Loading...

Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah

Loading...
Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah
link : Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah

lihat juga


Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah

SATUN, (Selatan Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah memohon kerjasama pihak berkuasa dan rakyat Thailand membantu pihak berkuasa Malaysia mengekang aktiviti jenayah ke arah menyuburkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara.

Menurut baginda isu-isu di sempadan seperti pemerdagangan manusia terutama yang melibatkan warga asing, pencerobohan bot nelayan dan penyeludupan menjadi isu global yang memerlukan kerjasama kedua-dua pihak berkuasa untuk menanganinya.

“Saya berharap perhatian serius diberikan terhadap perkara ini agar keselamatan bersama terjamin,” titah baginda pada majlis Ziarah Ihya Ramadan MAIPs Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Wilayah Satun di Masjid Bukit Bunga di sini, semalam.

Lawatan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) turut disertai Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam kunjungan program bagi tahun ketiga itu.

Turut hadir Pengarah Wilayah Utara APMM (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs (CEO), Mohd Nazim Mohd Noor, beberapa ketua jabatan negeri dan persekutuan serta Naib Canselor dan Rektor institusi pengajian tinggi di Perlis.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin lagi ancaman aktiviti keganasan dan militan seperti Daesh juga dapat disekat selain menghalang penyeludupan senjata api melalui Thailand ke Malaysia apabila kerjasama Malaysia-Thai menjadi lebih mantap.

“Kami mengambil berat ketegasan kerajaan Thailand terhadap penyeludupan daun ketum yang banyak ditanam di negeri-negeri di utara Malaysia ke Thailand dan sebab itu pembanterasan aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa Malaysia,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyentuh isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan Thailand dan meminta mereka yang terlibat supaya mendaftar perkahwinan tersebut di Pejabat Konsul Malaysia bagi memudahkan proses dokumentasi supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kelak.

Rakyat Thailand yang berniaga di Malaysia juga diminta mendaftar perniagaan mereka supaya dapat berniaga secara sah selain untuk mengelak terbabit dengan aktiviti penyeludupan manakala pelancong Thai yang menggunakan van untuk memasuki Malaysia perlu mematuhi undang-undang Malaysia, titah baginda.

CEO MAIPs Mohd Nazim pula berkata MAIPs memperuntukkan RM25,000 bagi melaksanakan program itu dengan menyumbang kurma dan wang tunai kepada asnaf serta penapis air kepada Masjid Nurulebadah di Kok Serai, Masjid Ban Tanjung Keling dan Masjid Bukit Bunga di pulau-pulau di Wilayah Satun.

Katanya MAIPs memilih menyantuni umat Islam di wilayah tersebut untuk memenuhi pembayar zakat dan penderma supaya MAIPs memperluaskan aktivitinya.

“Oleh kerana hubungan kami dengan enam Wilayah Andaman di selatan Thai baik, aktiviti seperti ini diharap dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kemajuan umat Islam amnya,” kata Mohd Nazim.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Mejar (K) Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam menyumbangkan buku kepada sekolah-sekolah di Kok Serai, Ban Tanjung Keling dan Bukit Bunga.

Rektor Universiti Institut Teknologi Mara Perlis, Zailuddin Ariffin turut menyumbangkan buku dan lima buah almari guna pakai untuk murid-murid sekolah tersebut. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rx14Rw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

SATUN, (Selatan Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah memohon kerjasama pihak berkuasa dan rakyat Thailand membantu pihak berkuasa Malaysia mengekang aktiviti jenayah ke arah menyuburkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara.

Menurut baginda isu-isu di sempadan seperti pemerdagangan manusia terutama yang melibatkan warga asing, pencerobohan bot nelayan dan penyeludupan menjadi isu global yang memerlukan kerjasama kedua-dua pihak berkuasa untuk menanganinya.

“Saya berharap perhatian serius diberikan terhadap perkara ini agar keselamatan bersama terjamin,” titah baginda pada majlis Ziarah Ihya Ramadan MAIPs Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Wilayah Satun di Masjid Bukit Bunga di sini, semalam.

Lawatan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) turut disertai Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam kunjungan program bagi tahun ketiga itu.

Turut hadir Pengarah Wilayah Utara APMM (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs (CEO), Mohd Nazim Mohd Noor, beberapa ketua jabatan negeri dan persekutuan serta Naib Canselor dan Rektor institusi pengajian tinggi di Perlis.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin lagi ancaman aktiviti keganasan dan militan seperti Daesh juga dapat disekat selain menghalang penyeludupan senjata api melalui Thailand ke Malaysia apabila kerjasama Malaysia-Thai menjadi lebih mantap.

“Kami mengambil berat ketegasan kerajaan Thailand terhadap penyeludupan daun ketum yang banyak ditanam di negeri-negeri di utara Malaysia ke Thailand dan sebab itu pembanterasan aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa Malaysia,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyentuh isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan Thailand dan meminta mereka yang terlibat supaya mendaftar perkahwinan tersebut di Pejabat Konsul Malaysia bagi memudahkan proses dokumentasi supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kelak.

Rakyat Thailand yang berniaga di Malaysia juga diminta mendaftar perniagaan mereka supaya dapat

Loading...
berniaga secara sah selain untuk mengelak terbabit dengan aktiviti penyeludupan manakala pelancong Thai yang menggunakan van untuk memasuki Malaysia perlu mematuhi undang-undang Malaysia, titah baginda.

CEO MAIPs Mohd Nazim pula berkata MAIPs memperuntukkan RM25,000 bagi melaksanakan program itu dengan menyumbang kurma dan wang tunai kepada asnaf serta penapis air kepada Masjid Nurulebadah di Kok Serai, Masjid Ban Tanjung Keling dan Masjid Bukit Bunga di pulau-pulau di Wilayah Satun.

Katanya MAIPs memilih menyantuni umat Islam di wilayah tersebut untuk memenuhi pembayar zakat dan penderma supaya MAIPs memperluaskan aktivitinya.

“Oleh kerana hubungan kami dengan enam Wilayah Andaman di selatan Thai baik, aktiviti seperti ini diharap dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kemajuan umat Islam amnya,” kata Mohd Nazim.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Mejar (K) Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam menyumbangkan buku kepada sekolah-sekolah di Kok Serai, Ban Tanjung Keling dan Bukit Bunga.

Rektor Universiti Institut Teknologi Mara Perlis, Zailuddin Ariffin turut menyumbangkan buku dan lima buah almari guna pakai untuk murid-murid sekolah tersebut. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rx14Rw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



dengan itu Perkara Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah

yang semua artikel Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/rakyat-thai-diminta-bantu-msia-tangani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah"

Catat Ulasan

Loading...