Tajuk : Bila Adik Beradik Semua Lelaki
link : Bila Adik Beradik Semua Lelaki
Bila Adik Beradik Semua Lelaki
Yaaa seperti tajuk yang saya buat. Saya mempunyai 4 orang adik beradik di mana saya mempunyai seorang abang dan dua adik lelaki. Yang membawa maksud saya seorang sahaja bunga dalam keluarga. Ibu saya pula telah meninggal sewaktu saya berumur 16 tahun kerana kanser. Ini menjadikan saya satu2nya perempuan yang hidup dalam rumah famili saya ni. Adik saya yang paling bongsu berumur 13 tahu dan lagi sorang 17tahun. Abang saya berumur 22tahun. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan awesome apabila mempunyai adik beradik yang semuanya lelaki dan dia sahaja perempuan. Macam cerita Awan Dania. Ada abang-abang yang caring, loving dan ada rasa tanggungjawab. But not for me, adik beradik saya jauh sekali ada ciri2 macam tu. Nak jumpa nilai2 murni dalam diri diorang tu amatlah susah. And this is what happen.
Sejak saya berumur 13 tahun, saya dah masuk asrama sampailah saya habis form5. Walaupun sekolah asrama saya dengan rumah tu boleh dikira sangat dekat, tapi saya nak duduk asrama. Sebab saya kesiankan ayah saya nak kena hantar saya pagi2 pergi sekolah then pergi kerja. Balik pulak ayah saya tak boleh ambil sebab ayah saya kerja ikut office hour. So, yang ambil saya adalah atuk saya. Jadi saya tak nak susahkan ayah dan atuk saya. Orang lain nak duduk luar, tapi saya nak masuk asrama. Haha. Boleh dikatakan saya sahaja yang cemerlang dalam pelajaran, dapat straight As dlm exam upkk, upsr, pmr. But, spm terkucil sikit. Hehe. Masa2 remaja saya lebih banyak dengan kawan2 sekolah yang semuanya perempuan. Saya sekolah agama yg semuanya perempuan. Dan mungkin itu yg menyebabkan saya mempunyai nilai2 murni dalam diri saya walaupun sedikit. Masa ibu saya ada, saya tak banyak tolong masak. Setakat kacau kuah tu adalah. Alasan lepas spm nak belajar masak dgn ibu. Well kita hanya mampu merancang. Ibu saya meninggal masa saya form 4 dua minggu lepas raya.
Masa saya di asrama saya tak menghadapi masalah dirumah kerana kebanyakan masa di sekolah dan asrama. Saya mula rasa macam susah nak cope dgn situation kat rumah bila dah habis spm. Dimana 24/7 saya ada dekat rumah. Famili saya famili yg sederhana. Setakat makan pakai tu lepaslah. Disebabkan saya bukanlah org yg rajin sangat. Sarapan, makan tghari hampir setiap hari beli luar. Kerja saya tanak nasi, panaskan lauk. Kalau ada bahan nak masak atau rajin masak barulah saya masak. Masak yg simple ja. Tapi adik beradik saya semuanya lepas tangan. Baju dah pakai letak sepah2. Stoking kasut semua bersepah. Bagi orang lain mungkin alah biasalah tu. Tapi bukan bagi saya. Dah makan depan bekas air, air kotak, plastik semua tinggal. Dah makan dlm polisterin tinggal macam tu je dekat sinki. Keadaan rumah sangat teruk, umpama dalam rumah ada ribut. Sampai saya tak suka or maybe benci kalau ada orang datang rumah. Sebab saya malu rumah macam takde rupa orang perempuan tinggal. Saya cuba kemas mana yg boleh. Lipat baju. Sapu rumah. Mop lantai dapur. Susun buku2, beg2 sekolah. Tapi usaha tu mcm sia2. Sebab saya sorg atau ayah saya je yg kemas adik beradik yg lain messkan balik apa yg saya dah buat. Dah lipat baju, diorg bukk balik. Haih. Saya sambung belajar dlm stpm. Sebab saya nak. Saya tak nak masuk matrik dan universiti yg saya dpt. Sebab saya tak nak mohon ptptn. Saya tahu matrik dpt elaun. Tapi saya rasa sayang nak tinggalkn bidang agama dlm stpm. Dan Saya tak nak bebankan ayah saya.
