Loading...

Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya

Loading...
Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya
link : Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya

lihat juga


Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya

Nik Nazmi Nik Ahmad
  



Semua rakyat Malaysia sudah tentu begitu terkesan dengan keganasan dan kesengsaraan di wilayah Rakhine di Myanmar, terutamanya apabila kaum Rohingya diganasi.

Keganasan dan krisis kemanusiaan yang berlaku ke atas Rohingya bukan sahaja berkemungkinan mengganggu kestabilan Myanmar dan negara jiran, tetapi juga kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Oleh itu seluruh rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk menggesa kerajaan, dan masyarakat antarabangsa — termasuklah institusi seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Asean — untuk mengambil segala tindakan diplomatik yang boleh mengakhiri keganasan di Rakhine.

Pada masa yang sama, penyelesaian berkekalan ke atas status kaum Rohingya juga mestilah dicapai — termasuklah mempertahankan hak kerakyatan mereka di negara Myanmar dengan segera.

Saya berharap agar Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membenarkan anggota parlimen Malaysia membahaskan isu ini apabila dewan bersidang semula.

Sememangnya ini masa paling sesuai untuk memanggil sidang parlimen tergempar untuk membincangkan dasar luar negara yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengakhiri malapetaka ini.

Saya juga berharap agar pihak berkuasa lebih berhemah ketika berurusan dengan penunjuk perasaan Rohingya yang ditahan tempoh hari berdekatan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, mengikut lunas undang-undang.

Kita tidak harus lupa bahawa beberapa tokoh kerajaan persekutuan dan parti politik tertentu, suatu ketika dulu, telah mengambil bahagian dalam perhimpunan yang sama untuk menegakkan hak Rohingya.

Bagaimanapun, akhirnya hanya kerajaan Myanmar yang mampu membawa keamanan kepada wilayah Rakhine dan memberi keadilan kepada kaum Rohingya — termasuklah Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Angkatan Tentera Myanmar (Tatmadaw) bawah Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

Mereka sepatutnya sedar bahawa mereka sejarah tidak akan berpihak kepada mereka dalam isu ini.

Keterlibatan Aung San Suu Kyi dalam keganasan ini memalukan Anugerah Nobel Keamanan yang diperolehnya pada tahun 1991 yang beliau diiktiraf kerana "perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi" serta penegasan ke atas "keperluan untuk perdamaian dalam negara yang terlalu berpecah".

Malah tindakan Tatmadaw sudah tentu akan merosakkan integriti Myanmar yang Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah berikrar untuk pertahankan.

Mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan tumpahan darah di Rakhine dan tekanan ke atas kaum Rohingya.

Segala pembunuhan ini mestilah dihentikan sekarang.


NIK NAZMI NIK AHMAD ketua Pemuda PKR.

Nik Nazmi Nik Ahmad
  



Semua rakyat Malaysia sudah tentu begitu terkesan dengan keganasan dan kesengsaraan di wilayah Rakhine di Myanmar, terutamanya apabila kaum Rohingya diganasi.

Keganasan dan krisis kemanusiaan yang berlaku ke atas Rohingya bukan sahaja berkemungkinan mengganggu kestabilan Myanmar dan negara jiran, tetapi juga kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Oleh itu seluruh rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk menggesa kerajaan, dan masyarakat antarabangsa — termasuklah institusi seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Asean — untuk mengambil segala tindakan diplomatik yang boleh mengakhiri keganasan di Rakhine.

Pada masa yang sama,
Loading...
penyelesaian berkekalan ke atas status kaum Rohingya juga mestilah dicapai — termasuklah mempertahankan hak kerakyatan mereka di negara Myanmar dengan segera.

Saya berharap agar Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membenarkan anggota parlimen Malaysia membahaskan isu ini apabila dewan bersidang semula.

Sememangnya ini masa paling sesuai untuk memanggil sidang parlimen tergempar untuk membincangkan dasar luar negara yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengakhiri malapetaka ini.

Saya juga berharap agar pihak berkuasa lebih berhemah ketika berurusan dengan penunjuk perasaan Rohingya yang ditahan tempoh hari berdekatan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, mengikut lunas undang-undang.

Kita tidak harus lupa bahawa beberapa tokoh kerajaan persekutuan dan parti politik tertentu, suatu ketika dulu, telah mengambil bahagian dalam perhimpunan yang sama untuk menegakkan hak Rohingya.

Bagaimanapun, akhirnya hanya kerajaan Myanmar yang mampu membawa keamanan kepada wilayah Rakhine dan memberi keadilan kepada kaum Rohingya — termasuklah Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Angkatan Tentera Myanmar (Tatmadaw) bawah Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

Mereka sepatutnya sedar bahawa mereka sejarah tidak akan berpihak kepada mereka dalam isu ini.

Keterlibatan Aung San Suu Kyi dalam keganasan ini memalukan Anugerah Nobel Keamanan yang diperolehnya pada tahun 1991 yang beliau diiktiraf kerana "perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi" serta penegasan ke atas "keperluan untuk perdamaian dalam negara yang terlalu berpecah".

Malah tindakan Tatmadaw sudah tentu akan merosakkan integriti Myanmar yang Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah berikrar untuk pertahankan.

Mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan tumpahan darah di Rakhine dan tekanan ke atas kaum Rohingya.

Segala pembunuhan ini mestilah dihentikan sekarang.


NIK NAZMI NIK AHMAD ketua Pemuda PKR.



dengan itu Perkara Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya

yang semua artikel Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/09/tuan-speaker-perlu-sidang-tergempar-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuan Speaker, perlu sidang tergempar isu Rohingya"

Catat Ulasan

Loading...