Loading...

Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia

Loading...
Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia
link : Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia

lihat juga

Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia

BERNAMA

Jemaah Haji 5

Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 1,100 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada laporan yang diterima, sebanyak 31,300 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.

Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (semalam) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah adalah sebanyak 31, 300 orang, katanya kepada pemberita di Arafah pada Khamis.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melawat khemah penempatan jemaah Malaysia di Arafah menjelang Hari Wukuf.

 Sebelum ini, ketika melawat beberapa maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah, Abdul Azeez memberi bayangan untuk mengumumkan di Arafah angka sebenar jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini.

Beliau berkata pertambahan bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata setakat Khamis, seramai 20 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci.

Daripada jumlah itu, beliau berkata TH akan melaksanakan 12 badal haji untuk jemaah terbabit manakala lima lagi pernah menunaikan ibadat haji dan lembaga berkenaan tidak akan berbuat demikian kepada mereka.

Tiga lagi jemaah, kita tidak sempat melaksanakan badal haji tahun ini kerana meninggal dunia hari ini (Khamis). Insya-Allah, Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk mereka tahun depan, katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata 12 jemaah Malaysia masih dirawat di hospital di Makkah, dan daripada jumlah itu empat masih koma manakala lapan lagi sedang dipantau kesihatan mereka.

Bagi mereka yang uzur dan tidak dapat melaksanakan wukuf, kita akan mengembalikan wang RM9,980, dan

Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanakan ibadah haji tahun depan, katanya.

Malam tadi, jemaah haji Malaysia bergerak ke Muzdalifah secara berperingkat untuk mabit (bermalam) sebelum terus ke Mina.

Di Mina, jemaah Malaysia akan melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) sebelum melontar ketiga-tiga jamrah " Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

dengan itu Perkara Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia

yang semua artikel Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/09/peningkatan-1100-jemaah-haji-tahun-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peningkatan 1,100 jemaah haji tahun ini, 20 orang meninggal dunia"

Catat Ulasan

Loading...