Tapi adik beradik saya, macam hati batu. Saya nak minta duit sekolah pun berpuluh kali saya fikir. Tapi adik beradik saya senang2 mintak macam ayah saya tu banyak sangat duit. Saya dulu dpt straight As barulah dapat duit. Masa mula2 saya ada fon, saya pakai fon mak lepas mak dah ada fon baru. Lepastu, fon saya beli guna duit sendiri. Tapi adik2 saya senang2 mintak. Senang2 hilangkan. Dah berapa banyak dah fon diorg hilang. Gaji ayah rm2000. Abang saya dah kerja. Itupun lepas 3tahun menganggur sbb tak nak sambung belajar. Gaji tak seberapa. Tapi belanja mcm gaji 10 ribu. Baju nak mahal. Dapat gaji, kalau boleh hari2 nak makan luar. Saya rasa abang saya mcm takde rasa tanggungjawab. Pergi kerja ayah saya hantar, balik kerja ayah saya amik. Sedangkan saya balik sekolah, saya naik bas. Kadang2 sampai rumah nak dekat pukul 7. Sebab kadang2 bas lambat, rosak. Alasan abg saya, tak reti naik bas. Omaigad. Saya dah stpm baru belajar naik bas. Saya boleh kenapa dia tak boleh. Saya takut nak naik bas sorg2. Walaupun dah hampir setahun lebih saya naik bas. Saya masih takut naik bas sorg. Sebab saya trauma naik bas lepas saya form 2 . Maksud saya bas yg kena beli tiket dulu bukan bas yg pergi rombongan tu. Bas yg saya naik hampir kebanyakan org bangla, indon. Tapi kalau saya tak belajar naik bas, ayah saya kena amik saya lepas habis kerja then hantar saya dekat rumah. Then keluar balik amik abg saya. FYI, abang sya takde lesen. Entah bilalah dia nak amik lesen. Entah bila dia nak ada rasa tanggungjawab sebagai anak sulung ,sebagai seorang abang. Bukan tak pernah cuba tapi fail. Lepastu buat tak tahu je. Saya terfikir, dia takde rasa kesiankan dekat ayah saya ke? Takde rasa tanggungjawab ke? Bila saya cuba nasihatkn dia tak nak dengar. Kadang2 marah saya balik. Boleh kata abang saya tak matured. Dah buat air satu jag bawa tepi katil lepas tu biar berbulan sampai basi. Baju dah pakai letak merata rata. Lepastu pakai baju lain. Baju ayah saya, seluar kerja, stoking, kasut ayah saya semua dia suka hati pakai. Sampai koyak seluar ayah. Bukan satu, bukan dua. Ayah saya jenis yg selagi boleh pakai, ayah saya pakai. Ayahkan. Bila ada duit lebih baru beli yg baru. Kadang2 tak jadi sebab dahulukan anak2.
Adik saya yang pertama pulak, selalu buat hal. Dah berapa kes dia libatkn polis. Selalu ponteng sekolah. Bila dia form 4 ayah saya tukarkan sekolah. Sekolah tahfiz. Sebab dia setuju. Ingatkan berubahlah perangai. Rupanya tak. Buat hal jugak. Kalau boleh tiap hari call ayah saya suruh dtg asrama. Iron rosaklah. Pen tertinggallah. Jubah kena minyak gamat tak boleh hilang. Padahal dah belikan clorox. Macam2 alasan. Ada sekali dia buat pengsan sebab nak balik. Terpaksa ayah saya dtg. Ustaz pun tahu yg adik saya auta je pengsan. Ada tu dia lari jalan kaki sampai stesen minyak , dia pinjam fon siapa ntah suruh amik. Sanggup tu. Kemuncaknya dia lari asrama dgn sorg budak lelaki. Sampai parents budak tu dtg rumah. Cari dia sampai pagi. Rupa2nya dia lari pergi rumah kakak angkat. Saya rasa kesian sangat dekat ayah saya. Kenapa adik saya macam ni. Dahlah yuran dia mahal. Tapi dia boleh buat mcm tu dekat ayah. Last2 ayah saya tukarkan balik dekat sekolah lama dia. Ayah saya kata, baik tukarkn balik sekolah daripada asyik lari dari asrama buat hal. Bulan puasa ni, kalau cuti sekolah biasanya saya masak untuk berbuka. Lepastu ayah suruh saya kemas rumah. Saya macam suruhlh adik saya tu. Dia duduk je tak buat pape. Dia boleh cakap, kemas rumah, masak semua kerja perempuan. Rasa macam nak cekik2 je dia. Sampai saya cakap, kau buat apa?
