Loading...

Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH

Loading...
Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH
link : Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH

lihat juga


Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH

Rafa Azmir

Abang Johari


Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 akan mengundang orang luar untuk ”campur tangan” dalam hal ehwal dalaman negara.

“Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia. (Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965 dan menjadi negara sendiri).

Sabtu lepas, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata, syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan memulakan operasinya dalam masa enam bulan lagi.

Kerajaan kini dalam proses menubuhkan syarikat berkenaan, Petroleum Sarawak (Petros), 100 peratus milik kerajaan negeri, yang akan bekerjasama dengan syarikat minyak nasional, Petronas, katanya.

Menurut beliau, perkara berkaitan pelaburan awal syarikat itu masih dibincang.

Abang Johari berkata, sebelum ini, syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terlibat dengan aktiviti minyak dan gas hiliran di Bintulu, dengan pelaburan dianggar berjumlah AS$2 bilion.

Petras, katanya, akan terlibat dalam aktiviti huluan cari gali minyak dan gas serta pengeluaran gas dan minyak di kawasan perairan Sarawak.

Beliau berkata syarikat itu akan menggunakan tenaga profesional daripada kalangan anak Sarawak yang sudah terlibat dalam industri berkenaan, termasuk mereka yang kini bekerja dengan Petronas, Shell dan Murphy Oil.

“Kami ada anak Sarawak yang terdiri daripada jurutera dalam bidang ini dan ini akan memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menggunakan pendekatan holistik dan akan bekerjasama dengan Petronas untuk mencari gali serta mengeluarkan minyak dan gas di perairan Sarawak.

“Tiada gunanya menyalahkan orang lain. Kami perlu gerakkan inisiatif sendiri dan mempersiapkan diri kami untuk terlibat dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata keuntungan yang diraih akan dikongsi antara kerajaan negeri dan Petronas berdasarkan ekuiti.– Bernama


Rafa Azmir

Abang Johari


Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 akan mengundang orang luar untuk ”campur tangan” dalam hal ehwal dalaman negara.

“Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia. (Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965 dan menjadi negara sendiri).

Sabtu lepas, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata, syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan
Loading...
memulakan operasinya dalam masa enam bulan lagi.

Kerajaan kini dalam proses menubuhkan syarikat berkenaan, Petroleum Sarawak (Petros), 100 peratus milik kerajaan negeri, yang akan bekerjasama dengan syarikat minyak nasional, Petronas, katanya.

Menurut beliau, perkara berkaitan pelaburan awal syarikat itu masih dibincang.

Abang Johari berkata, sebelum ini, syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terlibat dengan aktiviti minyak dan gas hiliran di Bintulu, dengan pelaburan dianggar berjumlah AS$2 bilion.

Petras, katanya, akan terlibat dalam aktiviti huluan cari gali minyak dan gas serta pengeluaran gas dan minyak di kawasan perairan Sarawak.

Beliau berkata syarikat itu akan menggunakan tenaga profesional daripada kalangan anak Sarawak yang sudah terlibat dalam industri berkenaan, termasuk mereka yang kini bekerja dengan Petronas, Shell dan Murphy Oil.

“Kami ada anak Sarawak yang terdiri daripada jurutera dalam bidang ini dan ini akan memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menggunakan pendekatan holistik dan akan bekerjasama dengan Petronas untuk mencari gali serta mengeluarkan minyak dan gas di perairan Sarawak.

“Tiada gunanya menyalahkan orang lain. Kami perlu gerakkan inisiatif sendiri dan mempersiapkan diri kami untuk terlibat dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata keuntungan yang diraih akan dikongsi antara kerajaan negeri dan Petronas berdasarkan ekuiti.– Bernama




dengan itu Perkara Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH

yang semua artikel Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/07/abang-johari-bidas-kenyataan-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Abang Johari Bidas Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH"

Catat Ulasan

Loading...