Loading...

KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI

Loading...
KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI
link : KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI

lihat juga


KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI

shahbudindotcom


Hakikat bahawa UMNO kini sangat terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang tidak boleh disangkal lagi apabila mereka kini tanpa rasa malu atau bersalah mahu melebarkan jangkauan kempen hingga ke sekolah-sekolah rendah.

Selama ini sekolah sentiasa bebas daripada unsur kepartian kerana murid-murid dihantar ke sana untuk menuntut ilmu dan menjadi pandai, bukan akhirnya untuk menjadi balaci dan mengagungkan kleptokrasi.

Kenyataan Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid bahawa membawa bendera dan menyanyikan lagu UMNO di sekolah-sekolah tidak bersifat politik dengan alasan parti itu yang memperjuangkan kemerderkaan, terlihat bukan saja menggelikan hati, malah menjengkelkan sekali.

Kenapa baru sekarang baru teringat untuk memberitahu murid-murid sekolah rendah dan guru-guru bahawa UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan sedangkan kita merdeka sejak tahun 1957 lagi?

Tidak cukupkah fakta mengenai perjuangan UMNO dan kemerdekaan negara yang sudah tertulis dalam buku-buku sejarah dan diajar oleh guru kepada murid-murid sekolah?
Mengapa hanya tahun ini iaitu menjelang PRU 14 saja terlihat kesungguhan untuk mengUMNOkan sekolah-sekolah?

Mengapa tidak pada tahun-tahun sebelumnya? 

Bukankah sambutan bulan kemerdekaan sudah diadakan setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu?

Jika alasan sejarah mahu digunakan, bolehkah PKR dan DAP mahu mengadakan program yang sama di sekolah kerana kedua-dua parti itu juga mencipta sejarah sebagai pemerintah baru di Selangor dan Pulau Pinang selepas UMNO sejak 10 tahun yang lalu?

Bolehkah juga diadakan  program pengkisahan sejarah kepada murid-murid mengenai sumbangan dan peranan Tun Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia yang yang patut dikenang dan disanjung?

Bolehkah kerajaan dan Menteri Pendidikan bersikap adil dalam hal ini?

Apa pun hujah dan alasannya, apa yang sudah dilakukan UMNO mengenai program di sekolah di Putrajaya beberapa hari lalu dan jawapan Menteri Pendidikan yang menghalalkan perbuatan itu, keterdesakan UMNO nyata sukar dinafikan.

Sementara di universiti dan pusat-pengajian tinggi larangan berpolitik sangat dikuatkuasakan, hakikatnya adalah amat bertentangan apabila budaya politik UMNO tiba-tiba dibenar untuk diadakan di peringkat sekolah rendah.

Terlanjur UMNO sudah begitu terdesak dan kemaruk untuk berpolitik hingga ke sekolah rendah, ada baiknya jika kerajaan cepat-cepat menukar peraturan dengan segera memberi kebenaran kepada murid-murid sekolah seawal usia 7 tahun untuk mengundi sama mulai PRU 14 akan datang.

Ia tentunya suatu keputusan yang amat bermakna jika dilaksanakan kerana di sebalik rakyat tidak lagi mempercayai UMNO, peneroka Felda dan kakitangan kerajaan sudah terbelah dua, hanya sokongan murid-murid sekolahlah sandaran terbaik bagi Najib Razak, UMNO dan BN untuk terus mengekalkan kuasanya.

Ini kerana murid-murid sekolah belum begitu faham mengenai rasuah, pembaziran, kemewahan, salah guna kuasa, penyelewengan, bagaimana rupa rantai dan cincin juta-juta serta jauh sekali pernah mendengar perkataan kleprokrasi.

Maka, membenarkan murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk mengundi, sambil membekalkan mereka dengan makanan percuma dan duit belanja seadanya, adalah cadangan susulan yang harus dikemukakan oleh Menteri Pendidikan selepas ini demi memastikan Najib dapat kekal berkuasa hingga akhir hayatnya.

shahbudindotcom


Hakikat bahawa UMNO kini sangat terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang tidak boleh disangkal lagi apabila mereka kini tanpa rasa malu atau bersalah mahu melebarkan jangkauan kempen hingga ke sekolah-sekolah rendah.