Kalau tak buat apa2 asal kau hidup? Baik duduk kubur je. Kadang2 saja je cari gaduh dgn saya. Pakai seluar saya. Lepastu biar sepah2. Saya dah cakap jangan pakai seluar saya. Nak pakai pergi sekolah. Seluar saya tak banyak. Nak ikutkan ayah saya lagi banyak belikan dia seluar. Lepastu masuk asrama seluar hilang. Kat rumah tak reti jaga, lepastu cakap seluar dia hilang sebab saya yg salah. Ayah saya pun bukanlah jenis yg reti pujuk. Walaupun tahu saya tak slah lepas marah saya. Sebab ayah saya dah cakap, ayah bukanlah jenis yg pujuk memujuk. Saya sedar saya bukanlah manusia yg rajin, baik hati, penyabar gila2. Saya cuba buat apa yg boleh. Saya banyak kali ingatkan. Ada orang yg lebih susah drpd diri saya. Tapi kekadang kita pendam lama2 kiat burst to tears juga. Tapi kalau adik beradik macam ni manalah saya tahan. Kalau saya bergaduh dgn diorang, saya juga yg menangis. Walaupun bukan salah saya. Kadang2 sampai saya terfikir, kenapa mak tinggalkan saya? Kenapa mak tak tinggalkan adik beradik perempuan untuk saya? Apa2 yg adik saya buat, saya juga yg kena soal dgn ayah saya. Kenapa bukak beras macam tu. Mana cawan. Mana sudu. Kenapa macam tu. Kenapa macam ni. Saya juga yg kena sound padahal adik beradik saya yg buat. Saya tak tahu nak luah dekat siapa. Mak takde. Adik beradik perempuan takde. Last2 saya melalak sorang2 dlm bilik. Kalau mengadu dekat kawan pun, dia cakap alaaa adik aku pun sama je. Tapi dia tak tahu mcmn adik beradik saya. Sebab adik beradik diorg semua lagi okey. Ada abang yg boleh diharapkn. Walaupun belajar oversea, internet kat rumah abg dia yg tolong bayarkan. Ada abg /adik yg boleh diharap. Tak ada yg mcm adik beradik saya. Sebelum saya habis sekolah asrama sebelum ni, baju adik2 saya ayah yg tolong ironkan. Padahal adik saya dah besar. Saya since darjah 3 iron baju sendiri. Kalau saya balik rumah, ayah suruh saya ironkan. Saya terfikir kalau saya dah sambung belajar dekat u takkanlah ayah yg kena buat juga. Ayah saya lembut sangat dengan diorang. Jadi bila saya ada dekat rumah. Saya suruh diorang sendiri yg iron baju sekolah. Saya tegaskn kalau ayah tak buat kau pergi sekolah pakai baju tak iron. Takde maknanya aku nak ironkan. Dah besarkan. Mula2 tu bising, tak retilah. Jadi saya ajar diorg iron baju. So diorg mula iron baju sendiri walaupun kena sentiasa ingatkn. At least takdela ayah saya yg kena buat,padahal adik2 saya dah masuk sekolah menengah. Belum masuk pasal solat lagi. Saya stress bila tengok keadaan rumah. Sebab rumah ni susah sikit nak kemas. Rumah lama. Rumah kayu. Jadi saya nak diorg tolong sikit2. Saya tak minta banyak pun. Saya nak adik beradik saya ada rasa tanggungjawab. Tu je. Banyak lagi saya nak luah. Tapi takpelah. Dah panjang sangat ni. Hehe.
