Tajuk : Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT
link : Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT
Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga melancarkan kempen mencegah kecelaruan gender membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), transvestite dan pengkid bermula Khamis lalu.
Menerusi Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017 bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’, lima kecelaruan gender itu adalah antara tiga skop utama yang dipertandingkan bermula 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos nanti.
Garis panduan pertandingan itu menyatakan setiap video mesti mempunyai unsur-unsur yang menunjukkan akibat buruk apabila menjadi LGBT, bagaimana untuk mencegah dan mengawalnya.
Dalam syarat yang ditetapkan, isi kandungan video sama ada individu atau berkumpulan hendaklah mengandungi kriteria dan aspek isu dan akibat meliputi aspek pencegahan, pengawalan dan cara mendapatkan bantuan bagi penyelesaian masalah melalui penyampaian video dalam bentuk paling kreatif dan positif.
Selain itu, skop pertandingan juga membabitkan buli siber, eksploitasi seksual, peras ugut seks, bahaya pornografi, dan penggunaan media sosial dan keselamatan ICT berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.
Manakala, satu lagi skop pertandingan adalah kepentingan tidak melakukan seks sebelum kahwin (Value of abstinence) meliputi aspek kesan seks bebas dan penyakit kelamin (STI/HIV/AIDS) serta menangani gangguan seksual dan kes rogol dalam perhubungan yang selamat.
Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, secara percuma, yang berusia 13 hingga 24 tahun mengikut tiga kategori iaitu berusia 13 hingga 15 tahun; 16 tahun hingga 18 tahun; dan 19 tahun hingga 24 tahun.
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah wang tunai antara RM1,000 hingga RM4,000.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGBB83
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT
Kini anda membaca artikel Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/kementerian-kesihatan-anjur-kempen.html
0 Response to "Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT"
Catat Ulasan