Tajuk : WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI
link : WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI
WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI
Pada 14 November 2016 lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan audit 1MDB yang telah diOSAkan dan dihukum penjara selama 18 bulan.
Beliau dijatuhkan hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972.
Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sementara Rafizi mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan undang-undang, seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan atau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya jika disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000.
Dengan hukuman yang diterimanya itu dan tidak diketahui bila rayuannya akan didengar di Mahkamah Tinggi, dengan sendirinya bermakna Rafizi terhalang daripada bertanding untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan dalam PRU 14 akan datang.
Hakikat yang nyata ialah hukuman itu membuktikan beliau tidak memfitnah atau berbohong, sebaliknya pendedahan yang dilakukannya berkaitan 1MDB adalah berdasarkan dokumen yang tulin dan sahih.
Salahnya Rafizi cuma mendedahkan dokumen yang telah diletakkan di bawah OSA.
Tetapi, dari segi kepentingan kepada orangramai, Rafizi telah melakukan sumbangan dan pengorbanan yang besar seperti lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya kepada yang lain.
Dari segi logiknya, berikutan hukuman yang diterimanya itu, tidak salah dan tiada siapa yang marah jika Rafizi hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa lagi selepas ini.
Tetapi tidak demikian pilihan Rafizi. Beliau terus lantang dan berjuang mendedahkan pelbagai isu lain berkaitan 1MDB.
Tumpuan terbaru beliau ialah berkaitan dana SRC International yang pernah dianggap oleh salah seorang bekas pegawai kanan SPRM sebagai kes yang “straight forward” kesalahannya.
Dalam isu SRC International, anak syarikat 1MDB yang diakui Najib Razak turut menerima dana RM42 juta daripada syarikat itu, sudah tiga pendedahan dilakukan Rafizi dan beliau berjanji alan terus melakukannya untuk kepentingan rakyat serta dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada SPRM akan membuka semula siasatannya.
Nasharuddin Mat Isa, Amhari Effendi, Najib sendiri, Yayasan Al-Abrar dan Ariffin Ismail Shahul Hameed adalah nama-nama yang sudah didedahkannya setakat ini atas dakwaan menerima wang yang bersumberkan daripada SRC International.
Selepas ini, sebagaimana janjinya, pasti lebih banyak nama lagi akan didedahkannya yang sekaligus menyebabkan isu-isu berkaitan skandal 1MDB terus segar dan bernyawa di minda rakyat jelata.
Rakyat seharusnya berterima kasih dan berbangga kerana adanya Rafizi yang sentiasa mencelikkan dan membuka mata tentang sekian banyak sekali kecurangan telah dan sedang berlaku dan ia lebih mungkin terus berlaku sekiranya kerajaan yang ada terus dikekalkan kuasanya.
Dengan terus aktif mendedahkan pelbagai kecurangan tanpa henti, sambil mungkin ramai yang diserang darah tinggi akibat pendedahannya itu, natijahnya ia mampu menyedarkan kita agar tidak tertipu lagi, meskipun Rafizi mungkin hanya akan berada di tepi gelanggang apabila kerajaan baru terbentuk nanti.
Itulah pengorbanan dan bakti Rafizi untuk sebuah perubahan dan kepada kita semua.
– http://ift.tt/2pbjZwt
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pKGn2Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Pada 14 November 2016 lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan audit 1MDB yang telah diOSAkan dan dihukum penjara selama 18 bulan.
Beliau dijatuhkan hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972.
Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sementara Rafizi mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan undang-undang, seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan atau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya jika disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000.
Dengan hukuman yang diterimanya itu dan tidak diketahui bila rayuannya akan didengar di Mahkamah Tinggi, dengan sendirinya bermakna Rafizi terhalang daripada bertanding untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan dalam PRU 14 akan datang.
Hakikat yang nyata ialah hukuman itu membuktikan beliau tidak memfitnah atau berbohong, sebaliknya pendedahan yang dilakukannya berkaitan 1MDB adalah berdasarkan dokumen yang tulin dan sahih.
Salahnya Rafizi cuma mendedahkan dokumen yang telah diletakkan di bawah OSA.
Tetapi, dari segi kepentingan kepada orangramai, Rafizi telah melakukan sumbangan dan pengorbanan yang besar seperti lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya kepada yang lain.
Dari segi logiknya, berikutan hukuman yang diterimanya itu, tidak salah dan tiada siapa yang marah jika Rafizi hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa lagi selepas ini.
Tetapi tidak demikian pilihan Rafizi. Beliau terus lantang dan berjuang mendedahkan pelbagai isu lain berkaitan 1MDB.
Tumpuan terbaru beliau ialah berkaitan dana SRC International yang pernah dianggap oleh salah seorang bekas pegawai kanan SPRM sebagai kes yang “straight forward”
Dalam isu SRC International, anak syarikat 1MDB yang diakui Najib Razak turut menerima dana RM42 juta daripada syarikat itu, sudah tiga pendedahan dilakukan Rafizi dan beliau berjanji alan terus melakukannya untuk kepentingan rakyat serta dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada SPRM akan membuka semula siasatannya.
Nasharuddin Mat Isa, Amhari Effendi, Najib sendiri, Yayasan Al-Abrar dan Ariffin Ismail Shahul Hameed adalah nama-nama yang sudah didedahkannya setakat ini atas dakwaan menerima wang yang bersumberkan daripada SRC International.
Selepas ini, sebagaimana janjinya, pasti lebih banyak nama lagi akan didedahkannya yang sekaligus menyebabkan isu-isu berkaitan skandal 1MDB terus segar dan bernyawa di minda rakyat jelata.
Rakyat seharusnya berterima kasih dan berbangga kerana adanya Rafizi yang sentiasa mencelikkan dan membuka mata tentang sekian banyak sekali kecurangan telah dan sedang berlaku dan ia lebih mungkin terus berlaku sekiranya kerajaan yang ada terus dikekalkan kuasanya.
Dengan terus aktif mendedahkan pelbagai kecurangan tanpa henti, sambil mungkin ramai yang diserang darah tinggi akibat pendedahannya itu, natijahnya ia mampu menyedarkan kita agar tidak tertipu lagi, meskipun Rafizi mungkin hanya akan berada di tepi gelanggang apabila kerajaan baru terbentuk nanti.
Itulah pengorbanan dan bakti Rafizi untuk sebuah perubahan dan kepada kita semua.
– http://ift.tt/2pbjZwt
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pKGn2Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI
Kini anda membaca artikel WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/walau-tidak-bertanding-lagi-rafizi.html
0 Response to "WALAU TIDAK BERTANDING LAGI, RAFIZI TETAP BERBAKTI"
Catat Ulasan