Loading...

Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara

Loading...
Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara
link : Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara

lihat juga


Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara

A KADIR JASIN
TENTU ada orang akan mengatakan bahawa isu penggunaan bahasa Cina (Mandarin) yang begitu ketara di upacara pecah tanah Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Pahang baru-baru ini sengaja diperbesar-besarkan.

Seperti yang umum sudah tahu melalui media massa, terutama media sosial, Mandarin digunakan secara meluas dalam bentuk lisan dan tulisan pada majlis itu bersebelahan dengan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun tidak begitu menonjol.

Memanglah isu itu remeh kalau kita tidak peduli mengenai kedaulatan negara atau tidak faham ertinya. Antara komponen penting menyokong kedaulatan negara kita  yang merdeka adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tak tahulah saya mungkin sudah ada orang di Malaysia ini, sama ada warganegara atau pendatang, yang tidak lagi berasa perlu menghormati bahasa kebangsaan. Saya tak terkejut kalau ada orang macam itu.

Sekalipun kita mengakui bahawa majlis itu menggabungkan Malaysia dan China dan bahasa kedua-dua buah negara perlu diberi tempat, namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menonjolkan Mandarin seolah-olah ia setaraf dengan bahasa Melayu.

Namun begitu saya sedikit pun tidak hairan berlakunya perkara tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya,  tidak ada lagi pejuang tulen bahasa yang tahu dan terbabit dengan perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

Di peringkat pelaksanaan pula, badan-badan kerajaan yang diberi amanah memartabatkan dan melindungi bahasa Melayu tidak cukup gigih menjalankan tugas. Saya rasa sama ada mereka tidak ambil berat tugas  atau mereka menderita kompleks rendah diri.

Kita tahulah  upacara  pecah tanah itu sangat penting bagi sesetengah pihak dan mereka hendak memberi muka kepada China kerana negara itu meminjamkan RM55 bilion bagi melaksanakan projek tersebut. Tetapi matlamat itu pastinya boleh dicapai tanpa merendahkan mar-tabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dari aspek komunikasi dan propaganda, apa yang berlaku pada majlis itu tidaklah menguntungkan pihak terlibat. Sebaliknya panji-panji, sepanduk dan penghebahan dalam bahasa Mandarin mengalih perhatian khalayak daripada matlamat asal.

Melainkan kita bangang, kita tentu tahu wujudnya sensitiviti dalam kalangan sebahagian besar masyarakat kita terhadap kemunculan China sebagai kuasa ekonomi yang dominan di Malaysia.

Sebuah analisis dalam akhbar South China Morning Post (SCMP) mengatakan hutang dan pelaburan China di Malaysia boleh mempengaruhi hasil pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Akhbar berbahasa Inggeris Hong Kong itu berkata, syarikat-syarikat milik negara dan swasta China kini terlibat memberi pinjaman, melabur dan melaksanakan projek bernilai RM400 bilion di Malaysia.

Ia meramalkan bahawa pergantungan Malaysia yang semakin besar kepada China akan memberi kesan terhadap politik negara kita, khususnya kepada PRU.

Analisis SCMP itu selari dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh sesetengah pemimpin kerajaan Malaysia yang menguar-uarkan ECRL, khususnya dan kerjasama dengan China amnya sebagai kejayaan besar.

Yang lebih memeranjatkan dan menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian dan niat sebenar China terhadap Malaysia adalah tawaran pinjaman murah untuk membeli sistem peluru berpandu buatan China.

Sumber-sumber yang dipetik oleh portal berita Malaysian Insight mengatakan tawaran China itu dibuat melalui wakil Presiden Xi Jinping ke majlis pecah tanah ECRL. Khabarnya China bersedia menawarkan pinjaman faedah rendah 50 tahun untuk membeli senjata tersebut.

Soalnya siapakah yang hendak kita tembak dengan peluru ber-pandu itu? Sekalipun tidak ada siapa yang hendak kita tembak, namun tawaran China itu pasti akan mencetuskan reaksi negatif daripada negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan India yang semuanya tidak begitu mempercayai China.

Dalam keadaan di mana China sedang secara cergas dan terbuka meluaskan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya, adalah amat baik bagi kita berhati-hati dan berwaspada supaya tidak timbul anggapan dan tanggapan bahawa kita tidak peduli lagi kepada isu-isu berkaitan kebebasan dan kedaulatan.

Lebih-lebih lagi dengan anggapan dan tanggapan bahawa kita kini terlalu bergantung dan menyerah kepada sebuah kuasa luar dan tidak peduli lagi kepada dasar berkecuali yang diasaskan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein.
Pisang berbuah dua kali petani untung, tetapi kalau hutang kita yang begitu besar dengan China bertukar menjadi amalan padi kunca moden, kita akan rugi. Kita akan selama-lamanya tunduk kepada China seperti Raja-raja Melayu silam yang menghantar bunga emas kepada Raja China. 

