Loading...

Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !

Loading...
Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad ! - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !
link : Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !

lihat juga

Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyifatkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang diarah bercuti sebagai mangsa terbaru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa Isa ketika menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu – Datuk Zulkifli Abdul Wahab yang tidak disenanginya.
Katanya, ia disusuli dengan pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad yang turut “disejuk bekukan” sehingga beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.
“Dan saya mendapat maklumat daripada awal, Isa memang tidak menyenangi Zakaria.
“Maka, apa sahaja yang dibuat dahulu oleh Zakaria sebelum kehadiran Isa di situ akan dikorek kembali, antaranya isu Delima Oil Products Sdn Bhd itu.
“Walhal, apa-apa keputusan yang dibuat Zakaria itu adalah keputusan bersama dalam board (Lembaga Pengarah),” katanya ketika dihubungi.
Mazlan mengulas laporan Zakaria diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV.
Arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung isu tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd – anak syarikat FGV.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan ke atas Zakaria ialah satu kesilapan kerana beliau sedang melaksanakan misinya untuk memperbetulkan kepincangan dalam syarikat itu.
Beliau berkata, Zakaria sepatutnya diberikan ruang dan siasatan perlu dilakukan dengan adil berhubung sebarang isu membabitkan dirinya.
“Jadi, bila beliau digantung, siapa akan ambil alih? Siapa yang akan meneruskan misi FGV?” soalnya.
Dalam pada itu, Mazlan tidak nampak penstrukturan Felda yang dilakukan Tan Sri Shahrir Samad akan mendatangkan kesan, selagi Isa menjadi pengerusi FGV.
Beliau berkata, sepatutnya tindakan diambil untuk menyingkirkan Isa daripada FGV bagi meredakan keadaan. #sumber

dengan itu Perkara Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !

yang semua artikel Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/persatuan-anak-peneroka-dakwa-zakaria.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Persatuan Anak Peneroka Dakwa, Zakaria Jadi "Mangsa" Isa Samad !"

Catat Ulasan

Loading...