Loading...
Tajuk : Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis
link : Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis
Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima keputusan pilihan raya umum akan datang sekiranya ia kalah tipis kepada pembangkang.
Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata BN akan mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen. “Mereka tidak akan mengaku kalah. Pembangkang pula akan dituduh menipu. Tiada bukti diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan perkara ini. BN sebagai pembuli sedia mewujudkan ketidakstabilan,” kata pengerusi PPBM itu di blognya hari ini.
Beliau berkata sekiranya BN tewas kecil, ia akan mentadbir menggunakan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti mana dilakukan selepas rusuhan kaum pada 1969. “Pada peringkat itu, BN mungkin menawarkan insentif kewangan kepada ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong mereka. Bila BN mendapat majoriti mencukupi, darurat akan ditarik balik dan mereka menjadi kerajaan majoriti.”
Pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan pada pertengahan tahun depan. Dr Mahathir berkata akan berlaku penyalahgunaan kuasa “lebih teruk” dalam PRU itu berbanding dengan kesalahan yang disenaraikan oleh gabungan reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 pada PRU ke-13.
Beliau turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “sejumlah besar wang” untuk membeli sokongan. Menurutnya, usaha kini giat dilakukan menyasarkan pemimpin sayap Pemuda PPBM menerusi pengagihan “wang dan makanan”, memanfaatkan acara sepanjang bulan puasa ini.
“Majlis buka puasa parti pembangkang disekat melalui amaran kepada penganjur agar tidak memberi sumbangan kepada majlis buka puasa oleh pembangkang. Masjid dan kawasan perumahan ‘ditutup’ kepada pembangkang tetapi ia ‘dibuka’ kepada Umno,” kata Dr Mahathir. #sumber

dengan itu Perkara Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis
yang semua artikel Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/tun-dr-mahathir-dakwa-bn-akan-isytihar.html
0 Response to "Tun Dr Mahathir Dakwa BN Akan Isytihar Mageran Jika Tewas Tipis"
Catat Ulasan