Aida
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVe67o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Yaaa seperti tajuk yang saya buat. Saya mempunyai 4 orang adik beradik di mana saya mempunyai seorang abang dan dua adik lelaki. Yang membawa maksud saya seorang sahaja bunga dalam keluarga. Ibu saya pula telah meninggal sewaktu saya berumur 16 tahun kerana kanser. Ini menjadikan saya satu2nya perempuan yang hidup dalam rumah famili saya ni. Adik saya yang paling bongsu berumur 13 tahu dan lagi sorang 17tahun. Abang saya berumur 22tahun. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan awesome apabila mempunyai adik beradik yang semuanya lelaki dan dia sahaja perempuan. Macam cerita Awan Dania. Ada abang-abang yang caring, loving dan ada rasa tanggungjawab. But not for me, adik beradik saya jauh sekali ada ciri2 macam tu. Nak jumpa nilai2 murni dalam diri diorang tu amatlah susah. And this is what happen.
Sejak saya berumur 13 tahun, saya dah masuk asrama sampailah saya habis form5. Walaupun sekolah asrama saya dengan rumah tu boleh dikira sangat dekat, tapi saya nak duduk asrama. Sebab saya kesiankan ayah saya nak kena hantar saya pagi2 pergi sekolah then pergi kerja. Balik pulak ayah saya tak boleh ambil sebab ayah saya kerja ikut office hour. So, yang ambil saya adalah atuk saya. Jadi saya tak nak susahkan ayah dan atuk saya. Orang lain nak duduk luar, tapi saya nak masuk asrama. Haha. Boleh dikatakan saya sahaja yang cemerlang dalam pelajaran, dapat straight As dlm exam upkk, upsr, pmr. But, spm terkucil sikit. Hehe. Masa2 remaja saya lebih banyak dengan kawan2 sekolah yang semuanya perempuan. Saya sekolah agama yg semuanya perempuan. Dan mungkin itu yg menyebabkan saya mempunyai nilai2 murni dalam diri saya walaupun sedikit. Masa ibu saya ada, saya tak banyak tolong masak. Setakat kacau kuah tu adalah. Alasan lepas spm nak belajar masak dgn ibu. Well kita hanya mampu merancang. Ibu saya meninggal masa saya form 4 dua minggu lepas raya.
Masa saya di asrama saya tak menghadapi masalah dirumah kerana kebanyakan masa di sekolah dan asrama. Saya mula rasa macam susah nak cope dgn situation kat rumah bila dah habis spm. Dimana 24/7 saya ada dekat rumah. Famili saya famili yg sederhana. Setakat makan pakai tu lepaslah. Disebabkan saya bukanlah org yg rajin sangat. Sarapan, makan tghari hampir setiap hari beli luar. Kerja saya tanak nasi, panaskan lauk. Kalau ada bahan nak masak atau rajin masak barulah saya masak. Masak yg simple ja. Tapi adik beradik saya semuanya lepas tangan. Baju dah pakai letak sepah2. Stoking kasut semua bersepah. Bagi orang lain mungkin alah biasalah tu. Tapi bukan bagi saya. Dah makan depan bekas air, air kotak, plastik semua tinggal. Dah makan dlm polisterin tinggal macam tu je dekat sinki. Keadaan rumah sangat teruk, umpama dalam rumah ada ribut. Sampai saya tak suka or maybe benci kalau ada orang datang rumah. Sebab saya malu rumah macam takde rupa orang perempuan tinggal. Saya cuba kemas mana yg boleh. Lipat baju. Sapu rumah. Mop lantai dapur. Susun buku2, beg2 sekolah. Tapi usaha tu mcm sia2. Sebab saya sorg atau ayah saya je yg kemas adik beradik yg lain messkan balik apa yg saya dah buat. Dah lipat baju, diorg bukk balik. Haih. Saya sambung belajar dlm stpm. Sebab saya nak. Saya tak nak masuk matrik dan universiti yg saya dpt. Sebab saya tak nak mohon ptptn. Saya tahu matrik dpt elaun. Tapi saya rasa sayang nak tinggalkn bidang agama dlm stpm. Dan Saya tak nak bebankan ayah saya.
