Loading...

PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’

Loading...
PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’
link : PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’

lihat juga

PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat sebuah video iklan berbaur lucah yang kini tular di media sosial.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya di Internet, tetapi ia sepatutnya dipantau pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.

“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai iklan yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri yang dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki.

Selain dialog, menerusi video berdurasi 1 minit dan 22 saat itu turut memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi seks, yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.

Salah satu adegan di dalam sebuah iklan yang berbaur lucah kini tular di media sosial.

Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial.

“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.

Sementara itu, penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula menjelaskan bahawa di dalam Islam mengatakan supaya menjauhkan diri daripada melakukan zina.

Biarpun produk ‘tenaga batin’ untuk kebaikan suami isteri, tetapi pendedahan iklan tersebut secara umum mengundang yang belum berkahwin kepada perbuatan zina.

“Sebaik-baiknya carilah jalan yang tidak terlalu memperincikan kegunaan, fungsi atau kesannya, di dalam konteks iklan ini melibatkan hal sulit rumahtangga,” katanya.

Menurut Ahmad Dusuki, jika tiada tapisan, ia akan memberi imaginasi kepada golongan muda dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial.

“Video yang tersebar pastinya akan mengundang kata-kata negatif di laman sosial, sekali gus mengundang dosa buat mereka yang berkata-kata sedemikian,” katanya.

Bersetuju dengan pandangan Nadzim, beliau turut menyarankan supaya pengeluar produk perlu mendapatkan pandangan pakar terutama dari sudut agama bagi memastikan iklan yang dihasilkan bersesuaian untuk tontonan umum. - mStar

dengan itu Perkara PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’

yang semua artikel PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/09/ppim-gesa-skmm-siasat-iklan-buah-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’"

Catat Ulasan

Loading...