Loading...

Mengapa DAP Mahu Husam?

Loading...
Mengapa DAP Mahu Husam? - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mengapa DAP Mahu Husam?, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Mengapa DAP Mahu Husam?
link : Mengapa DAP Mahu Husam?

lihat juga


Mengapa DAP Mahu Husam?

Fuad Shahdan

Husam


Baru-baru ini semasa menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kota Bharu, Kelantan, pemimpin utama Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang telah membuat pengumuman mengejutkan mengenai cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika PH berjaya menakluk negeri yang didominasi Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu.

Husam yang juga Naib Presiden AMANAH tanpa bertangguh pantas menyatakan kesediaan untuk menjadi calon Menteri Besar namun di sebalik itu Husam menggunakan nada diplomasi apabila menyebut persetujuan beliau untuk menjadi calon Menteri Besar adalah berasaskan faktor jika tiada calon lain yang layak.

Tindakan Kit Siang itu sebenarnya agak mengejutkan kerana dibuat tanpa sebaran rundingan di peringkat tertinggi gabungan politik berkenaan. Malah kenyataan Kit Siang itu masih tidak bersahut oleh mana-mana pemimpin lain secara positif. Masing-masing masih lagi berpandangan hal berkenaan hanya pandangan peribadi Kit Siang dan tidak mewakili PH secara menyeluruh.

Selepas pergelutan dengan siapa bakal menjadi Perdana Menteri, kini PH menimbulkan drama baru mengenai calon Menteri Besar. Kenyataan seperti ini sebenarnya memberikan gambaran negatif mengenai hasrat politik PH yang hanya kelihatan sebagai gabungan yang menyimpan angan-angan tetapi tidak mengerti bagaimana mahu menjadikan angan-angan itu satu realiti.

Jika difikirkan secara teliti, PH khususnya AMANAH memiliki tugas berat untuk menawan semula Kelantan daripada PAS. Ini satu usaha yang memerlukan perancangan rapi memandangkan PAS telah bertapak kukuh di bumi Kelantan sejak tahun 1990 dan Barisan Nasional (BN) yang memiliki keupayaan lebih baik dari PH juga masih gagal menawan Kelantan.

Selain Husam, AMANAH seperti tidak mempunyai calon lain untuk diketengahkan dalam kalangan orang Kelantan sendiri. Jelas sekali AMANAH berdepan krisis kepimpinan untuk membawa calon tempatan di Kelantan. Husam sebenarnya merupakan satu-satunya nama terkenal dalam AMANAH di Kelantan dan hal ini sebenarnya memerlukan AMANAH untuk menumpukan usaha mendapatkan calon yang bersesuaian terlebih dahulu sebelum meneruskan cita-cita menjadi Menteri Besar di Kelantan.

Perlu diingatkan bahawa semasa era Pakatan Rakyat agihan kerusinya jelas dan Kelantan sememangnya menjadi dominan kepada PAS, namun di era PH agihan itu masih kabur dan hanya Selangor serta Pulau Pinang sahaja boleh dianggap akan kekal menjadi dominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Namun di Negeri-negeri lain hal agihan ini masih belum selesai. Di Kelantan sebenarnya AMANAH perlu memikirkan saingan jelas daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR.

Satu hal yang diragui tentang AMANAH kini ialah pemimpin-pemimpin parti berkenaan yang memenangi pilihan raya umum ke-13 ketika itu bertanding di atas tiket PAS dan kita tidak mengetahui sama ada pengundi memilih mereka atas dasar parti atau kredibiliti individu yang dimiliki mereka. Jika pengundi membuat keputusan berdasarkan kepada lambang parti, maka jelas AMANAH berdepan masalah serius.

Sebenarnya pengumuman Kit Siang untuk mencalonkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan bukan sahaja menjadi soal angan-angan tetapi membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa pengumuman itu dibuat oleh seorang pemimpin DAP dan ini memberikan kita lebih rasa curiga adakah PH ini dikuasai dan didominasi oleh DAP?


