Loading...

Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz

Loading...
Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz
link : Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz

lihat juga

Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SHAH ALAM: Selepas berteka teki hampir tiga bulan, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir mengesahkan bahawa semua lantikan politik parti itu di negeri berkenaan mengekalkan jawatan masing-masing. 
 
Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu turut dipersetujui oleh biro politik pusat parti yang bermesyuarat malam tadi. 
 
“Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Pusat pada 15 Ogos.
 
“Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di negeri Kelantan,” kata Abdul Aziz.
 
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, Abdul Aziz berkata biro politik pusat PKR yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian membuat keputusan mengenai kedua-dua perkara tersebut.
 
"Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden PKR dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.
 
“Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan Keadilan (PKR) di negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14,” katanya.
 
Pada 16 Mei lalu, biro politik PKR yang membuat keputusan supaya semua lantikan politik partinya dalam kerajaan negeri pimpinan PAS itu dilepaskan berkuatkuasa serta-merta, susulan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi antara mereka.
 
Pada 9 Jun lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilaporkan berkata, kelonggaran telah diberikan dan PKR menjangkakan kesemua lantikan politik berkenaan berbuat demikian menjelang akhir Julai.
 
Bagaimanapun, PAS dalam reaksinya 2 Ogos lalu menyatakan masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada wakil PKR. 
 
Abdul Aziz dalam reaksinya sehari kemudian berkata,  proses peletakan jawatan kesemua wakil PKR dalam kerajaan negeri Kelantan masih belum selesai ekoran 'sebab-sebab' tertentu.
 
Wan Azizah kemudiannya menjelaskan bahawa wakil partinya belum melepaskan jawatan kerana menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan kerajaan negeri Kelantan.
 
Walau bagaimanapun, PAS menafikan dakwaan tersebut. 

dengan itu Perkara Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz

yang semua artikel Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/08/lantikan-politik-pkr-di-kelantan-kekal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lantikan politik PKR di Kelantan kekal - Abdul Aziz"

Catat Ulasan

Loading...