Selama ini sekolah sentiasa bebas daripada unsur kepartian kerana murid-murid dihantar ke sana untuk menuntut ilmu dan menjadi pandai, bukan akhirnya untuk menjadi balaci dan mengagungkan kleptokrasi.

Kenyataan Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid bahawa membawa bendera dan menyanyikan lagu UMNO di sekolah-sekolah tidak bersifat politik dengan alasan parti itu yang memperjuangkan kemerderkaan, terlihat bukan saja menggelikan hati, malah menjengkelkan sekali.

Kenapa baru sekarang baru teringat untuk memberitahu murid-murid sekolah rendah dan guru-guru bahawa UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan sedangkan kita merdeka sejak tahun 1957 lagi?

Tidak cukupkah fakta mengenai perjuangan UMNO dan kemerdekaan negara yang sudah tertulis dalam buku-buku sejarah dan diajar oleh guru kepada murid-murid sekolah?
Mengapa hanya tahun ini iaitu menjelang PRU 14 saja terlihat kesungguhan untuk mengUMNOkan sekolah-sekolah?

Mengapa tidak pada tahun-tahun sebelumnya? 

Bukankah sambutan bulan kemerdekaan sudah diadakan setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu?

Jika alasan
Loading...
sejarah mahu digunakan, bolehkah PKR dan DAP mahu mengadakan program yang sama di sekolah kerana kedua-dua parti itu juga mencipta sejarah sebagai pemerintah baru di Selangor dan Pulau Pinang selepas UMNO sejak 10 tahun yang lalu?

Bolehkah juga diadakan  program pengkisahan sejarah kepada murid-murid mengenai sumbangan dan peranan Tun Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia yang yang patut dikenang dan disanjung?

Bolehkah kerajaan dan Menteri Pendidikan bersikap adil dalam hal ini?

Apa pun hujah dan alasannya, apa yang sudah dilakukan UMNO mengenai program di sekolah di Putrajaya beberapa hari lalu dan jawapan Menteri Pendidikan yang menghalalkan perbuatan itu, keterdesakan UMNO nyata sukar dinafikan.

Sementara di universiti dan pusat-pengajian tinggi larangan berpolitik sangat dikuatkuasakan, hakikatnya adalah amat bertentangan apabila budaya politik UMNO tiba-tiba dibenar untuk diadakan di peringkat sekolah rendah.

Terlanjur UMNO sudah begitu terdesak dan kemaruk untuk berpolitik hingga ke sekolah rendah, ada baiknya jika kerajaan cepat-cepat menukar peraturan dengan segera memberi kebenaran kepada murid-murid sekolah seawal usia 7 tahun untuk mengundi sama mulai PRU 14 akan datang.

Ia tentunya suatu keputusan yang amat bermakna jika dilaksanakan kerana di sebalik rakyat tidak lagi mempercayai UMNO, peneroka Felda dan kakitangan kerajaan sudah terbelah dua, hanya sokongan murid-murid sekolahlah sandaran terbaik bagi Najib Razak, UMNO dan BN untuk terus mengekalkan kuasanya.

Ini kerana murid-murid sekolah belum begitu faham mengenai rasuah, pembaziran, kemewahan, salah guna kuasa, penyelewengan, bagaimana rupa rantai dan cincin juta-juta serta jauh sekali pernah mendengar perkataan kleprokrasi.

Maka, membenarkan murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk mengundi, sambil membekalkan mereka dengan makanan percuma dan duit belanja seadanya, adalah cadangan susulan yang harus dikemukakan oleh Menteri Pendidikan selepas ini demi memastikan Najib dapat kekal berkuasa hingga akhir hayatnya.



dengan itu Perkara KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI

yang semua artikel KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/10/kalau-kemaruk-sangat-nak-berpolitik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI"

Catat Ulasan

Loading...