Loading...

Tarbiah Ramadhan 1438H

Loading...
Tarbiah Ramadhan 1438H - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tarbiah Ramadhan 1438H, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Tarbiah Ramadhan 1438H
link : Tarbiah Ramadhan 1438H

lihat juga

Tarbiah Ramadhan 1438H

Tarbiah Ramadhan 1438H

Sekarang aku rasa hidup ini sangat tenang. Ada perubahan, kalau tak sebelum ni setiap malam rasa stress sangat. Dan sukar untuk melelapkan mata. Terasa diri ini, enggan mengikut nasihat agama.

Walaupun banyak mendengar majlis ilmu melalui stream di YouTube. Setiap kali, hati di ketuk dengan hidayah. Selalu aku tepis dan menyangka umur masih panjang.

Sehingga di suatu masa, terfikir sampai bila aku nak terus dengan kehidupan yang begini.
Setelah beberapa hari, Ramadan berlalu. Terdetik di hati untuk cuba jaga solat.

Terutama subuh dan Isyak. Pada mulanya setiap kali pulang dari kerja. Aku akan mandi dan makan. Selepas itu aku ambil mood untuk solat. Dan apabila keletihan aku reda. Cepat-cepat aku niat untuk solat. Dan terus ke bilik air dan ambil wuduk. Kemudian terus solat.

Setiap malam aku buat macam tu, setelah beberapa hari paksa diri untuk solat. Aku rasa lega. Dan apabila tiba masa untuk setiap kali nak solat subuh. Aku cuba buat teknik yang sama. Dan, alhamdulillah berjaya. Kemudian aku niat untuk terus jaga solat.

Tetapi tak lama kemudian, terjebak lagi dengan perbuatan maksiat yang sangat besar iaitu meninggalkan solat dengan sengaja. Malam tu aku balik kerja, lepas mandi dan makan aku terus ke bilik tidur untuk berehat kerana rasa sangat letih. Kemudian aku fikir, nantilah solat.

Aku pun baring, baring punya baring sambil main telefon. Aku lalai dan rasa malas sangat nak solat. Last-last aku fikir esok je solat. Walaupun masa tu, hati aku rasa sekelumit takut untuk tinggalkan solat. Aku abaikan dan rasa malas untuk solat.
Lepas tu aku terus tidur.

Sekali tu esok, aku bangun pagi. Masa tu badan rasa segar. Sebab penat dah hilang. Aku teringat yang malam tadi aku dah tak solat. Lepas tu aku fikir, solat subuh lah. Aku terus bangkit dan solat subuh.

Kemudian di lain masa. Terfikir balik akan peristiwa yang malam tu aku sengaja tinggal solat kerana penat dan malas. Bila di fikir-fikir, rasa menyesal pun ada. Lepas tu aku berazam untuk terus jaga solat lima waktu lagi. So aku usaha lah.

Aku fikir, bahawa mungkin sebelum ni aku rasa malas nak solat sebab ramai kawan-kawan aku yang jenis tak solat. So aku rasa aku terikut cara hidup diorang. Dan sebelum ni, aku solat hanya apabila berada di depan mata manusia saja. Tetapi bila aku duduk sorang-sorang aku tak solat.

Dulu masa aku suka tinggal solat dengan sengaja. Dan hanya mendirikan solat di depan mata manusia. Aku selalu ambil hp qwerty. Aku taip saja ayat-ayat sentap tentang keaiban diriku sendiri.

Semoga apabila aku baca kononnya aku terus akan dapat hidayah. Tetapi aku pelik, aku rasa hati ku mengatakan seolah-olah perbuatan aku itu salah. Dan aku fikir, ah tu mungkin syaitan yang menghasut kerana tidak suka aku berubah. Jadi aku ignore je.

Masa dulu yang selalu aku buat maksiat tu, selalu terfikir-fikir bimbang jika tak dapat hidayah untuk bertaubat sebelum mati.

Takut juga aku, kalau mati dan belum sempat bertaubat. Sangat bimbang dan stress. Sebab takut tak dapat hidayah. Kemudian, dalam beberapa hari lepas masa tu aku kerja shift pagi. Jadi balik petang, buka puasa kat rumah.

Masa belum sampai rumah, dalam hati rasa berlagak kononnya malam tu nak teraweh. Sekali, lepas berbuka dan solat maghrib aku terus masuk bilik tidur dan baring-baring sambil main telefon. Masa tu mula rasa berat badan dan malas nak teraweh.

Aku duduk apartmen. So bila surau tingkat bawah azan Isyak automatik akan dengar kuat sampai ke tingkat atas. Tak silap masa tu, diorang baru nak start teraweh. Masa tu aku tengah syok main telefon. Kemudian, masa tengah main telefon tu aku terdetik di hati untuk dengar radio sebab bosan. Aku pun pasang lah radio di hp qwerty. Dengar lah radio sekejap.

Sekali tengah dengar radio, hati rasa tak sedap sebab surau bawah tengah teraweh dan imamnya melantunkan ayat-ayat al-quran. So aku rasa tak Best sebab bila aku dengar radio dalam masa yang sama aku dengar al-quran. Lepas tu aku buat keputusan, tutup je radio. Dengar je la, suara imam yang sedang teraweh tu aku fikir macam tu. Aku terus main telefon sampai jemaah kat bawah habis solat teraweh.

Kemudian, selang sehari esoknya aku kerja shift pagi dan balik petang. So sebelum balik aku berazam untuk solat teraweh. Lepas berbuka di rumah aku terus solat maghrib dan kemudian terus bersiap-siap untuk tunggu masa masuk waktu azan Isyak. Bila dah stand by. Tu, duduk main telefon.

Bila sharp je waktu azan. Aku terus simpan telefon dan bergegas ke surau di tingkat bawah. Aku turun lift dan masuk ke surau. Lepas aku ambil wuduk, aku masuk ke surau dan duduk sementara menunggu bilal iqamat. Kemudian aku pun solat Isyak berjemaah. Lepas solat Isyak aku duduk.

Sementara menunggu orang lain solat sunat. Dan apabila aku berdiri untuk solat teraweh. Aku bisik dalam hati, malam ni adalah baru masuk malam ke tiga aku dapat teraweh. Usai solat, aku terus naik ke rumah.

Bila aku fikir balik, mungkin tatkala aku sibuk main telefon dan rasa tak nak dengar radio dan nak dengar suara imam baca al-quran pada malam yang lepas tu adalah hidayah buat aku untuk solat teraweh.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 22 Ramadan kini aku sudah tidak malas-malas lagi untuk meninggalkan solat seperti dulu. Dan aku terasa sangat kesedaran dalam diri untuk menjaga solat lima waktu.

Sekarang, bila aku rasa perubahan ini. Bila difikirkan semula. Mungkin ini adalah kasih sayang Allah terhadap aku agar aku kuat untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kuat untuk bertaubat.

Hope fully, aku dapat buat sampai bila-bila. Sebab masa aku tinggal solat dulu, terasa diri ini benar-benar mengharapkan taufik dan hidayah daripada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang untuk aku berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan beriman yang menurut segala perintah Allah.

Saya harap kalian sudi mendoakan saya dan memberi motivasi kepada saya.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca.

Wakdol

Sumber & Kredit: iiumc

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rwFn5i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Tarbiah Ramadhan 1438H

yang semua artikel Tarbiah Ramadhan 1438H Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Tarbiah Ramadhan 1438H dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/tarbiah-ramadhan-1438h.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tarbiah Ramadhan 1438H"

Catat Ulasan

Loading...