Loading...

Suspek panas baran, kuat cemburu

Loading...
Suspek panas baran, kuat cemburu - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suspek panas baran, kuat cemburu, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Suspek panas baran, kuat cemburu
link : Suspek panas baran, kuat cemburu

lihat juga

Suspek panas baran, kuat cemburu

AHLI keluarga Hazwani Ismail, 23, yang parah selepas ditikam bekas teman lelakinya di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar semalam mendakwa sikap panas baran suspek menjadi punca mangsa memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

Mohd Zahir Osman, 43, yang juga bapa saudara Hazwani berkata, hubungan anak saudaranya dengan bekas teman lelakinya berusia 23 tahun itu sudah putus sejak dua bulan lalu kerana Hazwani tidak dapat menerima sikap panas baran dan cemburu suspek.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam selepas mangsa singgah di kedai runcit di tepi taman itu sebaik menghantar rakannya pulang ke rumah.

"Wani (Hazwani) singgah di kedai itu untuk membeli barang dan dipercayai lelaki terbabit sudah mengekorinya dengan motosikal sebelum itu lagi.

"Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta, lelaki terbabit terus datang dan membuka pintu dan menikam Wani di perut sebanyak empat kali selain turut cedera di tangan dan lutut kiri," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Mohd Zahir berkata, anak saudaranya turut bergelut ketika kejadian itu dan menjerit meminta pertolongan menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri.

"Cara dia menikam anak saudara saya itu seperti ingin membunuhnya dan kemungkinan dia tidak dapat menerima hakikat hubungan mereka sudah tiada menyebabkan dia tergamak melakukan sedemikian rupa.

"Sedangkan apa yang kami tahu dia sebelum ini budak yang baik namun hanya mempunyai sifat panas baran dan pernah datang berkunjung ke rumah dan disukai ibu bapa Wani," katanya.

Katanya, mereka sudah berkenalan agak lama dan belajar bersama-sama di Kolej PolyTech MARA Alor Setar.

Mangsa selamat menjalani pembedahan jam 4.30 pagi hari ini selepas mengalami kecederaan parah di perut dan kini dilaporkan stabil.

Bagaimanapun mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan enggan bertemu dengan sesiapa buat masa ini termasuk rakannya sendiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Harian Metro Online semalam melaporkan hanya kerana tidak berpuas hati apabila bekas teman wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam mangsa dengan senjata tajam di tepi jalan Taman Serindit.

Dalam kejadian itu, mangsa berasal dari Kampung Alor Gandak, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian sebelum berlaku insiden itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut kemudian dikejarkan ke HSB dengan ambulans.

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rw8Ydp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Katanya, mereka sudah berkenalan agak lama dan belajar bersama-sama di Kolej PolyTech

Loading...
MARA Alor Setar.

dengan itu Perkara Suspek panas baran, kuat cemburu

yang semua artikel Suspek panas baran, kuat cemburu Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Suspek panas baran, kuat cemburu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/suspek-panas-baran-kuat-cemburu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suspek panas baran, kuat cemburu"

Catat Ulasan

Loading...