Tajuk : Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
link : Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong bawah tanahnya tiba-tiba dibasahi ‘hujan lebat’ akibat kebakaran yang sebenarnya tidak wujud!
Insiden yang dianggap sebagai agak memalukan pihak berkuasa republik itu dikesan berlaku sekitar pukul 12.57 tengah hari di laluan dasar laut Lebuh Raya Pantai Marina (MCE), menurut laporan media tempatan di sini.
Ia berlaku ekoran sistem pencegahan kebakaran di laluan bawah tanah MCE itu diaktifkan secara tidak sengaja hingga menyebabkan aliran pergerakan trafik menjadi perlahan dan ada juga pemandu menghentikan kenderaan.
Menurut seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kejadian tidak diduga melibatkan sistem automatik pemercik air di bahagian terowong MCE yang menghala ke timur, sebelum jalan susur keluar Fort Road.
Selepas pemantauan rapi mengesahkan tiada kebakaran di kawasan tersebut, sistem pemadaman api itu dimatikan dengan serta merta dan pergerakan trafik kemudian kembali seperti biasa selepas 10 minit terjejas begitu teruk.
Pihak LTA dalam satu kenyataan media turut meminta maaf kepada orang ramai atas insiden pelik berkenaan dan dijangka menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kejadian tersebut agar tidak berulang pada masa depan.
MCE sejauh lima kilometer menghubungkan lebuh raya utama iaitu Kallang Paya Lebar Expressway (KPE) di selatan dengan East Coast Parkway (ECP) dan Ayer Rajah Expressway (AYE) di bahagian timur pulau tersebut.
Dibuka secara rasmi pada 29 Disember 2013, MCE juga pernah mencipta kritikan apabila dianggap lebuh raya termahal di republik itu dengan kos S$4.1 bilion (RM11.1 bilion) daripada asal hanya S$2.5 bilion (RM6.8 bilion).
Ini merupakan kes kedua selepas kejadian sama pada 16 April 2015 lalu apabila siling terowong MCE sejauh 3.5 kilometer di bawah laut tiba-tiba mencurahkan air walhal cuaca di Singapura ketika itu mengalami panas terik.
Ini mengakibatkan ramai pemandu bergegas memecut kenderaan mereka apabila menyangka terowong itu ‘bocor’ dimasuki air masin kerana laluan tersebut berada 20 meter sahaja dari permukaan lantai dasar laut Selat Singapura.
Insiden kelakar itu, yang juga berlaku waktu tengah hari rupa-rupanya disebabkan oleh kontraktor bekerja di tapak tersebut, secara tidak sengaja membuka sistem penyembur air bomba sebahagian terowong menghala ke barat.
Akhir 2013, MCE turut menjadi berita ‘panas’ apabila berlaku kesesakan teruk sebaik dibuka ekoran ramai pemandu keliru dengan sistem papan tunjuk arah LTA untuk menuju ke KPE, AYE dan ECP.
Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qBNzNW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

dengan itu Perkara Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud
Kini anda membaca artikel Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/terowong-bawah-tanah-lebuhraya-paling.html
0 Response to "Terowong bawah tanah lebuhraya paling mahal Singapura apabila dibasahi hujan lebat akibat kebakaran yang tidak wujud"
Catat Ulasan