Loading...

Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma

Loading...
Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma
link : Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma

lihat juga

Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma

MALAYSIAKINI

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa tetamu rumah terbuka Aidilfitri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sanggup melupakan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan perdana menteri itu demi makanan percuma.

"Mereka kelihatan tidak peduli mengenai harta yang dicuri, (skandal) yang diselindungkan dan salah guna kuasa asalkan mereka dapat makan percuma. Dan dalam kes-kes tertentu, kenaikan pangkat.

"Mereka sentiasa berbangga dengan diri sendiri sebagai orang baik, berpengetahuan dan warak tetapi tidak peduli mengenai rasuah apabila dapat makan percuma," kata Zaid di blognya hari ini.

Najib mengadakan rumah terbuka sempena hari raya di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di Putrajaya pada 25 Jun lalu.

Ia dilaporkan dihadiri kira-kira 75,000 orang termasuk pelancong asing dengan sesetengah mereka tiba seawal 9 pagi walaupun majlis hanya bermula pada jam 10 pagi.

Pada 3 Julai lalu Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengecam pihak tertentu yang didakwanya menghina tetamu rumah terbuka kerajaan Selangor di Ampang Jaya.

Aneh lihat rasa sayang

Iskandar yang juga exco kanan Selangor berkata ada antara tetamu itu kurang berkemampuan untuk meraikan Aidilfitri seperti orang lain.

Sementara itu Zaid berkata sambutan orang ramai terhadap rumah terbuka perdana menteri itu juga mendorong beliau mempertimbangkan semula jangkaannya mengenai pilihan raya umum akan datang.

Bekas menteri itu turut membangkitkan persoalan mengenai kos majlis itu kepada pembayar cukai.

"Mengapa mereka masih sayangkan perdana menteri dan isterinya adalah satu fenomena luar biasa yang membingungkan orang dari negara-negara lain. Ini memerlukan kajian teliti.

"Berhati-hati dengan watak rakyat Malaysia, dengan selera mereka untuk wang tunai dan makanan percuma, ia akan menunjukkan hasil pilihan raya akan datang," katanya.

Najib didakwa terbabit dalam rasuah selepas laporan mendakwa ada RM2.6 bilion (AS$681 juta) ditemui dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, wang itu adalah sumbangan derma daripada keluarga bangsawan Arab Saudi.

Dalam saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi merampas sejumlah aset pula, "derma" berkenaan dikesan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Kata agensi penguat kuasa itu, sejumlah wang bernilai AS$602 juta daripada "derma" terbabit - yang didakwa dipulangkan semula oleh Najib - sebenarnya dimasukkan ke satu akaun bank yang ada kaitan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

firebrick;">Aneh lihat rasa sayang

dengan itu Perkara Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma

yang semua artikel Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/07/ada-orang-tak-endah-rasuah-sebab-makan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada orang tak endah rasuah sebab makan percuma"

Catat Ulasan

Loading...