Tajuk : Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion
link : Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion
Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion
BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan memandang serius isu lima doktor yang didakwa menyalahguna profesion mereka untuk memperdaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV).
Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah.
“Kita boleh ambil tindakan tegas kepada mereka yang langgar peraturan kita. Kalau ada kes macam ni kita akan ambil tindakan tegas. Setakat ini mereka belum didapati bersalah. Kita akan tentukan (tindakan) kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima di sini, hari ini.
Semalam, lima doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen George Town, Butterworth dan Ipoh atas tuduhan memperdayakan JPJ berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui lesen PSV, Februari lepas.
Dr Hilmi berkata setiap doktor yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan boleh diambil di bawah undang-undang MMC itu jika mereka didapati melakukan penyelewengan profesion.
Ditanya sama ada kemungkinan klinik doktor-doktor terbabit perlu ditutup dan lesen ditarik balik, beliau berkata pihaknya akan berbincang dan membuat keputusan selepas mereka benar-benar didapati bersalah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmZxNU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan memandang serius isu lima doktor yang didakwa menyalahguna profesion mereka untuk memperdaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV).
Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah.
“Kita boleh ambil tindakan tegas kepada mereka yang langgar peraturan kita. Kalau ada kes macam ni kita akan ambil tindakan tegas. Setakat ini mereka belum didapati bersalah. Kita akan tentukan (tindakan) kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima di sini, hari ini.
Semalam, lima doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen George Town, Butterworth dan Ipoh atas tuduhan memperdayakan JPJ berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui lesen PSV, Februari lepas.
Dr Hilmi berkata setiap doktor yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan boleh diambil di bawah undang-undang MMC
Ditanya sama ada kemungkinan klinik doktor-doktor terbabit perlu ditutup dan lesen ditarik balik, beliau berkata pihaknya akan berbincang dan membuat keputusan selepas mereka benar-benar didapati bersalah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmZxNU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion
Kini anda membaca artikel Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/tindakan-tegas-terhadap-doktor-salah.html
0 Response to "Tindakan Tegas Terhadap Doktor Salah Guna Profesion"
Catat Ulasan