Loading...

Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex

Loading...
Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex
link : Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex

lihat juga


Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex

KEADILAN DAILY

Anwar 

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut untuk muncul di hadapan panel suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) bagi menjawab fitnah bekas pegawai kanan Bank Negara yang disifatkan sebagai palsu, berniat jahat dan tidak adil.

Kata Anwar kenyataan dibuat Datuk Abdul Murad Khalid pada 21 Ogos lalu adalah “palsu belaka.
" Saya tidak pernah berkata demikian kepada beliau."

“Saya menegaskan bahawa saya tidak perlu berkata sedemikian kepada seorang petugas seperti Murad yang diarah gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein, untuk memberi taklimat kepada saya berkenaan aspek teknikal perakaunan dan isi kandungan laporan tahunan bank pusat itu.

“Saya ingin menegaskan, selain satu taklimat itu, saya telah berurusan secara terus dengan Tan Sri Jaffar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada hari pertama sidang RCI forex itu Abdul Murad mendakwa Anwar pernah berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan jika jumlah sebenar kerugian Bank Negara dalam urus niaga forex itu didedahkan.

Abdul Murad yang sebelum ini pernah bertugas sebagai penolong gabenor Bank Negara berkata perkara itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepadanya.

Membacakan kenyataan saksi, Murad berkata pada 1994 Jaafar mengarahkannya menjejaskan kerugian itu kepada Anwar.

“Anwar minta saya ikut penerbangan ke Hawaii untuk membekalkan penjelasan berkaitan kerugian forex, seperti diarahkan Jaafar,” katanya kepada RCI itu, memetik Malaysiakini.

Menurut Anwar kenyataan Abdul Murad itu didorong oleh permusuhan terhadap beliau senak 1999 lagi.

“Abdul Murad mulai memusuhi saya secara peribadi sejak 1999 apabila beliau membuat akuan berkanun palsu terhadap saya.

“Akuan ini telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah pada ketika itu dan didapati tidak berasas,” katanya.

Pada masa sama Anwar – yang kini dipenjara kerana Fitnah II – berasa sangat bimbang beliau tidak dipanggil untuk memberi keterangan di depan suruhanjaya ity walaupun namanya disebut berulang kali oleh saksi.

Kata Anwar beliau sudah membuat permintaan berkali-kali melalui peguamnya.

“Sudah pasti saya adalah seorang yang ada kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat seperti terkandung di dalam Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Walaupun begitu saya hanya dapat mengikuti perkembangan pendengaran melalui pertemuan dengan peguam-peguam saya di Penjara Sungai Buloh.

“Saya berasa amatlah tidak adil jika saksi-saksi lain dibenarkan membuat kenyataan dan dakwaan yang memudaratkan terhadap saya di hadapan RCI walhal saya tidak dibenarkan memberi respon kepada mereka dengan cara yang sama,” katanya.

KEADILAN DAILY

Anwar 

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut untuk muncul di hadapan panel suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) bagi menjawab fitnah bekas pegawai kanan Bank Negara yang disifatkan sebagai palsu, berniat jahat dan tidak adil.

Kata Anwar kenyataan dibuat Datuk Abdul Murad Khalid pada 21 Ogos lalu adalah “palsu belaka.
" Saya tidak pernah berkata demikian kepada beliau."

“Saya menegaskan bahawa saya tidak perlu berkata sedemikian kepada seorang petugas seperti Murad yang diarah gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein, untuk memberi taklimat kepada saya berkenaan aspek teknikal perakaunan dan isi kandungan laporan tahunan bank pusat itu.

“Saya ingin menegaskan, selain satu taklimat itu, saya telah berurusan secara terus dengan Tan Sri Jaffar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada hari pertama sidang RCI forex itu Abdul Murad mendakwa Anwar pernah berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan jika
Loading...
jumlah sebenar kerugian Bank Negara dalam urus niaga forex itu didedahkan.

Abdul Murad yang sebelum ini pernah bertugas sebagai penolong gabenor Bank Negara berkata perkara itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepadanya.

Membacakan kenyataan saksi, Murad berkata pada 1994 Jaafar mengarahkannya menjejaskan kerugian itu kepada Anwar.

“Anwar minta saya ikut penerbangan ke Hawaii untuk membekalkan penjelasan berkaitan kerugian forex, seperti diarahkan Jaafar,” katanya kepada RCI itu, memetik Malaysiakini.

Menurut Anwar kenyataan Abdul Murad itu didorong oleh permusuhan terhadap beliau senak 1999 lagi.

“Abdul Murad mulai memusuhi saya secara peribadi sejak 1999 apabila beliau membuat akuan berkanun palsu terhadap saya.

“Akuan ini telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah pada ketika itu dan didapati tidak berasas,” katanya.

Pada masa sama Anwar – yang kini dipenjara kerana Fitnah II – berasa sangat bimbang beliau tidak dipanggil untuk memberi keterangan di depan suruhanjaya ity walaupun namanya disebut berulang kali oleh saksi.

Kata Anwar beliau sudah membuat permintaan berkali-kali melalui peguamnya.

“Sudah pasti saya adalah seorang yang ada kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat seperti terkandung di dalam Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Walaupun begitu saya hanya dapat mengikuti perkembangan pendengaran melalui pertemuan dengan peguam-peguam saya di Penjara Sungai Buloh.

“Saya berasa amatlah tidak adil jika saksi-saksi lain dibenarkan membuat kenyataan dan dakwaan yang memudaratkan terhadap saya di hadapan RCI walhal saya tidak dibenarkan memberi respon kepada mereka dengan cara yang sama,” katanya.



dengan itu Perkara Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex

yang semua artikel Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/08/anwar-tuntut-hak-jawab-fitnah-rci-forex.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar tuntut hak jawab fitnah RCI forex"

Catat Ulasan

Loading...