Wallahuaklam.
A KADIR JASIN
TENTU ada orang akan mengatakan bahawa isu penggunaan bahasa Cina (Mandarin) yang begitu ketara di upacara pecah tanah Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Pahang baru-baru ini sengaja diperbesar-besarkan.

Seperti yang umum sudah tahu melalui media massa, terutama media sosial, Mandarin digunakan secara meluas dalam bentuk lisan dan tulisan pada majlis itu bersebelahan dengan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun tidak begitu menonjol.

Memanglah isu itu remeh kalau kita tidak peduli mengenai kedaulatan negara atau tidak faham ertinya. Antara komponen penting menyokong kedaulatan negara kita  yang merdeka adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tak tahulah saya mungkin sudah ada orang di Malaysia ini, sama ada warganegara atau pendatang, yang tidak lagi berasa perlu menghormati bahasa kebangsaan. Saya tak terkejut kalau ada orang macam itu.

Sekalipun kita mengakui bahawa majlis itu menggabungkan Malaysia dan China dan bahasa kedua-dua buah negara perlu diberi tempat, namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menonjolkan Mandarin seolah-olah ia setaraf dengan bahasa Melayu.

Namun begitu saya sedikit pun tidak hairan berlakunya perkara tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya,  tidak ada lagi pejuang tulen bahasa yang tahu dan terbabit dengan perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

Di peringkat pelaksanaan pula, badan-badan kerajaan yang diberi amanah memartabatkan dan melindungi bahasa Melayu tidak cukup gigih menjalankan tugas. Saya rasa sama ada mereka tidak ambil berat tugas  atau mereka menderita kompleks rendah diri.

Kita tahulah  upacara  pecah tanah itu sangat penting bagi sesetengah pihak dan mereka hendak memberi muka kepada China kerana negara itu meminjamkan RM55 bilion bagi melaksanakan projek tersebut. Tetapi matlamat itu pastinya boleh dicapai tanpa merendahkan mar-tabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Loading...
style="font-size: large;">Dari aspek komunikasi dan propaganda, apa yang berlaku pada majlis itu tidaklah menguntungkan pihak terlibat. Sebaliknya panji-panji, sepanduk dan penghebahan dalam bahasa Mandarin mengalih perhatian khalayak daripada matlamat asal.

Melainkan kita bangang, kita tentu tahu wujudnya sensitiviti dalam kalangan sebahagian besar masyarakat kita terhadap kemunculan China sebagai kuasa ekonomi yang dominan di Malaysia.

Sebuah analisis dalam akhbar South China Morning Post (SCMP) mengatakan hutang dan pelaburan China di Malaysia boleh mempengaruhi hasil pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Akhbar berbahasa Inggeris Hong Kong itu berkata, syarikat-syarikat milik negara dan swasta China kini terlibat memberi pinjaman, melabur dan melaksanakan projek bernilai RM400 bilion di Malaysia.

Ia meramalkan bahawa pergantungan Malaysia yang semakin besar kepada China akan memberi kesan terhadap politik negara kita, khususnya kepada PRU.

Analisis SCMP itu selari dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh sesetengah pemimpin kerajaan Malaysia yang menguar-uarkan ECRL, khususnya dan kerjasama dengan China amnya sebagai kejayaan besar.

Yang lebih memeranjatkan dan menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian dan niat sebenar China terhadap Malaysia adalah tawaran pinjaman murah untuk membeli sistem peluru berpandu buatan China.

Sumber-sumber yang dipetik oleh portal berita Malaysian Insight mengatakan tawaran China itu dibuat melalui wakil Presiden Xi Jinping ke majlis pecah tanah ECRL. Khabarnya China bersedia menawarkan pinjaman faedah rendah 50 tahun untuk membeli senjata tersebut.

Soalnya siapakah yang hendak kita tembak dengan peluru ber-pandu itu? Sekalipun tidak ada siapa yang hendak kita tembak, namun tawaran China itu pasti akan mencetuskan reaksi negatif daripada negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan India yang semuanya tidak begitu mempercayai China.

Dalam keadaan di mana China sedang secara cergas dan terbuka meluaskan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya, adalah amat baik bagi kita berhati-hati dan berwaspada supaya tidak timbul anggapan dan tanggapan bahawa kita tidak peduli lagi kepada isu-isu berkaitan kebebasan dan kedaulatan.

Lebih-lebih lagi dengan anggapan dan tanggapan bahawa kita kini terlalu bergantung dan menyerah kepada sebuah kuasa luar dan tidak peduli lagi kepada dasar berkecuali yang diasaskan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein.
Pisang berbuah dua kali petani untung, tetapi kalau hutang kita yang begitu besar dengan China bertukar menjadi amalan padi kunca moden, kita akan rugi. Kita akan selama-lamanya tunduk kepada China seperti Raja-raja Melayu silam yang menghantar bunga emas kepada Raja China. 

Wallahuaklam.


dengan itu Perkara Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara

yang semua artikel Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/08/memang-tidak-penting-bahasa-melayu-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Memang Tidak Penting Bahasa Melayu Bagi Kamu yang Tidak Cintakan Negara"

Catat Ulasan

Loading...