Loading...

Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

Loading...
Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua
link : Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

lihat juga


Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

ARIF ATAN

Mujahid Yusuf Rawa


Usaha membina semula negara ini bukan sekadar menumbangkan Najib Razak sebaliknya merangkumi langkah mereformasikan sistem dan institusi penting negara, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, kehadiran Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan diterima selepas melalui pelbagai perbincangan sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk melakukan perubahan tersebut.

"Kita mengatur banyak pertemuan. Tun Mahathir menyatakan mahu menjatuhkan Najib. Kami boleh menerima tetapi kita tidak mahu Najib ditumbangkan lahir Najib kedua.

"Tumbangkan Najib kedua, lahir Najib yang ketiga. Tidak lahir seperti Najib hari ini kalau bukan sistem yang menjadikan Najib hari ini.

"Oleh itu, kalau mahu kita bina semula negara ini, kita bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib tetapi kita mahu mereformasikan perundangan, institusi undang-undang dan politik negara ini dengan memperkenalkan politik baru," tegasnya di Tanjong Malim kelmarin.

Berucap sempena siri Jelajah Bina Negara, Dr Mujahid menafikan dakwaan kononnya perjuangan Reformasi 1998 dilupakan ekoran penerimaan terhadap Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan iltizam untuk melakukan perubahan secara menyeluruh merupakan tuntutan sejak zaman Reformasi.

"Inilah yang kita mahukan sejak tahun 1998, 1999. Apabila Tun Mahathir menyatakan bersetuju untuk mereformasikan perundangan, kehakiman, pilihan raya, politik pada waktu itu saya dan YB Rafizi bersiap sedia untuk tanda tangan Selamatkan Negara.

"Kami bukan murah hendak jual perjuangan. Kami tahu tangisan air mata otai-otai Reformasi. Ada sebahagian daripada mereka tidak sempat melihat hasil perjuangan ini. Mereka gugur lebih awal. Apa kami tidak punya perasaankah?" soalnya.

Bahkan, Dr Mujahid berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi orang pertama yang menerima kehadiran Tun Mahathir dalam kesepakatan menentang rejim Umno-BN.

"Kita merasakan ada kekuatan baru yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa jika mereka benar-benar ingin menyelamatkan negara ini. Orang pertama yang menghulurkan tangan untuk gabungan itu tidak lain dan tidak bukan pemimpin berjiwa besar, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak pernah menjangka sejak tahun 1998 dan 1999 ada gelombang yang juga hari ini mahu menyelamatkan negara. Mulanya, tidak mudah untuk menggabungkan kekuatan ini tetapi kita tahu tiada pilihan selain untuk bersatu menentang Umno-BN," tegasnya lagi.

ARIF ATAN

Mujahid Yusuf Rawa


Usaha membina semula negara ini bukan sekadar menumbangkan Najib Razak sebaliknya merangkumi langkah mereformasikan sistem dan institusi penting negara, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, kehadiran Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan diterima selepas melalui pelbagai perbincangan sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk melakukan perubahan tersebut.

"Kita mengatur banyak pertemuan. Tun Mahathir menyatakan mahu menjatuhkan Najib. Kami boleh menerima tetapi kita tidak mahu Najib ditumbangkan lahir Najib kedua.

"Tumbangkan Najib kedua, lahir Najib yang ketiga. Tidak lahir seperti Najib hari ini kalau bukan sistem yang menjadikan Najib hari ini.

"Oleh itu, kalau mahu kita bina semula negara ini, kita bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib tetapi kita mahu mereformasikan perundangan, institusi undang-undang dan politik negara ini dengan memperkenalkan politik baru," tegasnya di Tanjong Malim kelmarin.

Berucap sempena siri Jelajah Bina Negara, Dr Mujahid menafikan dakwaan kononnya perjuangan Reformasi 1998 dilupakan ekoran penerimaan
Loading...
terhadap Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan iltizam untuk melakukan perubahan secara menyeluruh merupakan tuntutan sejak zaman Reformasi.

"Inilah yang kita mahukan sejak tahun 1998, 1999. Apabila Tun Mahathir menyatakan bersetuju untuk mereformasikan perundangan, kehakiman, pilihan raya, politik pada waktu itu saya dan YB Rafizi bersiap sedia untuk tanda tangan Selamatkan Negara.

"Kami bukan murah hendak jual perjuangan. Kami tahu tangisan air mata otai-otai Reformasi. Ada sebahagian daripada mereka tidak sempat melihat hasil perjuangan ini. Mereka gugur lebih awal. Apa kami tidak punya perasaankah?" soalnya.

Bahkan, Dr Mujahid berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi orang pertama yang menerima kehadiran Tun Mahathir dalam kesepakatan menentang rejim Umno-BN.

"Kita merasakan ada kekuatan baru yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa jika mereka benar-benar ingin menyelamatkan negara ini. Orang pertama yang menghulurkan tangan untuk gabungan itu tidak lain dan tidak bukan pemimpin berjiwa besar, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak pernah menjangka sejak tahun 1998 dan 1999 ada gelombang yang juga hari ini mahu menyelamatkan negara. Mulanya, tidak mudah untuk menggabungkan kekuatan ini tetapi kita tahu tiada pilihan selain untuk bersatu menentang Umno-BN," tegasnya lagi.



dengan itu Perkara Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

yang semua artikel Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/07/reformasikan-sistem-tidak-mahu-lahir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua"

Catat Ulasan

Loading...