Fuad Shahdan

Husam


Baru-baru ini semasa menghadiri majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kota Bharu, Kelantan, pemimpin utama Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang telah membuat pengumuman mengejutkan mengenai cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika PH berjaya menakluk negeri yang didominasi Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu.

Husam yang juga Naib Presiden AMANAH tanpa bertangguh pantas menyatakan kesediaan untuk menjadi calon Menteri Besar namun di sebalik itu Husam menggunakan nada diplomasi apabila menyebut persetujuan beliau untuk menjadi calon Menteri Besar adalah berasaskan faktor jika tiada calon lain yang layak.

Tindakan Kit Siang itu sebenarnya agak mengejutkan kerana dibuat tanpa sebaran rundingan di peringkat tertinggi gabungan politik berkenaan. Malah kenyataan Kit Siang itu masih tidak bersahut oleh mana-mana pemimpin lain secara positif. Masing-masing masih lagi berpandangan hal berkenaan hanya pandangan peribadi Kit Siang dan tidak mewakili PH secara menyeluruh.

Selepas pergelutan dengan siapa bakal menjadi Perdana Menteri, kini PH menimbulkan drama baru mengenai calon Menteri Besar. Kenyataan seperti ini sebenarnya memberikan gambaran negatif mengenai hasrat politik PH yang hanya kelihatan sebagai gabungan yang menyimpan angan-angan tetapi tidak mengerti bagaimana mahu
Loading...
menjadikan angan-angan itu satu realiti.

Jika difikirkan secara teliti, PH khususnya AMANAH memiliki tugas berat untuk menawan semula Kelantan daripada PAS. Ini satu usaha yang memerlukan perancangan rapi memandangkan PAS telah bertapak kukuh di bumi Kelantan sejak tahun 1990 dan Barisan Nasional (BN) yang memiliki keupayaan lebih baik dari PH juga masih gagal menawan Kelantan.

Selain Husam, AMANAH seperti tidak mempunyai calon lain untuk diketengahkan dalam kalangan orang Kelantan sendiri. Jelas sekali AMANAH berdepan krisis kepimpinan untuk membawa calon tempatan di Kelantan. Husam sebenarnya merupakan satu-satunya nama terkenal dalam AMANAH di Kelantan dan hal ini sebenarnya memerlukan AMANAH untuk menumpukan usaha mendapatkan calon yang bersesuaian terlebih dahulu sebelum meneruskan cita-cita menjadi Menteri Besar di Kelantan.

Perlu diingatkan bahawa semasa era Pakatan Rakyat agihan kerusinya jelas dan Kelantan sememangnya menjadi dominan kepada PAS, namun di era PH agihan itu masih kabur dan hanya Selangor serta Pulau Pinang sahaja boleh dianggap akan kekal menjadi dominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Namun di Negeri-negeri lain hal agihan ini masih belum selesai. Di Kelantan sebenarnya AMANAH perlu memikirkan saingan jelas daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR.

Satu hal yang diragui tentang AMANAH kini ialah pemimpin-pemimpin parti berkenaan yang memenangi pilihan raya umum ke-13 ketika itu bertanding di atas tiket PAS dan kita tidak mengetahui sama ada pengundi memilih mereka atas dasar parti atau kredibiliti individu yang dimiliki mereka. Jika pengundi membuat keputusan berdasarkan kepada lambang parti, maka jelas AMANAH berdepan masalah serius.

Sebenarnya pengumuman Kit Siang untuk mencalonkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan bukan sahaja menjadi soal angan-angan tetapi membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa pengumuman itu dibuat oleh seorang pemimpin DAP dan ini memberikan kita lebih rasa curiga adakah PH ini dikuasai dan didominasi oleh DAP?




dengan itu Perkara Mengapa DAP Mahu Husam?

yang semua artikel Mengapa DAP Mahu Husam? Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Mengapa DAP Mahu Husam? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/07/mengapa-dap-mahu-husam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mengapa DAP Mahu Husam?"

Catat Ulasan

Loading...