Loading...

Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah

Loading...
Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah
link : Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah

lihat juga

Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah

Menteri dalam negeri berkata, 'pembersihan' itu termasuk di agensi lain di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). 

zahid-rela

SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan “pembersihan” menyeluruh untuk memerangi gejala anggota penguat kuasa bersubahat dengan penjenayah, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri dalam negeri itu berkata, “pembersihan” itu termasuk di agensi lain di bawah kementeriannya seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini yang KDN tidak akan berkompromi dengan anggota penguat kuasa yang didapati bersubahat dengan sindiket jenayah.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa konsisten di dalam menangani isu ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Saya ingin menyatakan penghargaan kepada PDRM atas integriti terbaik.

“Kami di KDN tidak boleh merasa malu, jika ada orang dalaman (terlibat dengan jenayah). Tidak akan ada perlindungan daripada kami.

“Kita akan tangkap mereka…di bawah pimpinan Zahid, tidak mungkin saya akan berkompromi,” kata menteri dalam negeri itu dalam sesi soal jawab program “Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri” di Universiti Teknologi Mara, hari ini.

Pada 13 Mei lalu, 16 anggota dan pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa melindungi sindiket pengedaran dadah.

Susulan itu, PDRM mengumumkan akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap jabatan itu serta meneruskan operasi mengesan pegawai lain yang turut terlibat.

Selain penahanan 16 anggota dan pegawai Bukit Aman itu, 6 pegawai polis Melaka turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan rasuah melindungi pusat judi di negeri itu.

Wang berjumlah RM645,000 ditemui di rumah dan akaun milik 2 ketua polis daerah serta 7 individu lain yang terlibat.

“Semalam saya bertemu ketua polis Melaka dan memberi sokongan kepadanya untuk memastikan mereka yang terlibat tidak dilindungi, walaupun ada di kalangan mereka (beri alasan) kononnya dianiaya dan dipaksa.

“Walaupun kadar jenayah menurun, persepsi terhadap polis tidak meningkat…kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, ini perlu dibanteras,” katanya.

dengan itu Perkara Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah

yang semua artikel Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/zahid-pembersihan-menyeluruh-kdn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid: ‘Pembersihan’ menyeluruh KDN perangi penguat kuasa subahat penjenayah"

Catat Ulasan

Loading...