Loading...

Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An

Loading...
Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An
link : Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An

lihat juga

Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An

MELAKA – Air batu tongkol, guni kain jut dan sirap selasih antara barang berharga setiap kali menyambut bulan Ramadan pada era 70-an dan kini ia menjadi nostalgia bagi mereka yang membesar pada zaman tersebut.

Pada zaman 70-an, ketul ais menjadi barang paling berharga setiap kali tiba bulan puasa memandangkan bahawa tidak semua rumah mempunyai peti ais dan bekalan elektrik seperti hari ini.

Jurugambar sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Malek Yahya, 51, berkata menunaikan ibadat puasa ketika masih kecil pada tahun 70-an adalah merupakan kenangan paling manis dalam hidupnya.

“Ketika itu, kampung saya masih lagi belum mendapat bekalan elektrik, jadi setiap hari pada jam 4 petang, saya akan cepat berkayuh basikal sejauh tiga kilometer dari Kampung Sungai Petai ke pekan Alor Gajah bagi mendapatkan air batu tongkol,”katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pada masa itu air batu tongkal dalam bentuk segi empat akan dipotong empat oleh pekedai runcit berbangsa Cina dengan harga 30 sen atau 20 sen bergantung kepada saiz.

“Apabila siap di potong…pekedai akan bungkuskan ais tersebut dengan surat khabar dan saya perlu segera pulang bagi mengelak air batu itu cair dalam perjalanan.

“Bila tiba di rumah saya cepat-cepat beri air batu tongkol kepada emak untuk disimpan dalam termos sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa,”katanya.

Katanya ,air sirap biji selasih merupakan hidangan wajib dan istimewa setiap kali berbuka puasa.

“Satu gelas tak cukup…dapat dua tiga gelas baru hilang dahaga,”katanya sambil ketawa kecil teringat kenangan zaman persekolahannya.

Pada ketika itu, pasar Ramadan masih belum ada dan kebanyakan orang kampung berbuka puasa di rumah bersama keluarga masing-masing.

Turut berkongsi pengalaman yang sama, Masiron Kassiran, 47 dari Sagil, Johor yang turut sama sempat merasai pengalaman berbuka puasa dengan air batu tongkol.

“Pada masa itu, rumah keluarga saya dalam kebun getah dan terletak jauh dari pekan Sagil…jadi saya terpaksa keluar awal ke pekan Sagil bagi mendapatkan air batu tongkol,”katanya.

Pegawai eksekutif kanan jualan nasional, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu, berkata air batu tongkol akan dibalut dengan ‘guni kain jut’ terlebih dahulu sebelum disimpan dalam tanah bagi memastikan bahawa ia tahan lama dan tidak mudah cair.

“Air batu tongkol yang disimpan dalam tanah mampu tahan lama, kadang-kadang keesokan pagi ia masih belum cair,”katanya.

Beliau berkata pada masa itu hidangan air sirap biji selasih dan ubi kayu rebus bersama sambal merupakan hidangan wajib pada masa itu.

Katanya, beliau rindu dengan suasana menunaikan ibadat puasa pada tahun 70-an yang ternyata banyak berbeza dengan zaman dahulu.

“Saya masih ingat lagi lepas berbuka puasa di rumah saya dan rakan-rakan akan menunaikan solat sunat tarawih di surau dan kami pada ketika itu menjerit dengan suara yang kuat ketika berselawat dan bertanding siapakan yang paling kuat dengan surau lain,”katanya.

Beliau berkata hidangan moreh di surau pada ketika itu ringkas iaitu biskut dengan air kopi atau teh sahaja.

“Namun walaupun dalam serba kekurangan kami seronok dan tidak sabar untuk menanti ketibaan bulan Ramadan setiap tahun kerana suasanya lebih meriah berbanding hari ini,” katanya. -BERNAMA

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRSY5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Beliau berkata pada masa itu hidangan air

Loading...
sirap biji selasih dan ubi kayu rebus bersama sambal merupakan hidangan wajib pada masa itu.

Katanya, beliau rindu dengan suasana menunaikan ibadat puasa pada tahun 70-an yang ternyata banyak berbeza dengan zaman dahulu.

“Saya masih ingat lagi lepas berbuka puasa di rumah saya dan rakan-rakan akan menunaikan solat sunat tarawih di surau dan kami pada ketika itu menjerit dengan suara yang kuat ketika berselawat dan bertanding siapakan yang paling kuat dengan surau lain,”katanya.

Beliau berkata hidangan moreh di surau pada ketika itu ringkas iaitu biskut dengan air kopi atau teh sahaja.

“Namun walaupun dalam serba kekurangan kami seronok dan tidak sabar untuk menanti ketibaan bulan Ramadan setiap tahun kerana suasanya lebih meriah berbanding hari ini,” katanya. -BERNAMA

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRSY5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An

yang semua artikel Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/minuman-nostalgia-ramadan-era-70-an.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Minuman Nostalgia Ramadan Era 70-An"

Catat Ulasan

Loading...