Tajuk : ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK?
link : ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK?
ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK?
SHAH ALAM – Pemuda Umno memandang serius kenyataan negatif yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penjualan saham Proton Holdings Bhd (Proton) kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) minggu lalu.
Sayap kanan Umno itu dalam satu kenyataan berkata, Mahathir telah menimbulkan polemik serta kekeliruan di kalangan para pemerhati serta rakyat terhadap masa depan Proton.
“Kami mengambil maklum tentang keputusan penjualan 49.9 peratus saham Proton kepada syarikat China pada minggu lalu. Kami memandang ini sebagai keputusan perniagaan Proton (satu entiti swasta) untuk memastikan kelangsungan syarikat nasional tersebut dan ia tidak dipengaruhi oleh kerajaan.
“Namun, bak kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi,” kata Pemuda Umno dalam kenyataan, hari ini.
Pemuda Umno turut mendesak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary selaku pemilik penuh Proton tidak berdiam diri mengenai perkara ini.
Menurut kenyataan itu lagi, Syed Mokhtar mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Beliau perlu berterus-terang tentang keputusan penjualan saham tersebut kepada Geely bagi meredakan keresahan rakyat dan pengkritik ekonomi tempatan dan antarabangsa.
“Syed Mokhtar juga perlu menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,” katanya lagi.
Baru-baru ini, DRB-Hicom telah mencapai persetujuan dengan Geely bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus saham Proton.
Perkembangan itu menyebabkan Mahathir dalam blognya mengatakan beliau sangat sedih dan menangis kerana kehilangan Proton yang disifatkan sebagai anaknya.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suq5Ko
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
SHAH ALAM – Pemuda Umno memandang serius kenyataan negatif yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penjualan saham Proton Holdings Bhd (Proton) kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) minggu lalu.
Sayap kanan Umno itu dalam satu kenyataan berkata, Mahathir telah menimbulkan polemik serta kekeliruan di kalangan para pemerhati serta rakyat terhadap masa depan Proton.
“Kami mengambil maklum tentang keputusan penjualan 49.9 peratus saham Proton kepada syarikat China pada minggu lalu. Kami memandang ini sebagai keputusan perniagaan Proton (satu entiti swasta) untuk memastikan kelangsungan syarikat nasional tersebut dan ia tidak dipengaruhi oleh kerajaan.
“Namun, bak kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi,” kata Pemuda Umno dalam kenyataan, hari ini.
Pemuda Umno turut mendesak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary selaku pemilik penuh Proton tidak berdiam diri mengenai perkara ini.
Menurut kenyataan itu lagi, Syed Mokhtar mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Beliau perlu berterus-terang tentang keputusan penjualan saham tersebut kepada Geely bagi meredakan keresahan rakyat dan pengkritik ekonomi tempatan dan
“Syed Mokhtar juga perlu menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,” katanya lagi.
Baru-baru ini, DRB-Hicom telah mencapai persetujuan dengan Geely bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus saham Proton.
Perkembangan itu menyebabkan Mahathir dalam blognya mengatakan beliau sangat sedih dan menangis kerana kehilangan Proton yang disifatkan sebagai anaknya.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suq5Ko
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK?
Kini anda membaca artikel ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/isu-proton-mahathir-hanya-mahu.html
0 Response to "ISU PROTON: MAHATHIR HANYA MAHU TIMBULKAN POLEMIK?"
Catat Ulasan