Loading...

RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu

Loading...
RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu
link : RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu

lihat juga


RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu


ALOR SETAR - Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Memali didakwa bermotif dendam politik, kerana hanya dicadangkan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pembangkang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, sekiranya dinafikan siasatan menjurus kepada dendam, kenapa perlu tunggu sehingga lebih 30 tahun untuk siasat semula tragedi itu.

“Ya tentunya ada dendam politik, kalau tidak kenapa sekarang, bukan 30 tahun dulu? Ini termasuk RCI Forex yang ditubuhkan hanya selepas Mahathir tidak lagi bersama Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kedah, semalam.

Menurutnya, apa dikesalkan, isu 1Malaysia Development Berhad (IMDB) yang menjadi perbualan seluruh dunia tidak pula diwujudkan RCI walaupun ada desakan.

“Isu yang puluhan tahun, nak cari rekod lama pun susah. Paling mudah untuk siasat isu sekarang, iaitu kes IMDB, kenapa tidak diwujudkan RCI?,” katanya.

Mengulas kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung ‘Amanat Hadi’, katanya, semua terlibat akan disiasat namun kesal agensi kerajaan seolah dipergunakan dalam siasatan itu.

“Tak wajar agensi kerajaan termasuk Peguam Negara dipergunakan membalas dendam politik, sepatutnya untuk basmi jenayah atau rasuah,” katanya.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu tidak melatah apabila Pusat Penyelidikan Pas meramalkan pengaruh Amanah akan merosot 0.5 peratus susulan isu Memali.

“Mereka bebas bagi pandangan, tak ada masalah. Sebagai orang lama (parti) perkembangan Amanah kini di tahap progresif,” katanya.

Mengulas konon wujudnya pakatan sulit antara Abdul Hadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merampas Selangor pada PRU14, katanya, Amanah konsisten dalam memerangi parti yang ‘berkawan’ dengan BN.

ALOR SETAR - Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Memali didakwa bermotif dendam politik, kerana hanya dicadangkan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pembangkang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, sekiranya dinafikan siasatan menjurus kepada dendam, kenapa perlu tunggu sehingga lebih 30 tahun untuk siasat semula tragedi itu.

“Ya tentunya ada dendam politik, kalau tidak kenapa sekarang, bukan 30 tahun dulu? Ini termasuk RCI Forex yang ditubuhkan hanya selepas Mahathir tidak lagi bersama Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kedah, semalam.

Menurutnya, apa dikesalkan, isu 1Malaysia Development Berhad (IMDB) yang menjadi perbualan seluruh dunia tidak pula diwujudkan RCI walaupun ada
Loading...
desakan.

“Isu yang puluhan tahun, nak cari rekod lama pun susah. Paling mudah untuk siasat isu sekarang, iaitu kes IMDB, kenapa tidak diwujudkan RCI?,” katanya.

Mengulas kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung ‘Amanat Hadi’, katanya, semua terlibat akan disiasat namun kesal agensi kerajaan seolah dipergunakan dalam siasatan itu.

“Tak wajar agensi kerajaan termasuk Peguam Negara dipergunakan membalas dendam politik, sepatutnya untuk basmi jenayah atau rasuah,” katanya.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu tidak melatah apabila Pusat Penyelidikan Pas meramalkan pengaruh Amanah akan merosot 0.5 peratus susulan isu Memali.

“Mereka bebas bagi pandangan, tak ada masalah. Sebagai orang lama (parti) perkembangan Amanah kini di tahap progresif,” katanya.

Mengulas konon wujudnya pakatan sulit antara Abdul Hadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merampas Selangor pada PRU14, katanya, Amanah konsisten dalam memerangi parti yang ‘berkawan’ dengan BN.


dengan itu Perkara RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu

yang semua artikel RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/08/rci-memali-bermotif-dendam-politik-mat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu"

Catat Ulasan

Loading...