Tapi adik beradik saya, macam hati batu. Saya nak minta duit sekolah pun berpuluh kali saya fikir. Tapi adik beradik saya senang2 mintak macam ayah saya tu banyak sangat duit. Saya dulu dpt straight As barulah dapat duit. Masa mula2 saya ada fon, saya pakai fon mak lepas mak dah ada fon baru. Lepastu, fon saya beli guna duit sendiri. Tapi adik2 saya senang2 mintak. Senang2 hilangkan. Dah berapa banyak dah fon diorg hilang. Gaji ayah rm2000. Abang saya dah kerja. Itupun lepas 3tahun menganggur sbb tak nak sambung belajar. Gaji tak seberapa. Tapi belanja mcm gaji 10 ribu. Baju nak mahal. Dapat gaji, kalau boleh hari2 nak makan luar. Saya rasa abang saya mcm takde rasa tanggungjawab. Pergi kerja ayah saya hantar, balik kerja ayah saya amik. Sedangkan saya balik sekolah, saya naik bas. Kadang2 sampai rumah nak dekat pukul 7. Sebab kadang2 bas lambat, rosak. Alasan abg saya, tak reti naik bas. Omaigad. Saya dah stpm baru belajar naik bas. Saya boleh kenapa dia tak boleh. Saya takut nak naik bas sorg2. Walaupun dah hampir setahun lebih saya naik bas. Saya masih takut naik bas sorg. Sebab saya trauma naik bas lepas saya form 2 . Maksud saya bas yg kena beli tiket dulu bukan bas yg pergi rombongan tu. Bas yg saya naik hampir kebanyakan org bangla, indon. Tapi kalau saya tak belajar naik bas, ayah saya kena amik saya lepas habis kerja then hantar saya dekat rumah. Then keluar balik amik abg saya. FYI, abang sya takde lesen. Entah bilalah dia nak amik lesen. Entah bila dia nak ada rasa tanggungjawab sebagai anak sulung ,sebagai seorang abang. Bukan tak pernah cuba tapi fail. Lepastu buat tak tahu je. Saya terfikir, dia takde rasa kesiankan dekat ayah saya ke? Takde rasa tanggungjawab ke? Bila saya cuba nasihatkn dia tak nak dengar. Kadang2 marah saya balik. Boleh kata abang saya tak matured.
Adik saya yang pertama pulak, selalu buat hal. Dah berapa kes dia libatkn polis. Selalu ponteng sekolah. Bila dia form 4 ayah saya tukarkan sekolah. Sekolah tahfiz. Sebab dia setuju. Ingatkan berubahlah perangai. Rupanya tak. Buat hal jugak. Kalau boleh tiap hari call ayah saya suruh dtg asrama. Iron rosaklah. Pen tertinggallah. Jubah kena minyak gamat tak boleh hilang. Padahal dah belikan clorox. Macam2 alasan. Ada sekali dia buat pengsan sebab nak balik. Terpaksa ayah saya dtg. Ustaz pun tahu yg adik saya auta je pengsan. Ada tu dia lari jalan kaki sampai stesen minyak , dia pinjam fon siapa ntah suruh amik. Sanggup tu. Kemuncaknya dia lari asrama dgn sorg budak lelaki. Sampai parents budak tu dtg rumah. Cari dia sampai pagi. Rupa2nya dia lari pergi rumah kakak angkat. Saya rasa kesian sangat dekat ayah saya. Kenapa adik saya macam ni. Dahlah yuran dia mahal. Tapi dia boleh buat mcm tu dekat ayah. Last2 ayah saya tukarkan balik dekat sekolah lama dia. Ayah saya kata, baik tukarkn balik sekolah daripada asyik lari dari asrama buat hal. Bulan puasa ni, kalau cuti sekolah biasanya saya masak untuk berbuka. Lepastu ayah suruh saya kemas rumah. Saya macam suruhlh adik saya tu. Dia duduk je tak buat pape. Dia boleh cakap, kemas rumah, masak semua kerja perempuan. Rasa macam nak cekik2 je dia. Sampai saya cakap, kau buat apa?
