Loading...

Apa lagi Umno tunggu?

Loading...
Apa lagi Umno tunggu? - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apa lagi Umno tunggu?, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Apa lagi Umno tunggu?
link : Apa lagi Umno tunggu?

lihat juga

Apa lagi Umno tunggu?

Oleh Subky Latif

KETIKA rencana ini tersiar mungkin Perdana Menteri Najib dan/atau peguam Tan Sri Shafie Abdullah telah membuat penjelasan atas dakwaan Sarawak Report berkenaan duit RM9.5 juta dari SRC International dikatakan disalurkan PM ke akaun peribadi peguam itu.

Sebagaimana semua siaran media bukanlah sahih seperti al-Quran, maka dakwaan Sarawak Report perlu diteliti sah atau tidaknya duit yang ada kaitnya dengan 1MDB itu. Sebagaimana PAS terpaksa menyamannya kerana siarannya mengatakan ia menerima habuan 90 juta dari UMNO/Najib, PM Najib dan Tan Sri Shafie juga perlu membersihkan diri dari fitnah itu.
   
Seperti lain-lain fitnah yang banyak dihadapkan kepada Najib melibatkan 1MDB dan bukan 1MDB, laporan Sarawak Report itu menambah lagi beban dan tohmah Perdana Menteri yang memekungkan dirinya, UMNO dan kerajaan. Semua yang dilemparkan kepadanya sejak sebelum jadi Pedana Meneri dan bertimbun-timbun lagi setelah jadi Perdana Menteri telah dilonggok dan diperap di bawah tikar mengkuang. Tikar mengkuang tidak kalis reput. Setakat belum reput ini baunya dapat dibendung.
     
Ia tidak selama-lama terbendung. Mungkin selama PM Najib masih PM dan Presiden UMNO. Jika dibersihkan semasa berkuasa ini, pekungnya akan lebih tak terhidu dengan bau Dr. Mahathir yang pro Najib mulai dedahkan sekarang.
    
Najib setakat ini seolah kebal dan kalis tohmah. Seolah-olah tidak tikaman selagi berkuasa. Tetapi ia sudah membebankan UMNO dan kerajaan.
    
Tidak pernah maruah dan keperkasaan UMNO begitu rendah seperti sekarang. Dan kepercayaan sesama sendiri amat goyang. Kata Annuar Musa, kantung Persatuan Bola Kelantan  sekarang kering. Kantung kerajaan persekutuan sekarang lagi kering. Tidak pernah ia sekering seperti di bawah pentadbiran Najib ini.
    
Pacal-pacal UMNO kata ia kukuh dan kian kental. Gara-gara 1MDB dan dan lambakan tohmah itu menyebab ketahanan dan maruah UMNO dan ahli-ahli amat rendah. Gara-garanya  TS Muhyiddin Yassin terusir dari UMNO. Cemperanyalah  mendorongnya memecat Muhyiddin.
    
Jangan kata Muhyiddin dan Dr. Mahathir berduaan saja. Mereka menarik ahli-ahli UMNO menubuhkan parti baru. Jika sepuluh peratus saja UMNO mengikut 3M – Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, maka UMNO sudah  sumpik. Yang menyokong dan simpati kepada Muhyidin dari dalam jangan diremehkan.
    
Gara-gara pembawaan Najib sebagai pimpinan UMNO telah menjadikan UMNO tidak sepadat masa ia ditinggalkan Dr. Maahthir dan tidak juga sepadu ia di bawah Tun Abdullah Badawi. Mungkin ahli UMNO bertambah, tetapi beban yang UMNO hadapi yang dibuat Najib, menjadikan UMNO seperti pinggan retak seribu. Ia boleh diguna tetapi retak boleh membawa pecah.
    
Apa yang menjadikannya begitu? Beban yang semuanya ditudung dengan tikar mengkuang.  UMNO banyak celanya pada pembangkang. Tetapi ia keramat pada UMNO. Keramatnya adalah UMNOnya, tetapi pemimpinnya tidak keramat istimewa PM Najib. Kecuali yang sebelum Najib yang keramat hidup.
    
Antara sayang UMNO dan sayang Najib tidak sama. UMNO mungkin sayangkan UMNO tetapi beban demi beban yang Najib lambakkan kepada UMNO menjadikan UMNO terbeban yang ahli UMNO tak terpikul. Bila UMNO dipenuhi beban, bila ia hendadk membela Melayu, rakyat dan   negara?
    
Jika UMNO itu  cintakan, dengan saau demi satu kerenah menimpa Najib, UMNO hendak ditunggu apa lagi dengan Najib. Peguam Shafie Abdullah adalah peguam Najib yang belum tentu peguam UMNO.

dengan itu Perkara Apa lagi Umno tunggu?

yang semua artikel Apa lagi Umno tunggu? Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Apa lagi Umno tunggu? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/apa-lagi-umno-tunggu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa lagi Umno tunggu?"

Catat Ulasan

Loading...