Loading...

Tiong Lai jadikan ia perkauman

Loading...
Tiong Lai jadikan ia perkauman - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiong Lai jadikan ia perkauman, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Tiong Lai jadikan ia perkauman
link : Tiong Lai jadikan ia perkauman

lihat juga


Tiong Lai jadikan ia perkauman

 
 
Oleh Subky Latif

TIADA makhluk - manusia dan malaikat - kata projek sistem rail dari Lembah Klang ke Kelantan di bawah ECRL yang dibiayai China merugikan negara dari segi ekonomi, pembangunan dan kemajuan.
    
Semua setuju ia bukan menguntungkan Malaysia saja, bahkan ia menguntungkan China. Hingga beratus tahun selepas PM Najib dan menteri pengangkutannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mati ia akan memberi untung besar kepada Malaysia sama seperti untungnya Tanah Besar China  dengan Tembok Besar China yang dibina ribuan tahun dulu.
     
Tetapi jadahnya mengapa acara pecah tanah projek itu yang dihadiri oleh PM Najib tidak diserikan dengan bahasa rasmi negara yang diperlembagakan sejak merdeka?
    
Malaysia bangga dengan adanya Perkasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia – yang membangkitkan lambang kebesaran negara seolah-olah dibangkulsampahkan dalam acara pecah tanah itu. Bahasa rasmi negara dan lain-lain lambang kenegaraan dikatakan diketepikan.
    
Mungkin Perkasa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dicap perkauman oleh orang yang antinya, tetapi Perkasa dalam hal pecah tanah ini telah membangkitkan perkara yang hak. Tidak timbul seperti yang Tiong Lai bangkitkan isu perkauman bagi mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan China.
    
Menteri Tiong Lai mesti peka, dia adalah menteri Malaysia. Dia tahu masa mana bahasa dan bendera mesti diutama dan dimuliakan. Tiong Lai patut nasihatkan, jangan ada yang kejadian provokatif, yang boleh ditafsirkan memburukkan lagi maruah dan imej Perdana Menteri.
    
Nama Perdana Menteri dengan segala skandalnya sudah cukup memburukkan, ditambah dengan pecah tanah yang membakul sampah warisan dan kebanggaan negara, Tiong Lai seolah-olah melayakkan bossnya dicampak ke Laut China Selatan.
     
Tiada cacat celanya pecah tanah itu tidak menggunakan bendera dan bahasa yang boleh difaham oleh warga China saja. Adakah projek-projek China di Afrika dan di mana-mana di dunia acara pecah tanahnya tidak guna bahasa dari benua lain bahkan bahasa Tanah Besar saja?

  Tiong Lai telah tidak membantu PM Najib memulihkan namanya di kalangan rakyat yang bermaruah.
     
Yang penting bagi pelabur China ialah peluang ekonomi yang diperolehnya dan ia membantu menambah namanya dalam masyarakat antarabangsa, bukan memacak bendera dan bahasanya di wilayah asing.
    
Semua tahu Najib bukanlah pemimpin yang boleh dibanggakan oleh Malaysia. Tiong Lai dan menteri-menterinya jangan jadi orang menyokong membawa rebah kepadanya. Dalam hubungan Malaysia dan China sekarang ini Najib sudah dilihat sebagai seorang yang bisu. Tiong Lai sebagai pemimpin Malaysia bukan Melayu sepatutnya dapat menjadi penasihat yang baik, bukan jadi batu api menempelak teguran Perkasa itu membakar perkauman.
    
Apa yang Perkasa timbulkan itu ada membangkitkan kebenaran dan kesedaran. Jika Perkasa tidak bangkitkan, siapa yang sanggup membangkitkan. Harapkan Umno? Baik ia jadi tukang kipas supaya Najib lebih cepat ditempelak.
    
Tiong Lai tidak dilihat pihak yang dapat membantu mendaulat roh keperwiraan yang amat diperlukan oleh bangsa berbilang kaum di Malaysia.
    
Kita tidak fikir kejadian pecah tanah ECRL di Kuantan itu syarat yang ditentukan oleh pelabur China. Kita takut orang-orang di sini lebih sudu dari senduk. Jika perkauman payah dikikis, ia disebabkan oleh orang Malaysia tidak berbangga dengan nilai-nilai yang baik yang ada dalam negeri.
    
Bukan semua Perkasa itu buruk.  Dalam isu pecah tanah ECRL, Perkasa adalah wira dan perwira.

