Tajuk : UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan
link : UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan
UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan
KUANTAN – Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini, berkata UMNO tidak pernah menggunakan dana daripada Yayasan Tabung Haji dalam pemberian sumbangan Program Ziarah Ramadannya.
Beliau berkata parti itu serta sahabat korporatnya mengeluarkan peruntukan sendiri dalam menyampaikan sumbangan itu, dan ia dilakukan bersama-sama Yayasan Tabung Haji menerusi jalinan kerjasama.
“Tidak betul (jika) kata UMNO guna Yayasan Tabung Haji. Sebenarnya kami bekerjasama yang mana yayasan keluarkan zakat berjumlah RM7 juta untuk diberikan kepada asnaf yang layak.
“UMNO serta sahabat korporat menyumbang RM8 juta. Parti memilih untuk beri sumbangan melalui program ini kerana Yayasan Tabung Haji mempunyai rangkaian luas dan pengalaman selama 50 tahun dalam melaksanakan aktiviti kebajikan seperti ini,” katanya.
Abdul Azeez berkata demikian semasa ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Pada majlis itu, seramai 2,000 asnaf dari kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkora menerima sumbangan itu.
Abdul Azeez berkata pada tahun ini lebih 100,000 asnaf dan golongan yang memerlukan di 50 kawasan Parlimen seluruh negara dijangka menerima sumbangan itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan menambah jumlah itu, jika lebih banyak sahabat korporat melibatkan diri.
Beliau juga menegaskan sumbangan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.
“Kalau ikut politik, kita tidak beri (sumbangan) pada orang di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kerana (Barisan Nasional) kalah di sini. Tetapi hari ini, kita datang juga untuk menyampaikan sumbangan.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri berpesan kalau hendak beri sumbangam bagilah kepada semua tanpa mengira mereka daripada parti mana,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pengurangan tempoh menunaikan haji kepada 50 tahun berbanding 89 tahun merupakan sasaran Tabung Haji (TH) bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Itu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan TH,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rizo2j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Beliau juga menegaskan sumbangan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman dan ideologi
“Kalau ikut politik, kita tidak beri (sumbangan) pada orang di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kerana (Barisan Nasional) kalah di sini. Tetapi hari ini, kita datang juga untuk menyampaikan sumbangan.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri berpesan kalau hendak beri sumbangam bagilah kepada semua tanpa mengira mereka daripada parti mana,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pengurangan tempoh menunaikan haji kepada 50 tahun berbanding 89 tahun merupakan sasaran Tabung Haji (TH) bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Itu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan TH,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rizo2j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan
Kini anda membaca artikel UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/umno-tidak-guna-dana-yayasan-tabung.html
0 Response to "UMNO Tidak Guna Dana Yayasan Tabung Haji Beri Sumbangan"
Catat Ulasan