Loading...

Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan

Loading...
Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan
link : Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan

lihat juga

Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan

MALAYSIA DATELINE

Bajet Negara 2017Bajet Negara 2017

Dianggarkan RM29 bilion terpaksa dibelanjakan kerajaan BN untuk membayar faedah hutang bagi tahun 2017 dan ia melebihi separuh wang hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikutip kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, setakat April 2017 jumlah hutang Kerajaan Persekutuan seperti yang disiarkan oleh Perbendaharaan adalah sebanyak RM649 bilion.

Dari jumlah itu, katanya bentuk hutang terbesar negara adalah kertas hutang kerajaan Malaysia (MGS) pada jumlah RM357 bilion, diikuti dengan kertas hutang terbitan pelaburan kerajaan (GIIs) sebanyak RM235 bilion.

"Hutang-hutang dalam bentuk kertas hutang yang diterbitkan ini perlu ditebus oleh Kerajaan Malaysia bila sampai tarikh matangnya. Sementara menunggu matang, Kerajaan Malaysia perlu membayar faedah tahunan (selalu disebut sebagai 'coupon rate') mengikut kadar yang diurusniagakan di pasaran hutang," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, lebih stabil sesebuah kerajaan dan lebih tinggi reputasi kewangannya, maka pelabur sanggup untuk mendapat bayaran bunga yang lebih rendah demi memegang kertas hutang tersebut.
"Jika kerajaan itu tidak dihormati dan dicurigai, pelabur tidak ada keyakinan dan kadar faedahnya pun didagangkan tinggi," jelas beliau.

Oleh sebab itu, katanya reputasi antarabangsa kerajaan Malaysia di mata pelabur adalah sangat penting kerana ia menentukan jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar dan ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tambah beliau skandal 1MDB yang merosakkan nama baik Malaysia telah menyebabkan pelabur-pelabur mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi setiap ringgit kertas hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia.

Beliau yakin jika reputasi kewangan Kerajaan Malaysia dipulihkan, pentadbiran baru Pakatan Harapan boleh meyakinkan pasaran dan pelabur.

Keyakinan para pelabur ini, jelas beliau akan diterjemahkan dalam bentuk kadar faedah rendah ke atas kertas-kerta hutang yang diterbitkan.

"Saya tidak terkejut kadar faedah itu boleh turun sehingga 1% berbanding kadar sedia ada yang diterjemahkan kepada penjimatan sebanyak RM6.5 bilion setahun," ujarnya.

dengan itu Perkara Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan

yang semua artikel Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/05/separuh-hasil-kutipan-gst-untuk-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...