 
 
Oleh Subky Latif

TIADA makhluk - manusia dan malaikat - kata projek sistem rail dari Lembah Klang ke Kelantan di bawah ECRL yang dibiayai China merugikan negara dari segi ekonomi, pembangunan dan kemajuan.
    
Semua setuju ia bukan menguntungkan Malaysia saja, bahkan ia menguntungkan China. Hingga beratus tahun selepas PM Najib dan menteri pengangkutannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mati ia akan memberi untung besar kepada Malaysia sama seperti untungnya Tanah Besar China  dengan Tembok Besar China yang dibina ribuan tahun dulu.
     
Tetapi jadahnya mengapa acara pecah tanah projek itu yang dihadiri oleh PM Najib tidak diserikan dengan bahasa rasmi negara yang diperlembagakan sejak merdeka?
    
Malaysia bangga dengan adanya Perkasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia – yang membangkitkan lambang kebesaran negara seolah-olah dibangkulsampahkan dalam acara pecah tanah itu. Bahasa rasmi negara dan lain-lain lambang kenegaraan dikatakan diketepikan.
    
Mungkin Perkasa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dicap perkauman oleh orang yang antinya, tetapi Perkasa dalam hal pecah tanah ini telah membangkitkan perkara yang hak. Tidak timbul seperti yang Tiong Lai bangkitkan isu perkauman bagi mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan China.
    
Menteri Tiong Lai mesti peka, dia adalah menteri Malaysia. Dia tahu masa mana bahasa dan bendera mesti diutama dan
Loading...
dimuliakan. Tiong Lai patut nasihatkan, jangan ada yang kejadian provokatif, yang boleh ditafsirkan memburukkan lagi maruah dan imej Perdana Menteri.
    
Nama Perdana Menteri dengan segala skandalnya sudah cukup memburukkan, ditambah dengan pecah tanah yang membakul sampah warisan dan kebanggaan negara, Tiong Lai seolah-olah melayakkan bossnya dicampak ke Laut China Selatan.
     
Tiada cacat celanya pecah tanah itu tidak menggunakan bendera dan bahasa yang boleh difaham oleh warga China saja. Adakah projek-projek China di Afrika dan di mana-mana di dunia acara pecah tanahnya tidak guna bahasa dari benua lain bahkan bahasa Tanah Besar saja?

  Tiong Lai telah tidak membantu PM Najib memulihkan namanya di kalangan rakyat yang bermaruah.
     
Yang penting bagi pelabur China ialah peluang ekonomi yang diperolehnya dan ia membantu menambah namanya dalam masyarakat antarabangsa, bukan memacak bendera dan bahasanya di wilayah asing.
    
Semua tahu Najib bukanlah pemimpin yang boleh dibanggakan oleh Malaysia. Tiong Lai dan menteri-menterinya jangan jadi orang menyokong membawa rebah kepadanya. Dalam hubungan Malaysia dan China sekarang ini Najib sudah dilihat sebagai seorang yang bisu. Tiong Lai sebagai pemimpin Malaysia bukan Melayu sepatutnya dapat menjadi penasihat yang baik, bukan jadi batu api menempelak teguran Perkasa itu membakar perkauman.
    
Apa yang Perkasa timbulkan itu ada membangkitkan kebenaran dan kesedaran. Jika Perkasa tidak bangkitkan, siapa yang sanggup membangkitkan. Harapkan Umno? Baik ia jadi tukang kipas supaya Najib lebih cepat ditempelak.
    
Tiong Lai tidak dilihat pihak yang dapat membantu mendaulat roh keperwiraan yang amat diperlukan oleh bangsa berbilang kaum di Malaysia.
    
Kita tidak fikir kejadian pecah tanah ECRL di Kuantan itu syarat yang ditentukan oleh pelabur China. Kita takut orang-orang di sini lebih sudu dari senduk. Jika perkauman payah dikikis, ia disebabkan oleh orang Malaysia tidak berbangga dengan nilai-nilai yang baik yang ada dalam negeri.
    
Bukan semua Perkasa itu buruk.  Dalam isu pecah tanah ECRL, Perkasa adalah wira dan perwira.



dengan itu Perkara Tiong Lai jadikan ia perkauman

yang semua artikel Tiong Lai jadikan ia perkauman Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Tiong Lai jadikan ia perkauman dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/08/tiong-lai-jadikan-ia-perkauman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiong Lai jadikan ia perkauman"

Catat Ulasan

Loading...