Tajuk : 66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar
link : 66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar
66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar
MUAR – Seramai 66 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Op Gegar Jabatan Imigresen di tiga pusat hiburan di sekitar bandar Maharani itu, awal pagi tadi.
Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari berkata operasi tersebut dilakukan berdasarkan maklumat daripada intipan dan orang awam, serta hasil serbuan mendapati bahawa mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen serta peraturan-peraturan lain di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
Katanya operasi bermula kira-kira pukul 11.30 malam dan berakhir hampir tiga jam kemudian itu, turut menahan enam rakyat tempatan yang dipercayai bertindak selaku penjaga dan pemilik premis hiburan berkenaan.
“Kesemua GRO berkenaan yang berasal dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam, melakukan pelbagai kesalahan seperti di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Selain itu, ada antara mereka turut melanggar Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial atau pas kerja,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan di sini, hari ini.
Sementara itu, Rohaizi berkata pihaknya turut melakukan serbuan terhadap pusat refleksologi dan menahan lapan tukang urut wanita pelbagai warganegara atas kesalahan yang sama.
Katanya kesemua 80 individu berusia antara 20 dan 40 tahun yang ditahan itu dibawa ke Lokap Imigresen Johor di Setia Tropika, Johor Bahru.
“Warganegara tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Seksyen 55E akta sama akibat membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.
Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes ini dan jika ada kes, kita akan membawa kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Menurut beliau, seramai 50 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan yang berakhir kira-kira 3 pagi tadi. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sruJcV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
MUAR – Seramai 66 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Op Gegar Jabatan Imigresen di tiga pusat hiburan di sekitar bandar Maharani itu, awal pagi tadi.
Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari berkata operasi tersebut dilakukan berdasarkan maklumat daripada intipan dan orang awam, serta hasil serbuan mendapati bahawa mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen serta peraturan-peraturan lain di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
Katanya operasi bermula kira-kira pukul 11.30 malam dan berakhir hampir tiga jam kemudian itu, turut menahan enam rakyat tempatan yang dipercayai bertindak selaku penjaga dan pemilik premis hiburan berkenaan.
“Kesemua GRO berkenaan yang berasal dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam, melakukan pelbagai kesalahan seperti di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Selain itu, ada antara mereka turut melanggar Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial atau pas kerja,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan di sini, hari ini.
Sementara itu, Rohaizi berkata pihaknya turut melakukan serbuan terhadap pusat refleksologi dan menahan lapan tukang urut wanita pelbagai warganegara atas kesalahan yang sama.
Katanya kesemua 80 individu berusia antara 20 dan 40 tahun yang ditahan itu dibawa ke Lokap Imigresen Johor di Setia Tropika, Johor
“Warganegara tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Seksyen 55E akta sama akibat membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.
Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes ini dan jika ada kes, kita akan membawa kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Menurut beliau, seramai 50 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan yang berakhir kira-kira 3 pagi tadi. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sruJcV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara 66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar
Kini anda membaca artikel 66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/66-gro-warga-asing-ditahan-di-muar.html
0 Response to "66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar"
Catat Ulasan