Kalau tak buat apa2 asal kau hidup? Baik duduk kubur je. Kadang2 saja je cari gaduh dgn saya. Pakai seluar saya. Lepastu biar sepah2. Saya dah cakap jangan pakai seluar saya. Nak pakai pergi sekolah. Seluar saya tak banyak. Nak ikutkan ayah saya lagi banyak belikan dia seluar. Lepastu masuk asrama seluar hilang. Kat rumah tak reti jaga, lepastu cakap seluar dia hilang sebab saya yg salah. Ayah saya pun bukanlah jenis yg reti pujuk. Walaupun tahu saya tak slah lepas marah saya. Sebab ayah saya dah cakap, ayah bukanlah jenis yg pujuk memujuk. Saya sedar saya bukanlah manusia yg rajin, baik hati, penyabar gila2. Saya cuba buat apa yg boleh. Saya banyak kali ingatkan. Ada orang yg lebih susah drpd diri saya. Tapi kekadang kita pendam lama2 kiat burst to tears juga. Tapi kalau adik beradik macam ni manalah saya tahan. Kalau saya bergaduh dgn diorang, saya juga yg menangis. Walaupun bukan salah saya. Kadang2 sampai saya terfikir, kenapa mak tinggalkan saya? Kenapa mak tak tinggalkan adik beradik perempuan untuk saya? Apa2 yg adik saya buat, saya juga yg kena soal dgn ayah saya. Kenapa bukak beras macam tu. Mana cawan. Mana sudu. Kenapa macam tu. Kenapa macam ni. Saya juga yg kena sound padahal adik beradik saya yg buat. Saya tak tahu nak luah dekat siapa. Mak takde. Adik beradik perempuan takde. Last2 saya melalak sorang2 dlm bilik. Kalau mengadu dekat kawan pun, dia cakap alaaa adik aku pun sama je. Tapi dia tak tahu mcmn adik beradik saya. Sebab adik beradik diorg semua lagi okey. Ada abang yg boleh diharapkn. Walaupun belajar oversea, internet kat rumah abg dia yg tolong bayarkan. Ada abg /adik yg boleh diharap. Tak ada yg mcm adik beradik saya. Sebelum saya habis sekolah asrama sebelum ni, baju adik2 saya ayah yg tolong ironkan. Padahal adik saya dah besar. Saya since darjah 3 iron baju sendiri. Kalau saya balik rumah, ayah suruh saya ironkan. Saya terfikir kalau saya dah sambung belajar dekat u takkanlah ayah yg kena buat juga. Ayah saya lembut sangat dengan diorang. Jadi bila saya ada dekat rumah. Saya suruh diorang sendiri yg iron baju sekolah. Saya tegaskn kalau ayah tak buat kau pergi sekolah pakai baju tak iron. Takde maknanya aku nak ironkan. Dah besarkan. Mula2 tu bising, tak retilah. Jadi saya ajar diorg iron baju. So diorg mula iron baju sendiri walaupun kena sentiasa ingatkn. At least takdela ayah saya yg kena buat,padahal adik2 saya dah masuk sekolah menengah. Belum masuk pasal solat lagi. Saya stress bila tengok keadaan rumah. Sebab rumah ni susah sikit nak kemas. Rumah lama. Rumah kayu. Jadi saya nak diorg tolong sikit2. Saya tak minta banyak pun. Saya nak adik beradik saya ada rasa tanggungjawab. Tu je. Banyak lagi saya nak luah. Tapi takpelah. Dah panjang sangat ni. Hehe.
Aida
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVe67o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Bila Adik Beradik Semua Lelaki
Kini anda membaca artikel Bila Adik Beradik Semua Lelaki dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/bila-adik-beradik-semua-lelaki.html
0 Response to "Bila Adik Beradik Semua Lelaki"
Catat Ulasan