Loading...

Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid

Loading...
Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid
link : Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid

lihat juga

Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid

PENYANYI dan komposer Eddie Hamid yang cukup terkenal dengan keunikan identiti muzik yang tersendiri mengakui tidak mudah untuknya menempatkan diri dalam bidang seni. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sebelum nama dikenali ramai.

Mungkin ramai tidak tahu, Eddie pada awal penghijrahannya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu sekitar 1987 merupakan pelukis ilustrasi di sebuah syarikat penerbitan buku-buku komik.

Namun, rezekinya terhenti dua tahun kemudian apabila sambutan makin merosot sehingga memaksa Eddie berniaga burger sebelum dapat peluang bergelar artis rakaman.

“Memang saya minat muzik sejak di kampung lagi, tapi penghijrahan saya ke Kuala Lumpur bukanlah untuk bergelar artis, tetapi sekadar memajukan diri dan merencana masa depan lebih baik.

“Siapa sangka, perancangan ALLAH melebihi segala-galanya apabila saya dapat peluang bergelar artis rakaman menerusi beberapa kenalan yang percaya dengan potensi dan kebolehan yang saya miliki ketika itu,” katanya jujur.

Lagu Segalanya Telah Berakhir  yang dimuatkan dalam album pertama, Perjalanan Rasa (1989) berjaya memperkenalkan Eddie dalam industri muzik tanah air,  sekali gus membuka ruang untuknya tampil dengan album kedua, Suara Kedamaian (1990) dan Di Anjung Rindu (1991).

“Bukan senang bergelar penyanyi solo ketika itu kerana pada era awal 1990-an, pasaran lebih cenderung kepada muzik berkumpulan di mana kumpulan seperti Ekamatra dan Iklim sangat popular ketika itu.

“Selepas tampil dengan tiga album, saya mula berfikir mencari hala tuju lain dengan harapan mencuba sesuatu yang baru.

“Saya dapat peluang isi jawatan sebagai PRO syarikat rakaman FGM selama tiga hingga empat tahun sebelum terlibat dunia kewartawanan pada 1994 di sebuah syarikat penerbitan,” akui Eddie.

Tulis lebih 600 lagu

Biarpun semakin serasi bergelar wartawan, kata Eddie, dia memutuskan untuk kembali ke syarikat rakaman apabila mendapat tawaran mengisi jawatan sebagai A&R di BMG Music.

Lebih menarik, Aziz Bakar yang merupakan antara orang kuat di BMG telah memberi peluang kepadanya untuk bergelar komposer bagi mengembangkan bakat yang ada.

“Kalau ikutkan saya bukanlah pandai sangat pun tulis lagu, tapi disebabkan peluang dan kepercayaan yang diberikan Aziz, saya cuba guna minat dan pengetahuan dalam muzik dengan sebaiknya.

“Maka terhasillah lagu pertama ciptaan saya, Kau Tetap Di Jendela Kenanganku (1996) nyanyian kumpulan EYE dan kemudian diikuti dengan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta nyanyian Spring yang mendapat sambutan di luar dugaan.

“Biarpun begitu, saya masih belum berpuas hati kerana pada masa itu saya rasakan lagu tersebut diterima kerana populariti Spring sebagai kumpulan yang sudah ada nama yang besar dalam industri,” jelas Eddie.

Justeru, Eddie terus mencari formula terbaik untuk melakukan sesuatu yang besar dalam kerjayanya sebagai komposer sehinggalah terhasil lagu Rindu Serindu Rindunya nyanyian kumpulan Spoon yang mendapat sambutan hangat, malah lagu ini meraih kedudukan teratas beberapa carta lagu popular di radio.

“Saya anggap kejayaan saya dalam bidang penciptaan lagu bermula di sini kerana lagu ciptaan saya berjaya memperkenalkan dan sekali gus menaikkan nama Spoon dalam industri.

“Kejayaan itu beri semangat kepada saya untuk terus cipta lagu dan paling penting lagu saya berdiri dalam satu identiti yang menjenamakan nama Eddie Hamid tanpa ada pengaruh muzik lain yang telah sedia ada ketika itu.

“Pencapaian membanggakan buat saya di mana pernah satu ketika di dalam carta lagu popular radio, tempat pertama sehingga keenam diduduki lagu-lagu ciptaan saya,” imbasnya.

Bagaimanapun, Eddie yang kini telah menulis lebih daripada 600 lagu mengakui muziknya pernah dipandang rendah oleh banyak pihak sehingga ada yang menggelarnya sebagai lagu kampung, lagu tangkap leleh dan sebagainya.

“Dulu saya pernah terfikir nak tukar konsep kerana ramai kata lagu saya tidak sealiran dengan muzik pilihan ramai ketika itu, namun kata-kata arwah Loloq menetapkan pendirian saya untuk terus pertahankan identiti muzik saya sendiri.

“Arwah pernah katakan pada saya supaya bangga dengan identiti muzik sendiri tanpa perlu terpengaruh atau meniru gaya muzik orang lain kerana identiti itulah yang akan mengangkat nama saya suatu hari nanti.

“Kata-kata itu ada kebenarannya apabila muzik tangkap leleh sinonim dengan nama Eddie Hamid dari dulu sehingga ke hari ini, sehinggakan apa sahaja lagu tangkap leleh akan disangka sebagai lagu saya meskipun ia merupakan lagu orang lain,” jelas Eddie.

Berkongsi perkembangan terbarunya, kata Eddie, dia kini menulis lagu tema untuk drama terbitan syarikat produksi A Aida Production selepas pernah popular dengan lagu Halimah Jongang.

“Ramai ingat saya sudah tidak aktif bidang seni, namun hakikatnya saya masih lagi giat menulis lagu, cuma tidak berada di depan seperti dulu.

“Insya-ALLAH selepas ini saya akan tampil dengan lebih banyak karya baru dan sekiranya lagu-lagu tangkap leleh saya ini tidak mendapat tempat di radio, peminat boleh mendengarnya diYoutube, Facebook dan sebagainya,” tegas Eddie.

The post Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid appeared first on Berita Viral.

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxPXF5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid

yang semua artikel Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/lagu-tangkap-leleh-identiti-eddie-hamid.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lagu tangkap leleh identiti Eddie Hamid"

Catat Ulasan

Loading...