Loading...
Tajuk : [KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari
link : [KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari
[KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos direman selama tiga hari sehingga Ahad ini berikutan insiden kekecohan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), semalam.
Jamal dan tujuh pekerjanya disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta himpunan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret P. Sarulatha pada jam 12 tengah hari tadi.
Dalam pada itu peguam yang mewakili Jamal, Khairul Anuar Kashim memaklumkan Jamal dan tujuh yang lain ditahan polis di sebuah restoran di Sekinchan, Sabak Bernam sekitar 1.45 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi semalam, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang media membantah penganjuran 'The Better Beer Festival 2017'.
Kekecohan berlaku ketika mereka membawa 10 kotak berisi botol bir dan bertindak memecah kesemua botol berkenaan dengan batang penukul di hadapan pintu pagar utama banguan berkenaan.
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos direman selama tiga hari sehingga Ahad ini berikutan insiden kekecohan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), semalam.
Jamal dan tujuh pekerjanya disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta
Loading...
himpunan.
Terdahulu Jamal dan tujuh yang lain tiba di Mahkamah Shah Alam pada jam 10.55 pagi tadi dengan menaiki Black Maria
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret P. Sarulatha pada jam 12 tengah hari tadi.
Dalam pada itu peguam yang mewakili Jamal, Khairul Anuar Kashim memaklumkan Jamal dan tujuh yang lain ditahan polis di sebuah restoran di Sekinchan, Sabak Bernam sekitar 1.45 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi semalam, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang media membantah penganjuran 'The Better Beer Festival 2017'.
Kekecohan berlaku ketika mereka membawa 10 kotak berisi botol bir dan bertindak memecah kesemua botol berkenaan dengan batang penukul di hadapan pintu pagar utama banguan berkenaan.
dengan itu Perkara [KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari
yang semua artikel [KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel [KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/10/kemaskini-pecah-botol-arak-depan-suk.html
0 Response to "[KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari"
Catat Ulasan