Loading...

Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?

Loading...
Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ? - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?
link : Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?

lihat juga

Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?

KUALA LUMPUR: DAP tak perlu takut mengadakan pemilihan semula Jawantakuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekiranya tiada apa yang hendak disembunyikan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naib Presiden Umno itu berkata DAP perlu tunjukkan mereka telus mentadbir parti dengan mengadakan pemilihan semula CEC sepertimana yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
“Kalau tak ada benda yang nak disembunyi, buat seperti apa yang JPPM putuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Berjaya Times Square hari ini.
“DAP kata mereka perjuangkan demokrasi. Kalau tiada benda yang tak kena apa yang dia takut sangat untuk membuat keputusan,” katanya.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.
DAP selepas mesyuarat tergempar semalam mengumumkan mereka enggan mengadakan pemilihan semula tetapi bersedia bertemu JPPM untuk membincangkan perkara berbangkit.
Setiausaha Agung Lim Guan Eng tidak menolak tindakan JPPM bermotifkan politik serta mahu mensabotaj DAP dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Hishammuddin bagaimanapun mengingatkan DAP agar tidak menyalahkan masalah dalaman parti pada orang lain.
“Jangan halakan pandangan orang lain dan menuding jari pada orang lain. Ini masalah dalaman mereka. Jangan nak menuding jari pada Umno dan BN. Kita tidak ada kena mengena dengan dia,” katanya. #sumber

dengan itu Perkara Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?

yang semua artikel Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ? Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/07/hishamuddin-kenapa-dap-takut-sangat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hishamuddin: Kenapa DAP Takut Sangat 'Buat Pemilihan' Semula ?"

Catat Ulasan

Loading...