Loading...

5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

Loading...
5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas
link : 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

lihat juga

5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima orang termasuk dua wanita dan merampas 206 ketulan mampat dipercayai ganja bernilai hampir RM1 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi itu dikendalikan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bermula 6.40 pagi hingga 10 malam.

Ia melibatkan serbuan di tiga kawasan perumahan di Taman TTDI Grove, Kajang serta Taman Sentosa dan Kampung Sungai Udang di Klang.

Semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur antara 30 dan 47 tahun, direman enam hari hingga 13 Jun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita turut merampas wang tunai bernilai RM9,000 dan tiga kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata ganja itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke seluruh negara ini.

“Polis percaya mereka ini merupakan saki-baki anggota sindiket yang pernah ditumpaskan pada Mac tahun lepas di Sungai Petani, Kedah melibatkan rampasan dadah jenis ganja dengan berat lebih satu tan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM111.98 juta dirampas dalam enam bulan pertama tahun ini dengan penahanan 78,767 orang termasuk 3,497 warga asing berkaitan kes dadah. – BERNAMA

dengan itu Perkara 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas

yang semua artikel 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel 5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/06/5-ditahan-ganja-hampir-rm1-juta-dirampas_10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Ditahan, Ganja Hampir RM1 Juta Dirampas"

Catat Ulasan

Loading...