Loading...

Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi

Loading...
Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi
link : Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi

lihat juga


Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Langkah PAS yang mahu membawa satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik adalah disebabkan sehingga kini tiada parti yang benar-benar serius mengusulkan RUU tersebut. 
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata demikian sebagai menempelak Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang meminta supaya PAS menyelesaikan terlebih dahulu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang masih 'tertangguh' sebelum berniat membawa RUU yang lain.
 
Zuhdi menambah, Amanah berkemungkinan terpaksa menolak RUU baru tersebut berikutan rakannya, DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju penggubalan akta berkenaan. 
 
"Oleh itu yang tinggal hanya PAS dan IKATAN yang menyokongnya. Jika tiada parti yang sanggup bawa, PAS sendiri sanggup untuk membawanya kerana kami benar-benar serius mengharapkan tergubalnya akta tersebut.
 
"Cuma yang jadi halangan semua parti dalam PH tidak menyokong RUU bagi menggubal akta ini. PKR dan DAP telah menyatakan sikap menolak akta seumpama ini. Amanah juga diyakini akan mengikut sikap PKR dan DAP. Umno pada peringkat awal dahulu menyokongnya, cuma sekarang mereka yang menjadi teraju kerajaan masih belum membentangkannya di parlimen," katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos. 
 
Zuhdi berkata, langkah PAS itu tidak harus dipolitikkan kerana ia demi kepentingan dan kebaikan semua pihak khususnya rakyat.
 
"PAS mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, membawa sesuatu untuk kepentingan rakyat termasuklah dalam isu RUU ini. 
 
"Jika sekiranya kerajaan yang bawa RUU ini, PAS sudah memberi komitmen untuk menyokongnya. Sekiranya Khalid Samad sendiri atau Amanah mahu membawa RUU persendirian berkaitan sumbangan dan perbelanjaan politik, asas kepentingan rakyat, PAS akan menyokongnya. Ia bukan perkara yang perlu dipolitikkan," katanya lagi. 
 
Semalam, Khalid membidas PAS bersabit langkah parti itu yang mahu membawa satu lagi RUU berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik.
 
"Yang dulu pun belum selesai lagi, apa nak buat yang baru? buat yang dulu tu betul-betul, macam main-main saja, yang dulu RUU 355 belum dibahas belum dilulus, tiada apa setakat ini kecuali kecoh sahaja," demikian petik kata Khalid.
 
Zuhdi ketika berucap di Munaqasyah Rakyat semalam berkata PAS mahu membawa satu lagi RUU Persendirian jika kerajaan gagal meneruskan cadangan menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
 
Zuhdi berkata, langkah partinya itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menyelesaikan pelbagai isu rasuah yang membelenggu negara ini.
 
Kerajaan pada tahun lalu bersetuju untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, yang mana ia menetapkan kesemua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat atau dikenakan tindakan.
 
 
Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Langkah PAS yang mahu membawa satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik adalah disebabkan sehingga kini tiada parti yang benar-benar serius mengusulkan RUU tersebut. 
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata demikian sebagai menempelak Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang meminta supaya PAS menyelesaikan terlebih dahulu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang masih 'tertangguh' sebelum berniat membawa RUU yang lain.
 
Zuhdi menambah, Amanah berkemungkinan terpaksa menolak RUU baru tersebut berikutan rakannya, DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju penggubalan akta berkenaan. 
 
"Oleh itu yang tinggal hanya PAS dan IKATAN yang menyokongnya. Jika tiada parti yang sanggup bawa, PAS sendiri sanggup untuk membawanya kerana kami benar-benar serius mengharapkan tergubalnya akta tersebut.
 
"Cuma yang jadi halangan semua parti dalam PH tidak menyokong RUU bagi menggubal akta ini. PKR dan DAP telah menyatakan sikap menolak akta seumpama ini. Amanah juga diyakini akan mengikut sikap PKR dan DAP. Umno pada peringkat awal dahulu menyokongnya, cuma sekarang mereka yang menjadi teraju kerajaan masih belum membentangkannya di parlimen," katanya dalam satu kenyataan kepada
Loading...
Antarapos. 
 
Zuhdi berkata, langkah PAS itu tidak harus dipolitikkan kerana ia demi kepentingan dan kebaikan semua pihak khususnya rakyat.
 
"PAS mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, membawa sesuatu untuk kepentingan rakyat termasuklah dalam isu RUU ini. 
 
"Jika sekiranya kerajaan yang bawa RUU ini, PAS sudah memberi komitmen untuk menyokongnya. Sekiranya Khalid Samad sendiri atau Amanah mahu membawa RUU persendirian berkaitan sumbangan dan perbelanjaan politik, asas kepentingan rakyat, PAS akan menyokongnya. Ia bukan perkara yang perlu dipolitikkan," katanya lagi. 
 
Semalam, Khalid membidas PAS bersabit langkah parti itu yang mahu membawa satu lagi RUU berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik.
 
"Yang dulu pun belum selesai lagi, apa nak buat yang baru? buat yang dulu tu betul-betul, macam main-main saja, yang dulu RUU 355 belum dibahas belum dilulus, tiada apa setakat ini kecuali kecoh sahaja," demikian petik kata Khalid.
 
Zuhdi ketika berucap di Munaqasyah Rakyat semalam berkata PAS mahu membawa satu lagi RUU Persendirian jika kerajaan gagal meneruskan cadangan menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
 
Zuhdi berkata, langkah partinya itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menyelesaikan pelbagai isu rasuah yang membelenggu negara ini.
 
Kerajaan pada tahun lalu bersetuju untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, yang mana ia menetapkan kesemua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat atau dikenakan tindakan.
 
 


dengan itu Perkara Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi

yang semua artikel Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/jangan-politikkan-langkah-pas-mahu-bawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan politikkan langkah PAS mahu bawa RUU baru - Zuhdi"

Catat Ulasan

Loading...