Loading...

Siap Siaga Di Bulan Mulia

Loading...
Siap Siaga Di Bulan Mulia - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siap Siaga Di Bulan Mulia, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Siap Siaga Di Bulan Mulia
link : Siap Siaga Di Bulan Mulia

lihat juga

Siap Siaga Di Bulan Mulia

Sebahagian pasukan keselamatan menunaikan solat Maghrib sebaik selesai berbuka puasa manakala selebihnya berkawal di atas bot tempur dalam keadaan berombak di perairan daerah ini. Itu antara situasi anggota keselamatan menjalankan tugas rondaan di peraiaran negara sepanjang Ramadan tahun ini. 

Kawasan rondaan itu terletak berhampiran Pulau Taganak, Filipina. Ketika ini, tentera Filipina masih bertempur dengan militan Abu Sayyaf dan Daish di bandar Marawi, Mindanao, yang berlarutan sejak 23 Mei lalu.

Susulan perkembangan itu, pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di sempadan negara khususnya di pantai timur Sabah dan anggota sentiasa bersiap siaga meskipun berpuasa. Ini bagi mengelak penyusupan anggota kumpulan militan ke negara ini di samping aktiviti rentas jenayah sempadan lain.

Kelmarin, penulis bersama Eksekutif Kanan TV3 Mohd Yazzer Mahmun dan jurukamera Haris Muda berpeluang mengikuti rondaan bersama pasukan keselamatan negara. Ia terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Tindakan Khas (UTK), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Rondaan bersama itu diketuai Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dan disertai 63 anggota pasukan keselamatan lengkap bersenjata menggunakan tujuh bot tempur termasuk sebuah bot milik TLDM. Ketika rondaan, pasukan keselamatan turut memeriksa bot nelayan dan kapal tunda Serudong 5.

Pada 18 Julai tahun lalu, lima kru kapal tunda Serudong 3, diculik kumpulan militan dan kapal itu ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu. Ketika rondaan menghampiri Pulau Taganak, Filipina, pasukan keselamatan berjaga-jaga dan semua bot tempur bergerak seiring bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Namun tinjauan mendapati tiada pergerakan bot yang mencurigakan. Ketika hampir masuk waktu berpuasa puasa, Mohd Azhar mengagihkan bekalan kuih-muih dan air untuk juadah berbuka puasa. Sebaik detik jam 6.19 petang, azan kedengaran dari sebuah bot tempur dan anggota pasukan keselamatan menikmati juadah ringkas itu.

Sebaik selesai, mereka menunaikan solat Maghrib yang diimamkan Mohd Azhar di atas bot tempur manakala beberapa anggota keselamatan lain berkawal. Ketika itu keadaan laut agak bergelora selain awan mulai gelap.

Selesai menunaikan solat, pasukan keselamatan menuju ke Pulau Berhala dekat Sandakan sebelum bergerak ke Pangkalan Marin Sandakan untuk menjamu hidangan berbuka puasa disediakan isteri Ketua Polis Daerah Sandakan, Wan Hurani Osman bersama isteri anggota pasukan keselamatan yang lain.

“Disebabkan daerah ini memiliki dua pesisir pantai, tanggungjawab pasukan keselamatan bukan saja di tanah besar, tetapi meliputi perairan di Sabah khususnya Sandakan. Rondaan anggota keselamatan mendapati keadaan di pesisir pantai berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Pasukan keselamatan turut mengadakan pemeriksaan membabitkan sebuah kapal nelayan dan kapal tunda namun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya. Ketika menjalankan rondaan berhampiran Pulau Taganak Filipina, keadaan tenang dan tiada pergerakan bot yang mencurigakan. 

“Kami berharap semua agensi terbabit akan terus berusaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pantai timur Sabah daripada pencerobohan elemen asing,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, ketika rondaan, pasukan keselamatan mengadakan majlis berbuka puasa yang membabitkan semua agensi. “Dalam keadaan kami berkawal dan meronda, kami tidak lupa menunaikan tanggungjawab mengadakan majlis berbuka puasa,” katanya.

“Kami mengagihkan bekalan makanan untuk semua pasukan keselamatan bagi berbuka puasa di atas bot sambil berkawal,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKQwyQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Sebaik selesai, mereka menunaikan solat Maghrib
Loading...
yang diimamkan Mohd Azhar di atas bot tempur manakala beberapa anggota keselamatan lain berkawal. Ketika itu keadaan laut agak bergelora selain awan mulai gelap.

Selesai menunaikan solat, pasukan keselamatan menuju ke Pulau Berhala dekat Sandakan sebelum bergerak ke Pangkalan Marin Sandakan untuk menjamu hidangan berbuka puasa disediakan isteri Ketua Polis Daerah Sandakan, Wan Hurani Osman bersama isteri anggota pasukan keselamatan yang lain.

“Disebabkan daerah ini memiliki dua pesisir pantai, tanggungjawab pasukan keselamatan bukan saja di tanah besar, tetapi meliputi perairan di Sabah khususnya Sandakan. Rondaan anggota keselamatan mendapati keadaan di pesisir pantai berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Pasukan keselamatan turut mengadakan pemeriksaan membabitkan sebuah kapal nelayan dan kapal tunda namun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya. Ketika menjalankan rondaan berhampiran Pulau Taganak Filipina, keadaan tenang dan tiada pergerakan bot yang mencurigakan. 

“Kami berharap semua agensi terbabit akan terus berusaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pantai timur Sabah daripada pencerobohan elemen asing,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, ketika rondaan, pasukan keselamatan mengadakan majlis berbuka puasa yang membabitkan semua agensi. “Dalam keadaan kami berkawal dan meronda, kami tidak lupa menunaikan tanggungjawab mengadakan majlis berbuka puasa,” katanya.

“Kami mengagihkan bekalan makanan untuk semua pasukan keselamatan bagi berbuka puasa di atas bot sambil berkawal,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKQwyQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Siap Siaga Di Bulan Mulia

yang semua artikel Siap Siaga Di Bulan Mulia Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Siap Siaga Di Bulan Mulia dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/siap-siaga-di-bulan-mulia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siap Siaga Di Bulan Mulia"

Catat Ulasan

Loading...