Tajuk : Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi
link : Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi
Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi
KUALA LUMPUR – Pemandu teksi di seluruh negara diminta menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata skim itu, yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun, terbuka kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak.
“Skim ini juga disediakan kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grab dan mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan teksi,” katanya pada sidang media mengenai skim berkenaan di sini, hari ini.
Beliau berkata skim itu diperkenalkan susulan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 supaya ia diperluaskan kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri.
“Dalam pembentangan Belanjawan 2017 pada Oktober tahun lepas, perdana menteri telah mengumumkan geran kewangan khas kerajaan sebanyak RM60 juta untuk memulakan pelaksanaan skim itu.
“Skim ini menyediakan faedah wang tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan serta menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional,” katanya.
Skim berkenaan turut menawarkan faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, faedah pinjaman pendidikan dengan pemandu teksi perlu membayar kadar caruman sebanyak 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsurans.
“Bayaran caruman itu wajib dibayar secara prabayar bagi tempoh perlindungan selama 12 bulan dan ia hendaklah diperbaharui bagi kesinambungan tempoh perlindungan tersebut.
“Justeru itu, Perkeso menyediakan bayaran caruman fleksibel kepada pemandu teksi mengikut kemampuan mereka dari kadar caruman hanya RM157.20 setahun atau kadar caruman sebanyak RM592.80 setahun,” kata Mohammed Azman.
Mengikut Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada April lepas, setiap pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab wajib mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka pada setiap bulan.
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi dalam talian menerusi www.perkeso.gov.my atau mendaftar di mana-mana pejabat cawangan Perkeso di seluruh negara, orang ramai juga boleh menghubungi Perkeso di talian 1-300-22-800 untuk maklumat lanjut mengenai skim itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6mmWG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
KUALA LUMPUR – Pemandu teksi di seluruh negara diminta menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata skim itu, yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun, terbuka kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak.
“Skim ini juga disediakan kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grab dan mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan teksi,” katanya pada sidang media mengenai skim berkenaan di sini, hari ini.
Beliau berkata skim itu diperkenalkan susulan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 supaya ia diperluaskan kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri.
“Dalam pembentangan Belanjawan 2017 pada Oktober tahun lepas, perdana menteri telah mengumumkan geran kewangan khas kerajaan sebanyak RM60 juta untuk memulakan pelaksanaan skim itu.
“Skim ini menyediakan faedah wang tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan serta menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional,” katanya.
Skim berkenaan turut menawarkan faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, faedah pinjaman pendidikan dengan pemandu teksi perlu membayar kadar caruman sebanyak 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsurans.
“Bayaran caruman itu wajib dibayar secara prabayar bagi tempoh perlindungan selama 12 bulan dan ia hendaklah diperbaharui bagi kesinambungan
“Justeru itu, Perkeso menyediakan bayaran caruman fleksibel kepada pemandu teksi mengikut kemampuan mereka dari kadar caruman hanya RM157.20 setahun atau kadar caruman sebanyak RM592.80 setahun,” kata Mohammed Azman.
Mengikut Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada April lepas, setiap pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab wajib mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka pada setiap bulan.
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi dalam talian menerusi www.perkeso.gov.my atau mendaftar di mana-mana pejabat cawangan Perkeso di seluruh negara, orang ramai juga boleh menghubungi Perkeso di talian 1-300-22-800 untuk maklumat lanjut mengenai skim itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6mmWG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
dengan itu Perkara Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi
Kini anda membaca artikel Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/skim-perkeso-tawar-pelbagai-faedah.html
0 Response to "Skim Perkeso Tawar Pelbagai Faedah Pemandu Teksi"
Catat Ulasan