Tajuk : 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
link : 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
KEMAMAN: Seorang saksi nahas pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 pagi tadi, Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata dia terperanjat terlihat dua lelaki berpayung terjun ketika sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di Kampung Pondok Pasir kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.Menurutnya, dia melihat dua lelaki berpayung terjun selepas terdengar bunyi dentuman kuat.
Dua lelaki berkenaan dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya.
“Saya sedang sapu sampah dengan suami, saya dengar bunyi dentuman. Saya ingat latihan. Saya terlihat payung. Saya panggil anak-anak. Tidak tahu apa, saya lihat dia lambai, saya lambai balik.
“Selepas itu abang kata ada yang terjatuh, saya kata saya ada nampak,” katanya ketika ditemui hari ini.Sementara itu beberapa saksi lain berkata, pesawat pejuang terbabit dilihat terbang rendah di kawasan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini sebelum terhempas.
Menurut Hafizuddin Yunus, 32, ketika itu dia sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman di Bukit Takal menghala ke Kampung Ibok.
“Masa tu lebih kurang pukul 11 pagi. Pesawat itu lalu ikut atas kepala memang seakan benda (pesawat) itu jatuh.
“Saya kata macam bunyi jet jatuh, memang kuat bunyi benda itu. Lepas tu pesawat menghala ke arah sini. Saya orang yang pertama nampak,” katanya.
Menurutnya lagi, pesawat terbabit meluncur ke arah kawasan sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi.
“Benda tu memang nampak menghala menjunam ke Seri Bandi, menjunam ke arah Kampung Teluk Pasir tempat orang memancing, menghala ke Seri Bandi,” katanya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan dalam radius 40 kilometer sekitar kampung Yak Yah.
Operasi membabitkan 20 anggota polis, 13 anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, 23 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sembilan kakitangan Hospital Kemaman dan dua anggota tentera.
Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia selepas pesawat jenis Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai.
Jenazah kedua-dua mangsa, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 ditemukan pada pukul 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan, dalam keadaan masih memakai payung terjun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssM87q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Menurutnya, dia melihat dua lelaki berpayung terjun selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

dengan itu Perkara 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
Kini anda membaca artikel 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/saya-ingat-dia-lambai-saya-lambai-balik.html
0 Response to "'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM"
Catat Ulasan