Loading...

Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

Loading...
Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik
link : Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

lihat juga


Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap lebih profesional dan menyedari kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, dengan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur bersifat politik ketika membentangkan Bajet 2018, petang tadi.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, menerusi pembentangan bajet petang tadi, Najib dilihat tidak berdiri sebagai seorang menteri kewangan, sebaliknya meletakkan beliau sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN).
Di peringkat awal pembentangan itu lagi, beliau membangkitkan mengenai kenapa dirinya dikutuk dengan mengaitkan isu Bugis dan sebagainya, kemudian ia diakhiri pula dengan ucapan semangat dan berjuang untuk PRU14.
“Saya kira perkara sebegitu harus dikurangkan dalam pembentangan belanjawan kerana ia adalah bajet atas dasar kedudukannya sebagai menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas kandungan pembentangan itu, beliau bagaimanapun mengakui banyak penambahbaikan yang dibawa oleh kerajaan selaras dengan hasrat rakyat, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Secara dasarnya, perkara yang ditonjolkan dalam pembentangan dilihat mengambil kira secara menyeluruh dengan menekankan pembangunan lestari, kemudian meletakkan banyak kelebihan kepada golongan wanita, kakitangan awam dan pesara. Saya kira ianya adalah positif.
“Saya juga tertarik dengan pemansuhan tol di tiga buah negeri iaitu di Selangor, Kedah dan Johor. Saya kira ianya berlaku selepas dipukul canang oleh pembangkang. Inilah pentingnya peranan pembangkang dalam sebuah negara demokrasi,” katanya.
Bagaimanapun Dr Mat Yazid berkata, beliau hairan dengan kandungan bajet kali ini yang tidak memperincikan secara jelas peruntukan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perdana Menteri tidak menyentuh dengan mendalam mengenai IPT, dan sekadar menyebut menaik taraf universiti terbaik sahaja, tanpa menjelaskan peruntukan sama ada dinaikkan atau tidak.
“Sebelum ini kita maklum bahawa peruntukan untuk universiti telah dikurangkan sehingga ada beberapa perkara yang sebelum ini kita terima, sudah tidak dapat. Ia sehinggakan pentadbiran menggunakan cara yang tidak pernah dilakukan bersesuaian dengan peruntukan sedia ada,” katanya.
Ditanya adakah bajet kali ini dilihat untuk ‘memancing undi’, Dr Mat Yazid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur-unsur tersebut memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, apabila banyak pihak menerima manfaat daripadanya.
“Belanjawan ini dilihat positif untuk mereka yang berpendapatan kurang RM9,000, dan mereka juga mudah ditarik untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.
“Dan secara dasarnya darjah pemikiran mereka, bukan saya nak menafikan, tetapi pemikiran dan analisis mereka juga rendah serta mudah terpukau dengan bayaran-bayaran sebegini. Maka, sasaran itu sampai.
“Unsur-unsur pancing undi itu ada, cuma ianya tidak secara langsung kerana mungkin ada yang menerima tetapi tidak memberi kesan, khususnya mereka berpendapatan tinggi, ianya hanya memberi kesan kecil,” katanya. - ismaweb

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap lebih profesional dan menyedari kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, dengan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur bersifat politik ketika membentangkan Bajet 2018, petang tadi.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, menerusi pembentangan bajet petang tadi, Najib dilihat tidak berdiri sebagai seorang menteri kewangan, sebaliknya meletakkan beliau sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN).
Di peringkat awal pembentangan itu lagi, beliau membangkitkan mengenai kenapa dirinya dikutuk dengan mengaitkan isu Bugis dan sebagainya, kemudian ia diakhiri pula dengan ucapan semangat dan berjuang untuk PRU14.
“Saya kira perkara sebegitu harus dikurangkan dalam pembentangan belanjawan kerana ia adalah bajet atas dasar kedudukannya sebagai menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas kandungan pembentangan itu, beliau bagaimanapun mengakui banyak penambahbaikan yang dibawa oleh kerajaan selaras dengan hasrat rakyat, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Secara dasarnya, perkara yang ditonjolkan dalam pembentangan dilihat mengambil kira secara menyeluruh dengan menekankan pembangunan lestari, kemudian meletakkan banyak kelebihan kepada golongan wanita, kakitangan awam dan pesara. Saya kira ianya adalah positif.
Loading...
line-height: inherit; margin-bottom: 15px; padding: 0px; text-align: justify; vertical-align: baseline;">“Saya juga tertarik dengan pemansuhan tol di tiga buah negeri iaitu di Selangor, Kedah dan Johor. Saya kira ianya berlaku selepas dipukul canang oleh pembangkang. Inilah pentingnya peranan pembangkang dalam sebuah negara demokrasi,” katanya.
Bagaimanapun Dr Mat Yazid berkata, beliau hairan dengan kandungan bajet kali ini yang tidak memperincikan secara jelas peruntukan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perdana Menteri tidak menyentuh dengan mendalam mengenai IPT, dan sekadar menyebut menaik taraf universiti terbaik sahaja, tanpa menjelaskan peruntukan sama ada dinaikkan atau tidak.
“Sebelum ini kita maklum bahawa peruntukan untuk universiti telah dikurangkan sehingga ada beberapa perkara yang sebelum ini kita terima, sudah tidak dapat. Ia sehinggakan pentadbiran menggunakan cara yang tidak pernah dilakukan bersesuaian dengan peruntukan sedia ada,” katanya.
Ditanya adakah bajet kali ini dilihat untuk ‘memancing undi’, Dr Mat Yazid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur-unsur tersebut memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, apabila banyak pihak menerima manfaat daripadanya.
“Belanjawan ini dilihat positif untuk mereka yang berpendapatan kurang RM9,000, dan mereka juga mudah ditarik untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.
“Dan secara dasarnya darjah pemikiran mereka, bukan saya nak menafikan, tetapi pemikiran dan analisis mereka juga rendah serta mudah terpukau dengan bayaran-bayaran sebegini. Maka, sasaran itu sampai.
“Unsur-unsur pancing undi itu ada, cuma ianya tidak secara langsung kerana mungkin ada yang menerima tetapi tidak memberi kesan, khususnya mereka berpendapatan tinggi, ianya hanya memberi kesan kecil,” katanya. - ismaweb


dengan itu Perkara Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

yang semua artikel Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/10/najib-patut-profesional-bentang-bajet.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik"

Catat Ulasan

Loading...