian sedia menimbang saranan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama) supaya guru kaunseling atau kaunselor turut diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 350 orang.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 jurukaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah di seluruh negara dengan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

“Setakat ini peranan mereka amat berkesan dalam membantu sekolah berdepan isu murid bermasalah dan untuk itu kita sedia mengambil maklum saranan yang dibuat Perkama,” katanya dan menambah ketika ini kaunselor hanya ditempatkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid melebihi 350 orang.

Berhubung peranan kementerian ke atas pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah, Mahdzir berkata secara prosedur operasi standard, pelajar tersebut bukan lagi di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Sebelum pelajar dibuang sekolah, pelajar tersebut telah diberikan pelbagai peluang untuk berubah, melalui sesi kaunseling dan jika pelajar masih ditahap sama, buang sekolah adalah pilihan terakhir yang diambil,” katanya.–Bernama



dengan itu Perkara Permainan tekan dada diharam di sekolah

yang semua artikel Permainan tekan dada diharam di sekolah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Permainan tekan dada diharam di sekolah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/10/permainan-tekan-dada-diharam-di-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Permainan tekan dada diharam di sekolah"

Catat Ulasan

Loading...